Hulu Cafe Alam Budiman Penggemar Gaya Aesthetic Dan Hidangan Matcha



minggu lalu, erra fazira iaitu kawan aku semasa di sekolah menengah smkst telah mengundang aku menemannya ke acara soft launch pembukaan hulu cafe alam budiman. aku tanpa berfikir panjang, terus setuju selepas mendapat persetujuan iwan. itu penting. HAHAHA. 

Port Instagrammable di Hulu Cafe Alam Budiman
sehari sebelum ke sana, memang aku siap - siap google. ngam lah kan. aku pun dah tak ada gambar baru. ini mungkin boleh dijadikan modal untuk mendapatkan gambar terkini. maklumlah, iwan kalau ambil gambar aku memang kelaut. komen banyak - banyak nanti kena marah. walhal dah ajar nak gambar macammana. sebab tu aku tak puas hati, gambar aku memang tak smart kalau dia yang tolong snap kan. marah tau! hahaha agaknya laki korang pun macam tu kot? ke laki aku je? bila bagi arahan banyak - banyak mula dia nak marah. maleh aku. 
korang yang suka bergambar, memang patut datang hulu cafe ya. memang port instagrammable sangat. aku rasa macam setiap sudut dia tu memang lawa. dari rumah aku nak ke hulu cafe alam budiman mengambil masa sekitar 20 minit jika tiada kesesakan lalulintas. 

Dekorasi Dalaman Yang Tenang 
dekorasi cafe menggunakan tona putih dan rona hijau bagi menambah naik seri. yang nak tenang - tenang boleh lepak hulu cafe. aku baru tahu hulu cafe ada beberapa cawangan. antaranya di bandar bukit raja klang, kl gateaway mall, seksyen 13 shah alam, alam budiman dan sungai besi kl. soon di taiping akan dibuka namun belum tahu lagi bila dan dimana lokasi tepatnya. 
ada beberapa jenis kerusi pilihan untuk pelanggan memilih. aku dan erra memilih kerusi yang lebih selesa memandangkan badan kitorang pun memang gebu gebas. risau patah kerusi orang lah. jalan selamat adalah duduk dikerusi yang mudah nak bangun dan selesa penggung. terfikir juga aku, kalau badan saiz lebih besar dari aku. katalah berat badannya sekitar 100kg, kerusi manalah yang sesuai. mungkin dia akan keluar balik gamaknya? entah~ 
Penggemar Hidangan Matcha dan Dessertpilihan menu berasas 'matcha' (gambar ehsan facebook hulu cafe)

sebuah cafe memang tak lari dari hidangan kopi dan dessert. disini di hulu cafe, mereka menjanjikan hidangan matcha yang menjadi pilihan ramai pelanggan. minta maaf cakap, aku taktahu rasa matcha tu macammana, jadi aku tak boleh komen. dengar cerita matcha noir croissant jadi bualan ramai bagi penggemar matcha. why not korang try di hulu cafe? 
disebabkan sekarang tengah hot croissant cicah hot choclate, aku pun buatlah benda sama. not bad. sedap juga. korang boleh try dekat hulu cafe. kalau rasa alam budiman tu jauh, search hulu cafe berdekatan korang. 
matcha noir croissant dan butter croissant 


Menu Di Hulu Cafespanish latte misu
jangan risau. kalau tak suka pastry, hulu cafe juga ada menyediakan menu lain yang korang boleh cuba. macam aku, aku memesan italian truffle mushroom soup dan juga spanish latte misu. weyh, sedap dooh dia punya mushroom soup tu. macam terngiang - ngiang rasa dan bau dia. 
ikutkan aku 'ada' memesan spageti tau. pelik tak sampai - sampai. rupanya tak sebut masa dekat cashier. huk aloh. hahahaha malas aku nak pergi memesan balik nanti lambat pula nak makan. 

malaysian pandan kaya butter
erra pula memesan pandan kaya butter dengan roti sourdough. first time rasa sourdough. patut la 'sour'. dia macam ada masam - masam. orang cakap sourdough ni roti sihat. bahannya cuma 3 sahaja; iaitu tepung, air dan garam. korang yang suka makan roti tapi takut gemok, makan lah roti ini. hahahha. btw kaya dia tak manis sangat. cuma aku tak pasti itu kaya asli yang dibuat sendiri di cafe atau mengambil dari mana - mana pengeluar. 
korang boleh rujuk gambar menu dekat bawah kalau pening - pening nak tahu pilihan menu dan juga harga makanan di hulu cafe. 
menu pilihan di hulu cafe
menu pilihan di hulu cafe

Kenapa Memilih Hulu Cafe Sebagai Kafe Pilihan? reka bentuk yang menarik. sedap mata memandang. aesthetic sangat. nampak tenang. dekat kafe alam budiman ada pengunjung setia ya. si kucing! kalau rezeki boleh lah ajak si kucing kopi - kopi sekali. port instagrammable. sesuai untuk korang yang minat ketik ketik gambar macam aku. hahahhaa. ada banyak port pada setiap sudut untuk kau bergambar. best ke tak? weyh best. hahahahaa. tenang dan santai. kalau korang suka habiskan masa bergosip dengan kawan - kawan, ada banyak topik nak sembang, pilihlah hulu cafe. kafe ini sangat santai dan tak diganggu. nak berbual pun suara tak melantun kuat macam sesetengah unit kedai tu. hehehe. jangan risau, orang cashier busy. matcha. penggemar matcha pastinya sangat sukakan kafe ini untuk berhujung minggu gozip gurl!'hulu'. yang mungkin menggambarkan identiti kafe itu atau mungkin gaya hidup? perkataan hulu masih lagi menjadi misteri. 
Rating Hulu Cafe Alam Budiman (pendapat peribadi)lokasi 4/5 = aku cuma pernah pergi hulu cafe di alam budiman. aku boleh katakan lokasinya strategik. ia berada di deretan kedai dan tidak sunyi. 
suasana4/5 = suasana kedai aman damai. tak bising dengan bunyian kenderaan. mild sahaja. 
kebersihan3/5 = tiada isu kebersihan. hanya sahaja perhatian aku pada bulu kucing yang melekat pada sebilangan kerusi. mungkin ada penggemar kopi alah pada kucing akan alami bersin berpanjangan. kesian kan? tapi aku tak tahu bagaimana untuk selesaikan isu ini. kerana ia bukan kucing milik kafe. ia kucing jalanan yang singgah berteduh. aku lupa nak check toilet HAHHA. 
perkhidmatan3/5 = kategori staf bagi aku biasa - biasa sahaja. tidak ramah tidak juga sombong. paling penting, staf tak mampu menjawab soalan aku berkenaan maksud 'hulu'. hahah kot lah bos dah briefing incase ada pelanggan yang berminat nak tahu macam aku kan? tempoh waktu sajian tidak terlalu lambat dan tidak juga terlalu cepat. aku tak ada isu berkenaan itu. 
kualiti makanan dan minuman5/5 = kualiti makanan da best. makanan dihidang dengan baik. dihias cantik. tidak comot. boleh ketik - ketik gambar dengan puas sebelum makan. makanan sedap dan kelihatan mewah berbaloi dengan harga

harga 4/5 = harga sesuai dan berbaloi. cuma bagi aku agak mahal. tapi itu memang harga standard kafe, tak dinafikan. aku setuju dan tidak membantah. 
kemudahanNOL = IM NOT SURE. aku tak pasti adakah ia ada menyediakan perkhidmatan wifi bagi pelanggan yang suka lepak berejam dekat situ untuk menyiapkan tugasan apa - apa atau aku taktahu ada disediakan tandas atau tidak. aku tak tahu dan tidak pasti
parking juga sangat mudah didapati (pada ketika itu). 
pengalaman keseluruhan = pengalaman keseluruhan 4/5. insyaallah aku pasti akan datang lagi untuk berborak santai tetapi dengan pilihan lokasi yang lebih dekat dengan tempat tinggal/ tempat kerja aku untuk memudahkan aku dalam penjimatan petrol kereta. hahahaha. aku mungkin akan bawa mak aku untuk gosip liar dan my bff untuk gegosip yang tergendala lama

selain itu, bos mungkin boleh briefing pada staf berkenaan konsep, maksud dan lain - lain yang tersedia di kedai. macam aku ni suka tanya apa konsep kedai, apa maksud yang ada pada dinding - dinding. almaklumlah, aku suka puisi. hahaha. cuma isu kucing tu aku tak tahu lah macammana. bukan apa, bulu kucing tu kadang mendatangkan 'keburukan' pada orang yang ada resdung macam aku. HAHAH tapi tu bukan bermakna aku tak suka kucing. aku suka. tiada masalah. 
oh lagi satu, aku rasa kafe ni tak mesra oku (cawangan hulu cafe alam budiman, yang lain tak tahu) dan tak mesra kanak - kanak? sebab aku tak nampak ada kerusi bayi tersedia (mungkin aku taknampak kot) dan pilihan meja yang mungkin tersedia untuk pengguna berkerusi roda mungkin terhad. sebab kebanyakan set kerusi meja rendah untuk mereka yang memilih santai di posisi kerusi healing tu. aku rasa tu je kot? sebab kalau aku, aku tak selesa. kalau aku lah. sebab aku dengan erra pun menunggu orang bangun sebab nak duduk dekat kerusi yang sesuai dengan saiz punggung kitorang. 
bergambar kenangan bersama erra. terima kasih atas invitation anda <3

info hulu cafeinstagram: hulu.cafe
facebook: hulucoffee
lokasi:  Hulu Cafe Shah Alam : Tadiska Business Park, 64, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor | 017-898 7230 Hulu Cafe Bandar Bukit Raja Klang : 21, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor | 018-929 1266 Hulu Cafe Alam Budiman : 9-G, Jln Pulau Lumut P U10/P, Alam Budiman, 40170 Shah Alam, Selangor Hulu Cafe SG Besi : Medan Niaga Tasik Damai, 22A, Jln Tasik Utama 10, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 010-220 0183 Hulu Coffee KL Gateaway : LG2.04, KL Gateway, Menara Suezcap, Jalan Kerinchi, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2024/12/hulu-cafe-alam-budiman-penggemar-gaya-aesthetic.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Model Rambut Untuk Natal Inspirasi Gaya Yang Cantik Dan Festive

10 Model Rambut Untuk Natal Inspirasi Gaya Yang Cantik Dan Festive

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 131 hits
Waktunya buat berkumpul bersama kerabat serta keluarga tapi masih belum tahu model rambut untuk natal Natal adalah waktu yang sempurna untuk merayakan kebersamaan dan mempercantik penampilan Tak hanya pakaian rambut juga memainkan peran pen...
Warframe Gaya Tanpa Saman 1999 Jadi Anime Pendek Yang Sempurna

Warframe Gaya Tanpa Saman 1999 Jadi Anime Pendek Yang Sempurna

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 76 hits
Studio animasi boutique THE LINE telah menunjukkan kecintaannya terhadap anime dengan menghasilkan filem pendek yang menyegarkan dunia permainan Warframe Filem ini memberi gambaran tentang pengarah berani yang diambil oleh permainan itu Ini...
Google Photos Dapat Rekapan Tahun Dalam Gaya Spotify Wrapped

Google Photos Dapat Rekapan Tahun Dalam Gaya Spotify Wrapped

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 109 hits
Google Photos kini memperkenalkan ciri baru 2024 Recap yang memberikan pengguna sebuah ringkasan visual peribadi mengenai sorotan fotografi mereka tahun ini sama seperti yang dilakukan oleh Spotify Wrapped Ciri ini sedang dilancarkan di sel...
Buli Trend Atau Gaya Hidup

Buli Trend Atau Gaya Hidup

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 521 hits
Buli Dengar je perkataan ni mesti ramai yang terus terbayang adegan drama Dari sekolah tempat kerja sampailah ke medsos Tapi korang sedar tak budaya ni makin hari makin merebak pulak Macam virus Kalau dulu dulu buli ni bab fizikal je Body s...
Ayam Brand Meningkatkan Nutrisi Dan Memudahkan Penyediaan Hidangan Di Musim Perayaan

Ayam Brand Meningkatkan Nutrisi Dan Memudahkan Penyediaan Hidangan Di Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 389 hits
Musim perayaan jelas akan tiba tidak lama lagi dengan suasana kemeriahan kian dirasai pusat beli belah dihias indah dengan kelipan lampu dan warna warna menyerlah yang menggembirakan di samping ramai sedang sibuk membersih rumah dan menyedi...
16 Sambal Hijau Terbaik Yang Sesuai Untuk Semua Hidangan

16 Sambal Hijau Terbaik Yang Sesuai Untuk Semua Hidangan

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 177 hits
Apakah produk sambal hijau terbaik yang berbaloi untuk anda beli Dalam artikel ini kami akan berkongsi 16 jenis sambal untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Sambal Hijau Minang Sambaleena Sambaleena menawarkan sambal hijau as...
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Tuntutan Insurans Bencana Alam

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Tuntutan Insurans Bencana Alam

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 132 hits
Bencana alam seperti banjir sering kali menyebabkan kerosakan yang besar terhadap harta benda termasuk kediaman Sebagai peminjam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam anda dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah Jang...
Restoran Western Food Yang Memang Berbaloi Puncak Alam

Restoran Western Food Yang Memang Berbaloi Puncak Alam

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 119 hits
Kepada penggemar makanan western anda perlu hadir untuk cuba setiap hidangan di sebuah restoran ini yang terletak di puncak alam J Bros sebuah restoran fokus kepada makanan western dimana telah menerima pujian dari penulis kerana mempunyai ...
Fostering An Entrepreneurial Mindset

Jakim Nafi Dakwaan Sandwic Kontroversi Ada Sijil Halal

Pengembangan Pusat Data Malaysia Dan Keperluan Keselamatan Siber

Drama Sekam Di Dada

Mca Urges Probe Into Epf S Mahb Sell And Buy Move

Bonus888 Top 21 By Marion Pgslot Bonus888 Life 31 888 1 2568

Logo Halal Jakim Perlu Tingkat Pemantauan Di Semua Premis Sinar Harian 16 01 2025

My Uae Cepa Kenapa Perjanjian Ini Penting Untuk Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Pengertian Ilmu Kalam Sejarah Sumber Manfaat

Hamzah Gets Taste Of Sabah S Woes Says Change In State Govt A Must

How To Stay Positive And Manage Anxiety During Exam Season

Saat Akhir Sebelum Tinggalkan Jawatan Joe Biden Umum Gencatan Senjata Hamas Israel

Jjcm Kuching Day 3 Supper Di Rooftop

First Time Di Aurum Theater Trx