Dilantik Jadi Duta Adakah Tajuddin Akan Lepas Jawatan Ahli Parlimen Soal Maria


freemalaysiatoday.com
Reshna Reem Ganesan and Sean Augustin
-May 18, 2022 8:30 AM
Maria Chin Abdullah berkata, Tajuddin Abdul Rahman tidak memandang jauh jika tidak memikirkan pengundinya, terutama memandangkan peruntukan diterimanya daripada kerajaan.

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen PKR mempersoalkan sama ada duta besar ke Indonesia yang baharu, Tajuddin Abdul Rahman akan melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen Pasir Salak.

“Saya rasa beliau (Tajuddin) perlu menjelaskan keputusan kepada pengundinya dan negara, sama ada akan melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen untuk menggalas tugas itu. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah.

Tambahnya, Tajuddin tidak memandang jauh jika tidak memikirkan pengundinya, terutama memandangkan peruntukan diterimanya daripada kerajaan.

“Beliau wajib melaksanakan tanggungjawabnya dan mengutamakan keperluan rakyat. Beliau tidak boleh sekadar lepas tangan,” katanya kepada FMT.

Noor Farida Mohd Ariffin daripada kumpulan G25 turut berkongsi sentimen serupa dan tertanya-tanya sama ada kerajaan memikirkan secara mendalam sebelum mencalonkan Tajuddin sebagai duta besar kepada kerajaan Indonesia.

“Apabila dilantik sebagai duta. beliau akan tinggal di luar Malaysia, seterusnya menyebabkan kawasannya tiada ahli Parlimen untuk mewakili kepentingan mereka di Parlimen,” kata Farida, yang juga bekas duta besar ke Belanda.

Beliau memberi sebagai contoh Ahli Parlimen Rompin Allahyarham Jamaluddin Jarjis dan bekas ahli Parlimen Ranau Bernard Dompok yang gagal melaksanakan tugas masing-masing selepas dilantik menjadi duta ke Amerika Syarikat dan Vatican City.

Tajuddin semalam mengesahkan beliau dilantik sebagai duta besar ke Indonesia yang baharu, mengisi jawatan yang dibiarkan kosong sejak Zainal Abidin Bakar bersara pada 4 April 2021.

Ahli Parlimen berkontroversi itu disingkirkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Mei lepas, hanya beberapa hari selepas sidang medianya yang mendapat kecaman susulan pelanggaran dua tren LRT.

Pelantikannya itu mencetuskan kritikan ahli Parlimen pembangkang dan bekas diplomat.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menyifatkannya sebagai “pelantikan kroni” selain mempertikai latar belakang Tajuddin yang melayakkannya untuk jawatan diplomat.

“Lantikan politik seperti ini memang sudah lama wujud, namun mestilah dibuat demi kepentingan negara,” katanya.

Beliau mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob cuba menggunakan pelantikan Tajuddin sebagai pengaruh politik.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/dilantik-jadi-duta-adakah-tajuddin-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebagai Pengerusi Bbc Tajuddin Mesti Berjawatan Timb Menteri K Komm Pertahan Tajuddin Dilantik Sebagai Duta

Sebagai Pengerusi Bbc Tajuddin Mesti Berjawatan Timb Menteri K Komm Pertahan Tajuddin Dilantik Sebagai Duta

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 201 hits
Sebagai pengerusi BBC Tajuddin mesti berjawatan Timb Menteri K KOMM pertahan Tajuddin dilantik sebagai DutaFoto Tajuddin Zahidi The Vibes Malay MailTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin mempertahankan pelantikan Ah...
Anak Ahli Parlimen Ni Mesti Peminat Smackdown Nih

Anak Ahli Parlimen Ni Mesti Peminat Smackdown Nih

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 237 hits
Didakwa kurang ajar dengan ibu anak Ahli Parlimen tumbuk ludah lelaki May 7 2022 Mangsa yang bekerja sebagai pengurus membuat laporan polis kerana bimbang tentang keselamatan diri dan keluarga PETALING JAYA Anak kepada seorang Ahli Parlimen...
Ahli Parlimen Tuntut Penjelasan Telus Kematian Doktor Pelatih

Ahli Parlimen Tuntut Penjelasan Telus Kematian Doktor Pelatih

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 228 hits
Ahli Parlimen tuntut penjelasan telus kematian doktor pelatih Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 May 2022 7 1
Polis Siasat Video Tular Dakwa Anggota Trafik Iring Kenderaan Milik Anak Ahli Parlimen

Polis Siasat Video Tular Dakwa Anggota Trafik Iring Kenderaan Milik Anak Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 255 hits
Polis siasat video tular dakwa anggota trafik iring kenderaan milik anak ahli Parlimen Polis Pulau Pinang melakukan siasatan terperinci susulan satu video tular yang menunjukkan seorang lelaki memandu kenderaan sambil diiringi dua anggota p...
10 Reaksi Kocak Warganet Soal Kebijakan Lepas Masker Di Ruang Terbuka Ada Ada Aja

10 Reaksi Kocak Warganet Soal Kebijakan Lepas Masker Di Ruang Terbuka Ada Ada Aja

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 271 hits
Dari reaksi ini kita jadi tahu kalau selain takut terpapar corona tujuan orang pakai masker selama ini adalah untuk menutupi aib agar tak merusak image
Tajuddin Orang Lama Berpengalaman Pm Ismail Pertahan Pelantikan Tajuddin Sebagai Duta

Tajuddin Orang Lama Berpengalaman Pm Ismail Pertahan Pelantikan Tajuddin Sebagai Duta

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 223 hits
Banyak pihak termasuk rakyat membantah keputusan Putrajaya melantik Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia Walaupun sedar mengenai bantahan tersebut Perdana Menteri Datuk Seri Ism...
Parlimen Dan Malaysia Lebih Aman Tanpa Tajuddin Di Malaysia

Parlimen Dan Malaysia Lebih Aman Tanpa Tajuddin Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 339 hits
Selamat tinggal politik untuk TAJUDDIN Malaysia kehilangan seorang calon PM
Tidak Adil Saya Dilayan Seperti Orang Tepi Jalan Tajuddin Sentap Kesal Pelantikannya Sebagai Duta Dipertikaikan

Tidak Adil Saya Dilayan Seperti Orang Tepi Jalan Tajuddin Sentap Kesal Pelantikannya Sebagai Duta Dipertikaikan

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 299 hits
Tidak adil saya dilayan seperti orang tepi jalan Tajuddin sentap kesal pelantikannya sebagai duta dipertikaikanTajuddin Abdul Rahman Foto The StarBiarpun didesak membatalkan perlantikan Ahli Parlimen Pasir Salak sebagai Duta Besar Malaysia ...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi