Kegagalan Malaysia Membentuk Identiti Nasional Yang Sama


Sekolah satu aliran sukar dilaksana kerana bantahan keras bukan Melayu
Sistem sekolah satu aliran penting untuk pembentukan negara bangsa yang bersatu padu, khususnya dalam pendukungan identiti nasional yang sama oleh seluruh anak bangsa.

Justeru, tidak pelik apabila kepimpinan Singapura mengangkat sistem berkenaan meskipun dibantah kuat penduduk Cinanya.

Bagaimanapun dari satu sudut, ia dilihat sesuatu yang tidak mungkin terjadi di negara ini walaupun dalam jangka waktu panjang, apatah lagi pada waktu terdekat.

Ini susulan bantahan keras daripada etnik bukan Melayu yang mempertahankan pendidikan vernakular sebagai hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, selain tiadanya keberanian politik daripada mana-mana pihak yang menjadi kerajaan untuk mengadakannya.

Ekoran itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berpandangan, rakyat Malaysia tidak akan bersatu dalam erti kata pendukungan identiti nasional yang serupa.

“Ini kerana sistem pendidikan kita bukan sahaja membenar, malah menggalakkan pengasingan etnik berlaku pada usia yang cukup muda. Sewaktu tadika lagi anak-anak kita dipisah-pisahkan dan ini berterusan di sekolah rendah.

“Apabila kita mahu mencantumkan mereka di sekolah menengah, ianya tidak berlaku kerana polarisasi kaum sudah terjadi sebelum itu.

“Polarisasi ini berlanjutan ke peringkat universiti dan mantap di tempat kerja. Ianya jelas kelihatan apabila anak bangsa kita tidak mampu mendukung identiti nasional yang sama,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Dari satu segi lain, Kok Seong berkata, realiti untuk mengadakan sekolah satu aliran ada, dengan adanya keputusan muktamad mahkamah yang mendapati kewujudan sekolah vernakular di negara ini adalah tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, apabila sudah diputuskan sebegitu, semua sekolah jenis kebangsaan yang berjumlah hampir 1,900 buah kini, perlu berubah menjadi sekolah kebangsaan.

“Justeru semua sekolah kita adalah sekolah kebangsaan sahaja,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, ketika menjawab tindakan guaman tiga pertubuhan, kerajaan berpendirian bahawa sekolah vernakular berhak wujud dalam sistem pendidikan.

Putrajaya dalam hujah pembelaan yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara kepada Mahkamah Tinggi bulan lepas berkata, Kementerian Pendidikan dan kerajaan berhujah sekolah kebangsaan Cina dan Tamil tidak bertentangan dengan Perlembagaan. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/kegagalan-malaysia-membentuk-identiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kearah Menukar Identiti Negara Malaysia Apabila Bahasa Kebangsaan Di Pinggirkan

Kearah Menukar Identiti Negara Malaysia Apabila Bahasa Kebangsaan Di Pinggirkan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 440 hits
Keadaan makin parah kerajaan sendiri suburkan akar vernakularLaporan bahawa terdapat sebanyak 1 301 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dibina di Malaysia dengan 127 sekolah baharu dibangunkan sejak lebih 20 tahun lalu nyata mengejutkan Meni...
Pemerintah Indonesia Dan Malaysia Matangkan Kerja Sama Perlindungan Pmi

Pemerintah Indonesia Dan Malaysia Matangkan Kerja Sama Perlindungan Pmi

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 269 hits
Pemerintah Indonesia dan Pemerintah Malaysia terus mematangkan kerja sama tata kelola penempatan Pekerja Migran Indonesia sektor domestik ke Malaysia
Jom Ubah Sejarah Dan Identiti Negara Malaysia

Jom Ubah Sejarah Dan Identiti Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 493 hits
Lepas bidas buku teks pertubuhan Cina mahu sejarah Yap Ah Loy diangkatSebanyak sembilan pertubuhan Cina menggesa supaya sejarah mengenai kapitan Cina Yap Ah Loy dalam pembukaan ibu negara Malaysia Kuala Lumpur dipulihkan Naib Presiden Dewan...
Avoid A Covid 19 Disaster In Malaysia

Avoid A Covid 19 Disaster In Malaysia

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 382 hits
From Dr Amar Singh HSSA Covid 19 disaster is looming in Malaysia as we watch the numbers rise It is semantics to argue if we consider this a fourth wave or a resurgence of the third wave What we know as a reality is that our control measure...
Koleksi Papan Tanda Sempadan Negeri Di Malaysia Rindu Signboard Ini Bila Pulang Kampung

Koleksi Papan Tanda Sempadan Negeri Di Malaysia Rindu Signboard Ini Bila Pulang Kampung

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 1203 hits
Koleksi Gambar Sempadan Negeri Di Malaysia Hanya yang merasa sahaja mengerti dan tahu betapa Lega dan bangganya bila melihat Signboard Sempadan negeri ini Buat Mereka Yang Memandu Pulang Kampung ianya menjadi penanda yang mana setelah berja...
What You Need To Do Know If You Visited A Potential Covid 19 Hotspot In Malaysia S Hide List

What You Need To Do Know If You Visited A Potential Covid 19 Hotspot In Malaysia S Hide List

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 508 hits
A woman wearing a face mask shops for groceries at a supermarket in Kuala Lumpur January 9 2021 Photo by Malay Mail KUALA LUMPUR The Malaysian government today released its first ever list of locations nationwide that an artificial intellig...
Lima Tahun Di Malaysia Adakah Kl City Akan Naturalisasikan Paulo Josue

Lima Tahun Di Malaysia Adakah Kl City Akan Naturalisasikan Paulo Josue

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 415 hits
Ledakan hatrik yang dilakar ketika membantu kemenangan 3 1 Kuala Lumpur City ke atas Penang pastinya menjadi antara detik terindah buat ketua pasukan Paulo Josue sepanjang beraksi bersama pasukannya Apatah lagi keputusan di Stadium Bolasepa...
In Malaysia Big Shots Resort To Police Reports To Silence Critics

In Malaysia Big Shots Resort To Police Reports To Silence Critics

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 361 hits
BSC 7 May Press freedom Try Bhutan Or Israel Here in Malaysia a few days after the World Press Freedom Day a seasoned blogger was called in by the cops for the second time in two weeks for postings he made on his blog The police was acting ...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd