Kehidupan Saya Kosong Dawn Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Berpisah Dengan Hyuna
Dawn buat pertama kalinya berkongsi kisah kehidupannya selepas berpisah dengan Hyun-a.
ARTIKEL BERKAITAN
Dah Berpisah, Kenapa Hyuna Muat Naik Foto Dawn Tidak Berbaju Di Instagram?
Pada 2 Oktober, Dawn telah muncul sebagai tetamu di dalam sebuah rancangan YouTube “Lee Yong-jin’s Kara”.
Pelbagai isu telah dibincangkan dalam rancangan tersebut dan salah satunya adalah berkenaan dengan hubungannya bersama dengan bekas teman wanitanya iaitu Hyun-a.
Ketika ditanya mengenai apa yang Dawn alami selepas berpisah, dia menjawab,
Saya rasa berpisah itu ada kelebihan dan juga ada kekurangan. Tapi saya rasa kelebihan selepas berpisah tu lagi banyak daripada kekurangan.
Tambahnya,
Antara kelebihannya ialah, saya tidak banyak menghabiskan masa berseorangan, saya juga ada banyak rakan-rakan. Tapi kebelakangan ini, saya asyik terfikir untuk menghabiskan masa berseorangan. Ianya rasa sangat tenang dan aman.
Malah, dia juga menambah,
Masa mula-mula putus dulu, tak dinafikan walaupun saya bebas keluar sana sini, lepas balik rumah mesti saya rasa sunyi. Rasa macam kehidupan saya kosong dan rasa rindu itu selalu ada. Tapi itu masa permulaan saja la. Sekarang ni saya dah boleh biasakan diri.
Hyun-a dan Dawn mula bercinta pada 2016 sebelum mengumumkan hubungan mereka kepada peminat pada 2018. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila mereka putus pada Disember 2022 selepas 6 tahun percintaan.
Apa pendapat korang lepas baca kisah Dawn ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Kehidupan Saya Kosong” – Dawn Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Berpisah Dengan Hyuna first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kehidupan-saya-kosong-dawn-kongsi-perkembangan-terkini-selepas-berpisah-dengan-hyuna/