Kegiatan Raja Dadah Dap Terbongkar Apakah Tiada Kesalahan Amla Sprm Ros Tak Nak Siasat Ker



16 September 2019, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menerusi Ops Eagle Diamond yang dilakukan di Butterworth, Pulau Pinang merampas 12 tan kokain yang dicampurkan dengan 16 tan arang batu.

Berikutan itu polis menahan seorang lelaki India mengikut  Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hasil risikan dan maklumat dari individu berkenaan, PDRM berjaya mengenalpasti penglibatan beberapa individu lain dalam sindiket itu sebelum operasi dilancarkan pada 16 Januari 2020.

Operasi bertujuan menyita semua harta yang ada kaitan dengan suspek dan sekutunya yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah sebagai usaha melumpuhkan sindiket secara menyeluruh dan selama-lamanya.



Dalam penyitaan tersebut, pemeriksaan pertama di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Perai Seberang Perai Pulau Pinang, PDRM berjaya merampas syabu seberat 4.98 kilogram, serbuk dan cecair yang disyaki kimia 114.6 kilogram serta peralatan memproses dadah syabu bernilai anggaran RM250,000.

Di gudang sama, 8 suspek lelaki iaitu 2 Cina tempatan, 5 lelaki Myanmar dan seorang warga China berusia antara 33 hingga 51 tahun ditahan dan direman sehingga 30 Januari ini untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lanjutan daripada OPs Eagle Diamond, PDRM telah merampas :

》Wang tunai berjumlah RM6,960
》Akaun simpanan yang mempunyai simpanan sebanyak  RM21,682,395.33
》Saham bernilai RM143,566,645.04 
》Hartanah bernilai RM198 juta
》Kenderaan bernilai RM2.727 juta
》Barang kemas berjumlah RM51,800 yang kesemuanya milik raja dadah.

Kesemua sitaan dibuat dibawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 ADB (Perlucuthakan Harta) 1988 dan kesemua hartanah dan saham berkenaan dimiliki oleh raja dadah di negeri utara berkenaan disyaki hasil aktiviti haram.



Begitu sidang media yang dibuat oleh Datuk Mohd. Khalil Kader Mohamad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman seperti yang dilapurkan okeh Malaysia Gazette.

Pada 30 Januari 2020 , 8 orang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar dadah di Pulau Pinang. 



Salah seorangnya bernama Ooi Chieng Sim.

Ooi merupakan pemegang saham secara individu (bukan syarikat) yang terbesar dalam Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB), milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Laporan Tahunan PBAHB (setakat 1 April 2019), menyatakan Ooi menguasai 5,327,600 unit saham dalam PBA (1.61.%), iaitu ke-4 terbesar (LIHAT DI MUKA SURAT 214).

Kenyataan media PBA  pada 31 Januari 2020,  mendedahkan Ooi menguasai 6,127,600 unit saham dalam PBA (1.85%) setakat 31 Disember 2019 (BACA DI SINI).

Dalam tempoh hanya 9 bulan, Ooi telah meningkatkan pegangan sahamnya dalam syarikat air Pulau Pinang itu sebanyak 800,000 unit.

Ooi juga merupakan Pengerusi syarikat Heng Huat Resources Group dan ATTA Global Group.

Heng Huat Resources (Ooi juga pemegang saham terbesar) dilihat mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Pulau Pinang. 



Sebagai contoh, pada 14 September 2019, Ketua Menteri Chow Kon Yeow merasmikan projek baharu syarikat tersebut iaitu perusahaan sabut kelapa dengan ladang seluas 5 ekar di Setiu. 

Walau pun projek ini di Terengganu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang merasmikannya.

Ia juga turut disertai Speaker DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang dan ADUN Jawi, H’ng Mooi Lye (BACA DI SINI).

Manakala itu, ATTA Global giat membeli hartanah di serata Pulau Pinang, termasuk membeli 80% saham syarikat pemaju Sunrise Manner dengan bayaran tunai RM20 juta pada 4 September 2018 (BACA DI SINI).

Rentetan Ops Diamond Eagle, 9 akaun bank milik syarikat terbabit dan anak syarikatnya dibekukan termasuk akaun bank peribadi Ooi.

Gudang yang diserbu pihak polis di Kawasan Perindustrian Prai merupakan sebahagian milik Atta Global yang disewa oleh pihak ketiga (BACA DI SINI).


Ooi Chieng Sim Mesti Di Dakwa Bawah AMLA



Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan (RUJUK DI SINI).

Ternyata Ooi telah mengumpulkan kekayaan dalam waktu yang cukup singkat hasil dari aktiviti memproses dan pengedaran dadah.

Ooi bukan sahaja telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, malah beliau juga dengan jelas telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sekiranya pihak PDRM sememangnya berhasrat untuk melumpuhkan kartel dadah Malaysia secara menyeluruh dan buat selama-lamanya, skop penyiasatan juga perlu diperluaskan untuk mengenal pasti penglibatan Ooi dalam beberapa kegiatan jenayah yang lain seperti 'MBI Money Game' yang dilihat semakin rancak di Pulau Pinang (BACA DI SINI) dan peminjam wang tak berlesen (Ah Long).

Kerana kegiatan-kegiatan haram sebegini sekiranya tidak dibenteras hingga ke akar umbi, dikhuatiri akan menjana semula kewangan kartel dadah yang telah dibongkar.

ROS Perlu Siasat Apakah Hubungan Ooi Chieng Sim Dengan Parti DAP



Mengikut Seksyen 13 (IV) Akta Pertubuhan 1966, ROS boleh mengambil tindakan membatalkan oendaftaran sesuatu pertubuhan sekiranya didapati pertubuhan digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud bertentabgan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di bawah Seksyen 13 (1) (c) (BACA DI SINI).

Timbul persoalan kini, dari hubungan baik antara Ooi dengan pemimpin DAP, apakah parti DAP telah digunakan oleh Ooi sebagai tempat beliau melakukan pengubahan wang haram yang diperolehi dari hasil pemprosesan dan pengedaran dadah.



Sekiranya terbukti, maka pendaftaran DAP bawah ROS mesti dibatalkan.

Kita sudah sedia maklum akan penglibatan DAP dengan ideologi komunis.

Kita semua sudah didedahkan dengan penglibatan pemimpin-pemimpin DAP dengan kumpulan pengganas seperti LTTE.

Dan kini, sekali lagi terdedah DAP mempunyai hubungan yang baik dengan salah seorang yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel dadah dunia.

Apa lagi alasan yang ROS perlukan untuk mengambil tindakan terhadap DAP?

Sebagai rakyat Malaysia, kita merasa sangat malu, apabila mengetahui parti yang mendominasi Kerajaan Malaysia adalah parti politik yang terlalu banyak dikaitkan dengan kegiatan-kegiatan tidak bermaruah.

Sekiranya kita biarkan mereka terus berkuasa, apakah nasib generasi Malaysia yang akan datang?






Kredit :

Fb Korek-Korek
Portal Malaysia Gazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/02/kegiatan-raja-dadah-dap-terbongkar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Sprm Nak Soal Siasat Tony Fernandes

Bila Sprm Nak Soal Siasat Tony Fernandes

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 389 hits
APABILA sesuatu tuduhan dibuat terhadap individu atau syarikat tertentu tajuk berita yang kita akan baca ialah SPRM POLIS menyerbu pejabat tertentu atau individu tersebut disiasat adalah NORMAL TETAPI sudah hampir seminggu berita mengenai r...
Kenapa Nak Gunakan Umno Bagi Membunuh Dap

Kenapa Nak Gunakan Umno Bagi Membunuh Dap

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 452 hits
UMNO tanpa sedar digunakan mendukung biawak hidup Bertahun UMNO melawan DAP sejak peristiwa Mei 13 1969 Tetiba Dr Mahathir Mohamad berpakat dengan DAP menjatuhkan UMNO yang berkuasa sejak tahun 1955 kerana dendam dan marahnya kepada pemimpi...
Sprm Soal Siasat Doktor Beri Cuti Sakit Kepada Rosmah

Sprm Soal Siasat Doktor Beri Cuti Sakit Kepada Rosmah

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR 5 FEB Mahkamah Tinggi yang mendengar kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyoal siasat doktor sebuah hospital swasta yang mengeluarkan sijil cuti sakit kepada iste...
Apakah Muhyiddin Akan Tunduk Desakan Mp Dap Keluarkan Ltte Dari Senarai Pengganas

Apakah Muhyiddin Akan Tunduk Desakan Mp Dap Keluarkan Ltte Dari Senarai Pengganas

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 442 hits
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago membidas penahanan berterusan exco Melaka G Saminathan dan 11 yang lain berhubung dakwaan mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Saya pergi ke Mahkamah Tinggi hari ini menjangkakan keputu...
Takut Kepada Dap Nak Tubuh Pakatan Nasional

Takut Kepada Dap Nak Tubuh Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 470 hits
Dua penganalisis politik mempunyai pandangan berbeza sama ada cakap cakap mengenai pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Nasional akan berlaku Dakwaan pembentukan pakatan baru antara PPBM PAS dan Umno untuk menyokong kepimpinan Dr Maha...
Polis Sita Beberapa Lagi Harta Raja Dadah Di Klang

Polis Sita Beberapa Lagi Harta Raja Dadah Di Klang

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 650 hits
SEPANG 4 FEB Polis Diraja Malaysia menyita beberapa lagi harta milik seorang lelaki warga tempatan disyaki kingpin dadah di Klang Selangor semalam menjadikan jumlah sitaan setakat ini bernilai RM371 7 juta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ...
Dekriminalisasi Dadah Bukan Nak Raih Keuntungan Politik Menteri

Dekriminalisasi Dadah Bukan Nak Raih Keuntungan Politik Menteri

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 377 hits
HARIZ MOHD Seseorang ahli politik itu patut menceburi bidang perniagaan menjual ais krim sekiranya mereka mahu memuaskan hati semua pihak kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad hari ini Bercakap di forum mengenai polisi dadah Dzulkefly berk...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku