Takut Kepada Dap Nak Tubuh Pakatan Nasional



Dua penganalisis politik mempunyai pandangan berbeza sama ada cakap-cakap mengenai pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Nasional akan berlaku.

Dakwaan pembentukan pakatan baru antara PPBM, PAS dan Umno untuk menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad akan memusnahkan harapan Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8.

Pada 20 Jan lalu, FMT melaporkan kemungkinan berlaku penjajaran baru politik yang boleh mendorong PAS ke Putrajaya susulan pertemuan Presidennya, Abdul Hadi Awang dengan Mahathir, tetapi ia mungkin memberi kesan buruk kepada DAP dan Anwar.

Bagaimanapun, penganalisis politik Azmi Hassan berkata, kemungkinan tipis untuk pakatan baru itu ditubuhkan kerana sesetengah pihak dalam Umno tidak mahu bekerjasama dengan PPBM dan Mahathir yang merupakan pengerusi parti itu serta Pakatan Harapan.

Katanya, Mahathir dilihat “punca utama” Umno dan Barisan Nasional kehilangan kuasa di Putrajaya, manakala cadangan pakatan baru itu bertentangan mandat diberikan rakyat Malaysia kepada PH pada 2018.

“Ya, Pakatan Nasional yang baru kelihatan amat menarik, khasnya untuk orang Melayu, tetapi untuk membentuk sebuah kerajaan, anda memerlukan sokongan semua pihak. Saya tidak lihat ini sebagai permulaannya walaupun Pakatan Nasional digambarkan sebagai alternatif kepada PH,” katanya.

Beliau berkata, cadangan pakatan baru itu hanya boleh dilaksanakan dengan Umno menjadi parti lebih dominan daripada PPBM yang diketuai Mahathir – tetapi “buat masa ini, dengan Mahathir menerajui negara, saya tidak nampak sebarang cara Umno boleh mengalahkan PPBM”.

Tetapi, James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata, Pakatan Nasional boleh dilaksanakan kerana 2 matlamat, iaitu menyingkirkan DAP daripada kerajaan dan menghalang Anwar menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, Hadi yang “obses” dalam memastikan DAP disingkirkan daripada kerajaan, membenarkan penubuhan kerajaan baru yang diperintah umat Islam.

Katanya, beberapa cubaan Anwar menjadi perdana menteri gagal sehingga kemenangan PH pada 2018 yang menghidupkan kembali harapannya.

“Tidak kira apa yang dikatakan rakyat mengenai kemampuan politik Anwar, Mahathir yang merupakan orang penting dalam pertukaran kerajaan pertama Malaysia.”

Katanya, kerajaan Pakatan Nasional akan mendapat sokongan pengundi Melayu, khasnya di luar bandar, tetapi bukannya golongan atasan dan pertengahan yang fasih berbahasa Inggeris.

“Majoriti umat Islam, khasnya orang Melayu di luar bandar akan menyokong cadangan ini (Pakatan Nasional) kerana propaganda DAP terlalu berkuasa dan orang Cina sedang menguasai kerajaan.”

Kemungkinan wujud pakatan baru itu dibangkitkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam pada awal minggu lalu yang mendakwa Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi menyokong rancangan itu untuk cuba mengelak dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Hadi sebelum ini berkata, parti itu terbuka untuk pembentukan kerajaan Pakatan Nasional, walaupun Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa menolaknya sebagai polemik politik.

Beberapa pemimpin PH bersetuju dengan Anwar yang berkata, ia sekadar “propaganda” dimainkan pembangkang lapor FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/02/takut-kepada-dap-nak-tubuh-pakatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fear Of Dap Fuels Pakatan Nasional Fear Of Dr M Fuels Critics

Fear Of Dap Fuels Pakatan Nasional Fear Of Dr M Fuels Critics

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 244 hits
Reports of private meetings between Dr Mahathir Mohamad and Abdul Hadi Awang of PAS have sparked talk of a new political coalition PETALING JAYA With talk of a new goverment being formed under the Pakatan Nasional banner two political analy...
Isu Pakatan Nasional Dap Sudah Mengelabah

Isu Pakatan Nasional Dap Sudah Mengelabah

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 259 hits
Mula mula DAP berkata yang cerita tentang kerajaan baru Pakatan Nasional ini berita palsu atau khabar angin Sekarang pula DAP berkata sekiranya kerajaan semua Melayu Pakatan Nasional ini dibentuk maka Malaysia akan menjadi failed state Ceri...
Tun Dr Mahathir Nafi Pelawa Umno Tubuh Pakatan Nasional

Tun Dr Mahathir Nafi Pelawa Umno Tubuh Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan pernah mempelawa parti UMNO untuk menubuhkan Pakatan Nasional Dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran YouTube The Malaya Post Perdana Menteri sebaliknya menegaskan beliau terbuka untuk m...
Pakatan Nasional Perlu Ku Li Jadi Perdana Menteri

Pakatan Nasional Perlu Ku Li Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 300 hits
Perkara itu telah digembar gemburkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Lokman Adam Bagaimanapun UMNO dalam kenyataan berkata isu itu tidak dibincangkan sebaliknya mesyuarat hari ini memutuskan untuk terus mengukuhkan Muafakat Nasional ...
Hadi Pas Open To Pakatan Nasional Gov T To Unite Malay Muslim Power

Hadi Pas Open To Pakatan Nasional Gov T To Unite Malay Muslim Power

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 366 hits
PAS is open to the formation of a Pakatan Nasional unity government to bring the country back to its original path says party president Abdul Hadi Awang However it must follow the principles of democracy the PAS stalwart warned While saying...
Senang Cerita Pakatan Nasional Game Over

Senang Cerita Pakatan Nasional Game Over

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 1389 hits
Tiada perbincangan mengenai kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan cadangan pembentukan kerajaan campuran pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn sebentar tadi Sebaliknya mesyuarat MKT tertumpu kepada bebe...
Guan Eng Marah Media Ke Berita Palsu Pakatan Nasional

Guan Eng Marah Media Ke Berita Palsu Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 463 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menasihati pihak media supaya jangan menyiarkan berita palsu berkenaan isu Pakatan Nasional yang membabitkan Bersatu PAS dan Umno Jelasnya tumpuan seharusnya diberikan bagi menangani cabaran ekonomi khususn...
Pakatan Nasional Alkisah Lebai Malang

Pakatan Nasional Alkisah Lebai Malang

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 520 hits
Jebon Pakatan Nasional Alkisahnya PAS cuba memerangkap UMNO tetapi PAS yang terperangkap Hari ini menjadi sejarah pahit buat para lebai dan walaun walaun khadam MCA bila semua yang dirancang tidak menjadi Sebaliknya UMNO mula sangsi dengan ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn