Kehidupan Rumah Vs Kereta
Assalamualaikum semua :)
Apa dilema yang kau orang alami semasa dah bekerja?
Suasana kerja?
Bil utiliti?
Jodoh mana?
Pengangkutan ke tempat kerja?
Bos cerewet?
Fasiliti tempat kerja?
Senior buli?
Rumah sewa?
Gaji kecil?
N A K M A K A N K A T M A N A?!
Bagi nia, dilema yang nia alami selepas mendapat pekerjaan ialah samada nak beli kereta ataupun nak beli rumah.
Kedua – dua benda ni bukanlah satu keperluan pada nia sebab nia menunggang motorsikal untuk perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja. Tempat tinggal pun tak menjadi masalah sangat sebab nia duduk dengan abah.
Jadi, kenapa ada dilema pulak?
Nia bercadang nak beli kereta sebab nia tak boleh nak drive kereta abah. Abah punya kereta guna manual transmission, bila kaki nia tekan pedal clutchtu menggigil – gigil jadinya. Trauma kemalangan lepas dapat lesen kereta tak hilang sampai sekarang.
Lagipun selepas abah sakit, kaki abah tak berapa kuat sangat. Jadi abah tak boleh nak drivekereta manual transmission lagi.
Sebab tu nia bercadang nak beli kereta.
Untuk rumah tu pulak, abah yang suruh beli.
Kalau diikutkan nia, takde niat di hati untuk beli rumah lagi sebab rumah yang ada pun tak boleh nak jaga dengan elok lagi. Bocor sana sini tak bertampal. Kopak atas bawah tak dibetulkan.
Lagipun gaji nia sebagai guru tadika bukannya besar mana. Bila dah ditolak dengan komitmen bulanan, yang tinggal hanyalah cukup – cukup makan untuk belanja harian nia. Ada bulan lain tu, belanja harian pun tercekik sebab nak kena bayar komitmen tambahan.
Takut juga nia nak beli rumah sebab kewangan tak stabil lagi.
Tapi Alhamdulillah, nia dah berjaya beli tanah abah yang ada dekat kampung. Cadangannya nak cantikkan rumah kampung tu tapi itulah, kena cukupkan kewangan dulu.
Antara rumah dan kereta ni, mana satu yang lagi penting?
Kalau tanya nia, rumah memang lagi penting sebab harga hartanah tak jatuh sebaliknya sering meningkat tahun demi tahun kalau nak dibandingkan dengan harga kereta.
Yang jadi masalahnya adalah kewangan. Dapat – dapat untuk orang bujang macam nia ni. Kalau bergaji besar, bolehlah buat permohonan pinjaman kewangan daripada bank. Tapi kalau bergaji kecil? Nak buat pinjaman dengan bank, memang takkan dilayan.
Untuk kereta pulak.
Ada orang, kereta itu satu keperluan kepada mereka. Dapat pula kalau kereta yang dibeli itu merupakan kereta pertama keluarga. Dan kereta itu digunakan bukan sekadar perjalanan pergi balik kerja sahaja tetapi digunakan untuk macam – macam perkara.
Jadi berbalik kepada keperluan masing – masing.
Kalau kau orang tak perlukan kereta. Tangguhkan hasrat dulu. Kalau memang teringin sangat nak pakai kereta, beli kereta terpakai.
Semoga dilema kau orang semua menemui jalan keluarnya :)
Sumber gambar: google.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://nia-emkay.blogspot.com/2020/12/kehidupan-rumah-vs-kereta.html