Kegagalan Sebenar Dasar Ekonomi Baru



Ini seumpama orang dahaga yang sudah minum air dari telaga dan lepas itu meracuni telaga tersebut supaya orang lain tidak boleh minum. Inilah perangai orang Melayu. Hanya mementingkan diri sendiri dan tidak peduli nasib orang lain. Inilah yang boleh dikatakan kegagalan DEB. Orang Melayu sudah berjaya sampai tidak kisah nasib orang lain. NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

Hujah yang sering kita dengar ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah gagal mecapai matlamat dan sasarannya. Ini yang biasanya dikatakan oleh golongan yang tidak senang dengan dasar tersebut, lebih-lebih lagi apabila dasar itu dilihat sebagai satu dasar yang mengutamakan orang Melayu dan kaum Bumiputera.
Mereka menganggap DEB ini sebagai dasar diskriminasi terhadap golongan bukan Melayu dan mereka samakannya dengan dasar apateid (apartheid) Afrika Selatan pada satu masa dahulu. Sering juga kita dengar bahawa DEB ini menyebabkan rasuah berleluasa sebab perasuah mengguna DEB sebagai alasan untuk melakukan rasuah, terutama sekali orang Umno.
Memang benar, ada pemimpin-pemimpin Umno yang menyalahgunakan DEB sebagai alasan untuk memberi lesen, kuota dan kontrak kepada kawan-kawan atau ahli keluarga mereka. Tetapi ini semua tidak ada kaitan dengan DEB (dan orang-orang Umno itu kebanyakannya sudah pindah ke Pakatan Harapan). DEB tidak menyebut yang lesen, kuota dan kontrak perlu diberi kepada kawan-kawan atau ahli keluarga kita. Itu hanya alasan yang ditimbulkan untuk menghalalkan yang haram. Lepas itu DEB pula yang disalahkan.

DEB juga telah membantu orang Melayu di kampung termasuk nelayan dan kaum petani DEB tidak memberi kita lesen untuk merompak rakyat atau untuk mencuri harta negara. Adakah kita boleh berhujah bahawa merompak bank tidak salah asalkan bank yang dirompak itu adalah bank kepunyaan kaum Cina dan yang merompaknya ialah orang Melayu atau Orang Asli?
Memanglah ada kelemahan pada DEB. Itu tidak boleh dinafi. Tetapi kelemahannya bukan pada dasarnya sendiri. Kelemahannya ialah pada perlaksanaannya. Kalau kita ingin tamatkan DEB oleh kerana ianya disalahguna untuk melakukan rasuah atau pun sebab perlaksanaanya lemah, maka banyak lagi dasar lain yang lebih teruk yang perlu dikaji dan mungkin dihapuskan.
Misalan, ada banyak kelemahan dan salah laku pada sistem pilihan raya. Adakah kita perlu hapuskan sistem pilihan raya dan memilih wakil rakyat kita diluar sistem pilihan raya? Kalau begitu, bagaimana kita akan memilih wakil rakyat kita? Sistem apa yang perlu kita gunakan?
Lagi pun, bukan semuanya didalam DEB itu buruk. Ada juga pencapaian DEB yang positif. Misalan, sebelum Merdeka, kebanyakan orang Melayu duduk di kampung. Hari ini lebih ramai Melayu duduk di bandar banding dengan dulu.

DEB juga telah memberi peluang kepada lima juta orang Melayu mendapat pendidikan tinggi, termasuk pendidikan di universiti DEB juga telah memberi peluang kepada lima juta orang Melayu mendapat pendidikan tinggi, termasuk pendidikan di universiti. Sebelum tahun 1945, hanya orang seperti Tunku Abdul Rahman dapat belajar di universiti, dan itu pun sebab arwah dibesarkan di istana Bangkok dan beliau memasuki universiti Cambridge dengan ‘surat kuning’. Kalau tidak Arwah Tunku pun terpaksa belajar di sekolah kampung.
Sebelum Merdeka, berapa ramai orang Melayu ada rumah batu? Rumah batu pada masa dahulu hanya ada di bandar sahaja dan di bandar-bandar ini penduduknya orang Cina. Hari ini, tengah-tengah sawah padi di Terengganu dan Kelantan pun ada rumah bangalow batu. Dan di depan rumah orang Melayu sekarang ini ada dua atau tiga buah kereta. Masa dahulu orang Melayu hanya mampu naik basikal sahaja.
Ini semua disebabkan DEB.

Sebelum Merdeka, berapa ramai orang Melayu ada rumah batu? Sebelum Merdeka, dasar British ialah orang Melayu duduk di kampung, orang Cina berniaga, dan orang India di bawa masuk ke Persekutuan Tanah Melayu untuk bekerja sebagai pegawai jabatan kerajaan atau guru sekolah (baca buku The Malayan Trilogy oleh Anthony Burgess). Contohnya ialah bapa Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi Melayu yang ayah mereka India dan emak Melayu (sebab masa itu ramai orang India berkahwin dengan perempuan Melayu: ayah Anwar Ibrahim satu lagi contoh).
Hari ini, ada lebih kurang 1.6-1.7 juta pagawai kerajaan, kebanyakannya Melayu.
(TMI,21 Oktober 2017) – Due to “special circumstances”, the 1.6 million civil servants are needed in Malaysia, said Prime Minister Najib Razak today, and includes teachers, soldiers, police as well as healthcare staff.

Malaysia mempunyai seramai 1.6-1.7 juta pegawai kerajaan, kebanyakannya berbangsa Melayu Rakyat Malaysia hanya ada 32 juta orang tetapi mempunyai seramai 1.6-1.7 juta pegawai kerajaan. Di Indonesia, ada 270 juta rakyat tetapi hanya mempunyai 4.6 juta pegawai kerajaan sahaja. Tanpa DEB, mungkin Malaysia akan ada hanya satu juta pagawai kerajaan. Ini bermakna lebih kurang 600,000 atau 700,000 Melayu akan terpaksa duduk di kampung bersama lagi tiga atau empat juta ahli keluarga mereka.
Yang anehnya, orang Melayu yang mengutuk DEB ialah orang yang telah menerima faedah dari dasar tersebut. Pegawai kerajaan, mahasiswa, ahli perniagaan, dan seterusnya. Kalau bukan sebab DEB, mereka akan duduk di kampung dan menanam padi atau pun hidup di rancangan Felda. Dan mereka tidak akan mempunyai rumah batu atau memiliki dua-tiga buah kereta, terutama sekali kereta mewah.

Kerana DEB ramai orang Melayu tidak lagi hidup di dalam keadaan begini Ini seumpama orang dahaga yang sudah minum air dari telaga dan lepas itu meracuni telaga tersebut supaya orang lain tidak boleh minum. Inilah perangai orang Melayu. Hanya mementingkan diri sendiri dan tidak peduli nasib orang lain. Inilah yang boleh dikatakan kegagalan DEB. Orang Melayu sudah berjaya sampai tidak kisah nasib orang lain.
Saya minta satu saja dari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan apa yang saya minta ialah jangan tamatkan DEB. Cari jalan untuk memperkuatkan perlaksanaannya tapi jangan tamatkannya. Melayu belum lagi bersedia untuk bersaing tanpa bantuan dari kerajaan. Sekurang-kurangnya dasar pelajaran perlu diteruskan. Janganlah bagi Cina menentukan dasar pelajaran Malaysia. Ini akan membawa bala kepada orang Melayu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/01/kegagalan-sebenar-dasar-ekonomi-baru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makalah Konsep Dasar Ekonomi

Makalah Konsep Dasar Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 306 hits
Makalah Konsep Dasar Ekonomi Sahabat sejuta warna kali ini admin posting materi tentang ekonomi yaitu makalah konsep dasar ekonomi silahkan dibaca berikut ini 2 1 Pengertian Ekonomi Istilah ekonomi berasal dari bahasa Yunani yaitu Oikos Nom...
Kaji Semula Dasar Ekonomi Budaya Pada Israel

Kaji Semula Dasar Ekonomi Budaya Pada Israel

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 264 hits
Kata Mapim sebagai negara berdaulat Malaysia berhak menentukan siapa yang dibenarkan masuk ke negara ini atau sebaliknya
5 Fungsi Baru Whatsapp Yang Hadir Di Awal Tahun 2019

5 Fungsi Baru Whatsapp Yang Hadir Di Awal Tahun 2019

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 556 hits
Salah satu aplikasi messenger chat yang paling popular WhatsApp terus membangunkan ciri ciri terbarunya Ini dilakukan sebagai usaha WhatsApp dalam menjawab permintaan daripada pengguna Pada tahun 2019 ada 5 ciri baru yang akan dikeluarkan o...
Jom Cuba Menu Baru Mcdonald S Fish Propsperity Burger

Jom Cuba Menu Baru Mcdonald S Fish Propsperity Burger

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 400 hits
Jom Cuba Menu Baru di McDonald s Baru baru ni Gee keluar lepaking bersama geng blogger Terengganu iaitu dan Tempat lepak yang paling selesa untuk pakej sekali anak bermain haruslah McDonald s Mak mak boleh melepak bersembang sambil anak ana...
Tidak Bersetuju Dengan Pendirian Malaysia Menghalang Atlet Israel Ini Respon Bakal Jurulatih Baru Renang Malaysia

Tidak Bersetuju Dengan Pendirian Malaysia Menghalang Atlet Israel Ini Respon Bakal Jurulatih Baru Renang Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR 29 Jan Bekas pembawa pingat Olimpik dari Poland telah memutuskan untuk mernolak tawaran kerja untuk melatih skuad renang Malaysia sebahagiannya berpunca dari keputusan Putrajaya untuk menolak kemasukan atlet Israel Pelantikan B...
Baru Tahu Rupa Rupanya Ini Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan Tak Berkulat

Baru Tahu Rupa Rupanya Ini Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan Tak Berkulat

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 1014 hits
Masakan orang Malaysia memang tak sah kalau tak pakai cili Barulah lebih kaw dan menyengat Biasanya dalam masakan kita akan guna cili kisar Untuk memudahkan kerja kita kisar sekali banyak dan simpan untuk beberapa kali kegunaan Tapi kadang ...
Baru Nak Jadi Laki Balik Kahwin Wanita Bertudung Tapi

Baru Nak Jadi Laki Balik Kahwin Wanita Bertudung Tapi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 394 hits
Usahawan kosmetik Safiey Ilias sememangnya tidak pernah lekang daripada kontroversi panas Namun sehingga hari ini masih ramai yang berharap agar Safiey berubah The post appeared first on
Mudah Sangat Ajar Anak Bercakap Buat Hari Hari Tip Ni Baru Nampak Hasilnya

Mudah Sangat Ajar Anak Bercakap Buat Hari Hari Tip Ni Baru Nampak Hasilnya

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 419 hits
Kadang kadang kita sebagai ibu bapa tiada idea untuk nak ajar anak bercakap Alasannya nanti bila cakap banyak anak tak faham lagi Jadi cara paling mudah ibu bapa buat adalah dengan tunjukkan buku sebut ABC 123 bagi anak mewarna dan tunjukka...
Bangsa Melayu Harus Terima Realiti Ph Dap Sebagai Kerajaan Malaysia Baru

Bangsa Melayu Harus Terima Realiti Ph Dap Sebagai Kerajaan Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 311 hits
Pakatan Harapan masih belum dapat meyakinkan pengundi Melayu bahawa Malaysia Baru bukanlah satu ancaman kata veteran Parti Tindakan Demokratik Lim Kit Siang Apabila ditanya mengenai strategi gabungan pemerintah untuk meyakinkan pengundi Mel...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi