Kehilangan Hak Istimewa Admin Wordpress


Apabila Laman WordPress pelanggan digodam dan akaun admin mereka telah dihapuskan dari pangkalan data. Ada kemungkinan hak istimewa admin WordPress telah diambil keluar oleh penggodam. Anda boleh log masuk ke kawasan pentadbir WordPress tetapi anda tidak akan melihat mana-mana fungsi-fungsi admin (contohnya keupayaan untuk membuat perubahan pada plugin atau tema), yang membolehkan anda mengubahsuai laman anda. Ini menyebabkan mereka dikunci dari laman mereka tanpa apa-apa pengubahsuaian berlaku.
Jadi tidak ada apa-apa yang boleh anda lakukan, anda perlu pergi ke phpMyAdmin dan mencipta pengguna admin baru untuk memberikan anda akses. Dalam artikel ini, saya akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah panduan bagaimana untuk mencipta pengguna admin baru dalam pangkalan data WordPress melalui MySQL. Pertama, anda perlu mempunyai akses kepada Panel Kawalan hosting anda seperti CPanel, Plesk atau VestaCP dan lain-lain; yang membolehkan anda memasuki ke phpMyadmin. Jika anda tidak mempunyai log masuk ni. Sila meminta pembekal hosting anda untuk menyediakan kepada anda.
Buatlah sandaran baru daripada pangkalan data MySQL WordPress anda. Anda perlu mempunyai satu salinan sebelum membuat sebarang perubahan dengan data laman anda. Salinan sandaran tersebut membolehkan anda pulihkan atau kembali semula pangkalan data kepada keadaan sebelumnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Tambahkan Pengguna Admin ke pangkalan data WordPress Untuk membaiki isu ini, anda perlu menambahkan pengguna admin baru ke pangkalan data anda melalui MySQL. Kami akan menetapkan semula kata laluan melalui phpMyAdmin dengan mengikuti langkah di bawah.
Log masuk ke panel hos anda (CPanel/Plesk/VestaCP) dan melancarkan phpMyAdmin yang boleh didapati di bahagian pangkalan data.Sebaik sahaja log masuk ke PHPMyAdmin, pilih pangkalan data MySQL WordPress anda. Jika anda mempunyai beberapa pangkalan data dan tidak pasti yang pangkalan data WordPress, anda boleh mencari nama pangkalan data dari WordPress fail wp-config.php, contohnya define (‘ DB_NAME ‘, ‘ wpdb ‘).Sebaik sahaja pangkalan data WordPress dipilih senarai semua Jadual dalam pangkalan data diisi seperti yang dilihat dalam tangkapan skrin di bawah. Klik pada jadual wp_users untuk mengakses kandungannya. Kunci default jadual WordPress adalah wp_ oleh itu jika anda telah menukarkannya kepada jL1wp8, nama sebenarnya adalah jL1wp8_users. Anda perlu membuat akaun baru, jadi klik pada ‘ insert ‘. Dalam borang, tambahkan yang berikut:
ID: Masukkan nombor yang anda suka, saya pilih nombor 8.user_login: Masukkan nama pengguna yang anda suka.user_pass: Kata laluan untuk nama pengguna ini. Pastikan untuk memilih MD5 dalam menu fungsi.user_nicename: Tambahlah nama samaran atau sesuatu yang anda mahu rujuk diri anda.user_email: Tambah e-mel yang anda ingin dengan akaun ini. Anda mungkin mahu mencuba e-mel yang berbeza jika yang asal yang anda gunakan telah dikompromi.user_url: Masukkan alamat laman anda.user_registered: Pilih tarikh/masa untuk apabila pengguna ini didaftarkan.user_status: Set ke 0.display_name: Letakkan nama yang anda mahu paparkan untuk pengguna ini.Klik pada butang Go. Seterusnya, kami perlu menambah nilai untuk jadual wp_usermeta. Klik pada jadual wp_usermeta dan kemudian klik pada tab “insert” seperti langkah sebelumnya. Masukkan maklumat berikut:
unmeta_id: Biarkan ini kosong (ia akan dijana secara automatik).user_id: Ini adalah nombor yang anda cipta dalam langkah sebelumnya, seperti saya pilih nombor 8.meta_key: Masukkan nilai wp_capabilities.meta_value: Masukkan nilai a:1:{s:13:”administrator”;s:1:”1″;}Klik pada butang Go. Kemudian, masukkan nilai-nilai lain dengan maklumat ini:
unmeta_id: Biarkan ini kosong (ia akan dijana secara automatik).user_id: Ini adalah nombor yang anda cipta dalam langkah sebelumnya, seperti saya pilih nombor 8.meta_key: Masukkan nilai wp_user_level.meta_value: Masukkan nilai 10.Klik pada butang Go. Tahniah, anda telah mencipta nama pengguna baru. Gunakan ini untuk log masuk ke dalam wp-admin anda menggunakan nama pengguna dan kata laluan baru.
SQL query Untuk pemaju laman yang ingin mempercepatkan proses ini, anda hanya memasukkan kod SQL ini dalam pangkalan data anda.
INSERT INTO `databasename`.`wp_users` (`ID`, `user_login`, `user_pass`, `user_nicename`, `user_email`, `user_url`, `user_registered`, `user_activation_key`, `user_status`, `display_name`) VALUES ('8', 'demo', MD5('demo'), 'Your Name', '[email protected]', 'http://www.test.com/', '2020-09-08 00:09:08', '', '0', 'Your Name'); INSERT INTO `databasename`.`wp_usermeta` (`umeta_id`, `user_id`, `meta_key`, `meta_value`) VALUES (NULL, '8', 'wp_capabilities', 'a:1:{s:13:"administrator";s:1:"1";}'); INSERT INTO `databasename`.`wp_usermeta` (`umeta_id`, `user_id`, `meta_key`, `meta_value`) VALUES (NULL, '8', 'wp_user_level', '10'); Jangan lupa untuk menukarkan nama pangkalan data anda. Juga jangan lupa untuk menukar nilai yang sesuai seperti nama domain anda. Peringatan sekali lagi iaitu kunci default jadual WordPress adalah wp_ oleh itu jika anda telah menukarkannya kepada jL1wp8, nama sebenarnya adalah jL1wp8_users.
Kesimpulan Cuba login sekarang dan memeriksa sama ada anda boleh mengakses ke panel WordPress admin anda. Sekarang anda perlu buat dengan mengaktifkan semua plugin atau tema yang anda milik. Contohnya, jika WooCommerce kehilangan perananya dan keupayaanya apabila anda mengaktifkan semula. Apa yang anda perlu buat ialah menyahaktifkan dan memadam WooCommece melalui WordPress plugin. Kemudian memasang WooCommerce kembali untuk memulihkan peranannya secara automatik.
The post Kehilangan Hak Istimewa Admin WordPress appeared first on Wordpress Tip Guide Support Solution.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.jonloh.com/kehilangan-hak-istimewa-admin-wordpress/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangsa Melayu Patut Malu Jika Mara Ini Menyebabkan Mereka Kehilangan Hak Mereka

Bangsa Melayu Patut Malu Jika Mara Ini Menyebabkan Mereka Kehilangan Hak Mereka

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 323 hits
Apa jadi dengan siasatan bangunan MARA pada 2017 CARI PUNYA CARI NAMA INI SAJA YANG ADA TU PUN JANGAN MELAYU HIDUP MELAYU KAH Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubu...
Lost Wordpress Admin Privileges

Lost Wordpress Admin Privileges

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 236 hits
When a client s WordPress site got hacked and their admin account was deleted from the database Sometimes a WordPress site administrative permission had been removed by the culprit You may be able to log into the admin area but you won t se...
Fattah Luah Syukur Ulang Tahun Kelahiran Ke 30 Ini Ucapan Istimewa Fazura

Fattah Luah Syukur Ulang Tahun Kelahiran Ke 30 Ini Ucapan Istimewa Fazura

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 636 hits
Menerusi satu entri di laman Instagram pelakon Fattah Amin telah meluahkan rasa syukur di atas kurniaan yang diberikan oleh Allah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 30 tahun hari ini 14 September source
My Kuali Kari Ayam Istimewa

My Kuali Kari Ayam Istimewa

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 1066 hits
Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua gulai kari ayam berposing dalam kuali ada masa rajin kak rose masak gulai kari ayam ni tapi entak lah vitamin m tu dah banyak sangat untuk nak amik gambo bagai so gambo yang ada ni jer lah dalam pe...
Wrap Pizza Ekstravaganza Istimewa Untuk Anak Cukup Mudah Pakai Kuali Je

Wrap Pizza Ekstravaganza Istimewa Untuk Anak Cukup Mudah Pakai Kuali Je

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 516 hits
Apa hidangan sarapan hujung minggu anda buat anak anak Pastinya rangkaian menu special seperti nasi lemak menghiasi meja makan di pagi hari Pun begitu ada waktunya anak anak mahukan kelainan Sesekali cuba pula menyediakan sarapan sedikit ke...
Fazura Dedikasikan Ucapan Istimewa Buat Suami Raikan Harijadi Terakhir Fattah Sebelum Jadi Ibu Ayah

Fazura Dedikasikan Ucapan Istimewa Buat Suami Raikan Harijadi Terakhir Fattah Sebelum Jadi Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 394 hits
Pasangan selebriti Nur Fazura dan juga Fattah Amin memang sudah diketahui sentiasa sweet dan mengambil berat antara satu sama lain Baru baru ini sempena harijadi Fattah Amin yang ke 30 isteri tercinta Fazura memuat naik sebuah video khas ya...
Ketahui Hak Anda

Ketahui Hak Anda

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 498 hits
KETAHUI HAK ANDA EMPLOYMENT LAW DI MALAYSIAApabila membicarakan tentang undang undang buruh atau pekerjaan di Malaysia pastinya ramai yang terfikir mengenai Akta Kerja 1955 Ia sememangnya satu perundangan buruh yang amat penting yang menyed...
Buat Apa Saya Nak Ambil Sedangkan Bukan Ada Hak Saya Pun Ali Puteh

Buat Apa Saya Nak Ambil Sedangkan Bukan Ada Hak Saya Pun Ali Puteh

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 409 hits
Sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu dia pernah memfailkan saman terhadap saya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900 000 Saman yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menuduh saya mengambil harta abang saya dan harta anak ya...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan