Keh Keh Keh Macam Ini Pun Boleh Dilantik Duta


 


Lantikan Tajuddin adalah ‘musibah, memalukan’, kata bekas diplomat

Sean Augustin dan Reshna Reem Ganesan -May 17, 2022     
Noor Farida Mohd Ariffin daripada G25 berkata cara Tajuddin Abdul Rahman menangani perlanggaran melibatkan dua tren LRT tahun lalu mencerminkan kredibiliti Ahli Parlimen Pasir Salak itu.PETALING JAYA: Seorang bekas diplomat menyifatkan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia ibarat “musibah”, susulan ahli Parlimen Pasir Salak itu dibayangi kontroversi dalam isu perlanggaran melibatkan dua tren LRT tahun lalu.
Noor Farida Mohd Ariffin daripada G25 berkata, penerangan Tajuddin mengenai perlanggaran itu, yang menyebabkan 47 penumpang cedera parah, kerana dua “tren bercium antara satu sama lain” mencerminkan kredibiliti yang ada padanya.
“Ia amat mengecewakan pegawai diplomatik, peluang kerjaya kami untuk dinaikkan ke jawatan duta telah dilucutkan,” katanya kepada FMT.

Noor Farida berkata, kurang bijak apabila kerajaan melantik seseorang seperti Tajuddin yang “sangat kurang berkaliber dan kemahiran diplomatik” untuk jawatan itu, lebih-lebih lagi Indonesia adalah negara penting kepada Malaysia dan mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik dengan Putrajaya.

Terdahulu, Tajuddin mengesahkan beliau akan menjadi duta baharu ke Indonesia. Jawatan itu kosong sejak Zainal Abidin Bakar, bersara pada 4 April 2021.
Ahli Parlimen kontroversi itu disingkirkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Mei lalu, hanya beberapa hari selepas sidang medianya yang mendapat kritikan ramai berikutan perlanggaran membabitkan dua tren LRT.
Sementara itu, Fahmi Fadzil daripada PKR berkata, walaupun pelantikan Tajuddin bukan satu kejutan, ia masih mengejutkan memandangkan cara beliau mengawal penampilan diri pada masa lalu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, pelantikan bekas timbalan menteri itu akan membawa kepada spekulasi mengenai susun atur atau persefahaman yang wujud antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Tajuddin.
Ini kerana ia melibatkan “jawatan yang sangat senior”.
“Adalah sukar untuk mengelak spekulasi seperti ini daripada orang ramai,” katanya ketika dihubungi.
Fahmi berkata, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, sebahagian besarnya, mengelak daripada meletakkan ahli politik ke jawatan diplomat.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru daripada PKR, Sim Tze Tzin menggesa perdana menteri menjelaskan pelantikan Tajuddin, sambil menambah terdapat ramai diplomat berpengalaman lebih layak untuk jawatan itu.
“Rakyat telah melihat prestasi Tajuddin di Parlimen dan cara dia mengendalikan krisis LRT. Adakah dia pilihan tepat untuk jawatan penting itu?” soalnya.
Seorang lagi bekas diplomat, Dennis Ignatius, berkata pelantikan Tajuddin ke jawatan penting itu disifatkan sebagai “memalukan”.
“Macam tiada orang lain.”
Ignatius, seorang veteran yang berkhidmat di luar negara selama 36 tahun bagaimanapun tidak terkejut dengan pelantikan itu.
“Hubungan politik kini lebih penting daripada integriti, kehormatan dan profesionalisme.” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/kehkehkehmacam-ini-pun-boleh-dilantik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilantik Jadi Duta Adakah Tajuddin Akan Lepas Jawatan Ahli Parlimen Soal Maria

Dilantik Jadi Duta Adakah Tajuddin Akan Lepas Jawatan Ahli Parlimen Soal Maria

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 420 hits
freemalaysiatoday com May 18 2022 8 30 AMMaria Chin Abdullah berkata Tajuddin Abdul Rahman tidak memandang jauh jika tidak memikirkan pengundinya terutama memandangkan peruntukan diterimanya daripada kerajaan PETALING JAYA Seorang ahli Parl...
Sebagai Pengerusi Bbc Tajuddin Mesti Berjawatan Timb Menteri K Komm Pertahan Tajuddin Dilantik Sebagai Duta

Sebagai Pengerusi Bbc Tajuddin Mesti Berjawatan Timb Menteri K Komm Pertahan Tajuddin Dilantik Sebagai Duta

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 132 hits
Sebagai pengerusi BBC Tajuddin mesti berjawatan Timb Menteri K KOMM pertahan Tajuddin dilantik sebagai DutaFoto Tajuddin Zahidi The Vibes Malay MailTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin mempertahankan pelantikan Ah...
Macam Macam Boleh Jadi Soalan Sama Tak Kisah Tanya Apa Anak Buat Di Sekolah

Macam Macam Boleh Jadi Soalan Sama Tak Kisah Tanya Apa Anak Buat Di Sekolah

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 226 hits
Setiap kali anak masuk kereta atau ketika ambil anak dari sekolah ringankanlah mulut bertanya apa aktiviti anak pada hari itu Walau hanya soalan yang sama saban hari bertanyalah Sebab apa Anak perlukan ruang untuk bercerita perjalanannya pa...
Mp Pasir Salak Sahkan Dilantik Jadi Duta Ke Indonesia

Mp Pasir Salak Sahkan Dilantik Jadi Duta Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 151 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 17 2022 3 36 PMAhli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia seterusnya yang berpangkalan di Jakarta Memang benar kata pemimpin Umno itu da...
Workout Pakai Dress Labuh Netizen Puji Aina Abdul Pakai Macam Ni Boleh Jaga Mata Lelaki Sikit

Workout Pakai Dress Labuh Netizen Puji Aina Abdul Pakai Macam Ni Boleh Jaga Mata Lelaki Sikit

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 172 hits
Nama penyanyi Aina Abdul sekali lagi menjadi bahan bualan netizen gara gara dia melakukan aktiviti mengangkat berat di pusat gimnasium dengan memakai dress labuh berwarna hitam Menerusi video di Instagram Aina Abdul 29 berkongsi momennya se...
Sabrina Dikritik Burukkan Imej Islam Ini Respons Mufti N9 Sekiranya Jahil Dia Boleh Dimaafkan

Sabrina Dikritik Burukkan Imej Islam Ini Respons Mufti N9 Sekiranya Jahil Dia Boleh Dimaafkan

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 177 hits
Sejak beberapa hari yang lalu nama seorang pelajar nbsp perempuan Malaysia yang menuntut di salah sebuah universiti di Korea Selatan mendapat perhatian orang ramai disebabkan oleh kenyataan yang diberikan olehnya pada baru baru ini Dia yang...
Boleh Menang Pru 15 Bawa Isu Anak Muda Pengangguran

Boleh Menang Pru 15 Bawa Isu Anak Muda Pengangguran

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 125 hits
Boleh menang PRU 15 bawa isu anak muda pengangguranPosted By on May 13 2022Kempen Pemilihan KEADILAN 2022 penuh dengan pelbagai idea yang dilontarkan pihak bertanding untuk memastikan parti menang dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Salah satu id...
Pemilihan Pkr Silap Langkah Boleh Bawa Kepada Pengkhianatan 2 0

Pemilihan Pkr Silap Langkah Boleh Bawa Kepada Pengkhianatan 2 0

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 154 hits
DR SHAHNOR BASRIPemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat sedang melalui fasa fasa kempen perdebatan dan persaingan antara pasukan Persaingan paling ketara adalah diantara pasukan Datuk Seri Saifuddin Nasution dengan pasukan saudara Rafizi...
Resipi Lontong Goreng Boleh Jadi Menu Istimewa Rumah Terbuka

Resipi Lontong Goreng Boleh Jadi Menu Istimewa Rumah Terbuka

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 190 hits
Lontong Goreng selain sesuai untuk menu sarapan pagi boleh juga dijadikan menu istimewa untuk rumah terbuka Lontong Goreng adalah hidangan serba boleh kerana ia boleh dihidangkan mengikut cita rasa anda Boleh tambah sayur sayuran seperti ta...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord