Kegagalan Madani Part 1
Kegagalan
‘Madani’!
Jika kerajaan tidak menunjukkan
tauladan kepimpinan dalam memadam kontroversi, pasti ahli politik taksublah
yang akan mempergunakannya
By
K Haridas
ANIL
NETTO/ALIRAN
Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.
Kita bergerak dari satu krisis ke krisis yang lain.
Ia bermula
dengan stokin dan kemudian beralih kepada kasut dan kini pula sejadah.
Isu
sensitif pasti timbul dari semasa ke semasa, dan seringkali, perkara sebegini
akan berlaku dalam masyarakat yang pelbagai. Tiada satu komuniti pun boleh
mendakwa sesuatu akan menjadi lebih ‘sensitif’ daripada komuniti yang lain.
Apa yang
menyedihkan dalam kes Malaysia ialah selepas enam dekad kemerdekaan dengan
perpaduan antara etnik yang menjadi tunjang dasar pembangunannya, kita
nampaknya tidak bergerak ke arah persefahaman yang lebih mendalam. Kita juga
tidak mempunyai sistem dan proses untuk menangani pengurusan krisis di antara
etnik dan agama.
Polarisasi
berterusan walaupun terdapat slogan dan visi. Mereka yang memainkan api
perkauman terus mengkhianati kepercayaan rakyat Malaysia.
Banyak
bidang melibatkan soal kehidupan – pendidikan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan
awam, angkatan tentera – dikuasai oleh satu kumpulan etnik. Mungkin ada sedikit
taburan etnik minoriti di sana sini untuk mempamerkan wujudnya kepelbagaian.
Dengan
sedikit atau hampir tiada interaksi, masyarakat kita tinggal di kawasan hanya
berasaskan satu kaum, dan ia paling ketara dalam politik. Apa lagi, isu
etniklah yang konsisten digunakan untuk mendapatkan undi.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice,
Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a
one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
·
Become an
Aliran member
Tel:
04-658 5251 email:
[email protected]
Malangnya,
kita tidak mempunyai pemimpin yang mempunyai kapasiti untuk mengangkat agenda
negara dan mengutarakan dasar dan proses yang boleh mewujudkan masyarakat
Malaysia yang lebih bersatu padu.
Namun
begitu, perubahan memang meninggalkan kesannya. Hari ini, kita mempunyai
“kerajaan perpaduan'”, gabungan beraneka parti politik yang dapat menyediakan
kawal dan imbang pada sesuatu masa, namun pada waktu sama tidak pula dapat
berfungsi dengan baik, memburukkan dirinya pada masa-masa lain. Secara
paradoks, gabungan ini seakan memberikan sinar harapan untuk masa depan.
READ MORE: The 'Madani' failure!
Satu
segmen yang kitab oleh harapkan ialah masyarakat sivil. Di sini kita akan
melihat wujud kumpulan rakyat yang prihatin dalam memperjuangkan pembaharuan,
mempertahankan hak asasi manusia, berjuang untuk keadilan sosial, bersuara
menentang kemiskinan dan menyokong hak bagi pekerja asing.
Namun yang
menyedihkan, “Malaysia Madani” nampaknya hanya menjadi satu lagi slogan kosong
– sama seperti slogan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, iaitu “Bersih, Cekap,
Amanah”. Ia ternyata hanya tin kosong yang tidak membawa sebarang perbezaan, tetapi
hanya menambah jumlah skandal yang memburukkan lagi pentadbiran sedia ada.
Cara
kerajaan Madani menangani krisis baru-baru ini yang berkaitan dengan stoking
yang mengandungi perkataan “Allah” mengecewakan banyak pihak.
Siapakah
dalam kerajaan sekarang yang ada menunjukkan kualiti seperti rasa hormat,
amanah dan belas kasihan – apa lagi soal lain yang lebih penting berkaitan isu
kemampanan, kemakmuran dan inovasi?
Mungkin
kerajaan Madani patut menubuhkan jawatankuasa perundingan rakyat yang mengambil
kira kepelbagaian kaum dalam negara. Jawatankuasa ini boleh berfungsi sebagai
kumpulan pengurusan krisis yang boleh bertindak balas dengan segera berkaitan
segala isu-isu yang rumit.
Saya
berani mengatakan kebanyakan orang ramai hari ini lebih komited kepada keamanan
dan saling memaafkan daripada kebanyakan ahli politik, yang nampaknya mempunyai
agenda untuk memecah belah.
Memang
sifat kepelbagaian di mana pastinya isu-isu sukar pasti akan timbul. Tetapi
jika kita mempunyai rasa hormat dan kepercayaan, kontroversi pasti boleh
diselesaikan.
Jika kita
tidak mempunyai kumpulan pengurusan krisis yang sedemikian, nampaknya kita
seakan-akan menyerahkannya kepada sekumpulan kecil ahli politik yang taksub.
Ahli politik sebegini hanya menunggu peluang sebegitu untuk mempamerkan
kebodohan mereka.
Saya
kecewa apabila Menteri Hal Ehwal Ugama Na’im Mokhtar berkata bahawa kenyataan
baru-baru ini oleh MCCBCHST, sebuah jawatankuasa yang mewakili kepercayaan
utama bukan Islam, mengelirukan dan boleh menyebabkan ketidakharmonian.
Jawatankuasa itu melahirkan kebimbangan terhadap cadangan pindaan Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, dikenali sebagai RUU 355.
READ MORE: The 'Madani' failure!
Saya
mempunyai harapan yang lebih besar daripada menteri, terutamanya kerana beliau
sendiri mewakili kerajaan Madani. Apakah salahnya jika beliau dapat menjemput
jawatankuasa itu untuk minum teh bersama mereka sambil mendengar pandangan
mereka?
Ia pasti
dapat membuka peluang baginya untuk menunjukkan bahawa kerajaan Madani tidak
berminat untuk bermain politik dan memfokuskan kepada keperluan untuk
melahirkan kepercayaan, rasa hormat, persahabatan dan persefahaman.
Bayangkan
seperti apa tanggapan orang ramai terhadap kredibiliti kerajaan serta komitmen
menteri itu sendiri terhadap slogan Madani. Jika tidak, Madani akan menjadi
satu lagi slogan yang tiada bezanya.
Menteri
itu perlu berani keluar dari sempadannya dan memerhati perasaan golongan minoriti.
Beliau boleh berjumpa dengan MCCBCHST dan memberi jaminan kepada mereka bahawa
pindaan itu hanya akan memberi kesan kepada orang Islam dan sebarang perubahan
adalah dalam rangka Perlembagaan Persekutuan. Ia pasti akan menjadi sebuah
langkah positif.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/04/kegagalan-madani-part-1.html