Kedudukan Zahid Dalam Umno Goyah



Seorang penganalisis politik berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menarik balik keputusannya memilih Bung Moktar Radin untuk menerajui jentera Barisan Nasional (BN) Sabah walaupun terdapat penentangan secara terbuka daripada ketua bahagian di negeri itu.
Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata, sidang media malam tadi, yang mana 12 ketua Umno Sabah membantah pelantikan Bung “tidak pernah berlaku”.
“Tidak pernah berlaku sebelum ini keputusan presiden Umno dipersoalkan secara terbuka oleh pemimpin Umno,” katanya dipetik  FMT.
Malam tadi ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan yang mengetuai 12 ketua bahagian berkata, pelantikan Bung tidak dirunding. Justeru ia bertentangan dengan kuasa autonomi penuh yang diberikan kepada negeri itu tahun lalu.
Katanya, mereka tidak mahu seorang pemimpin yang perlu menghadiri kes mahkamah atas dakwaan rasuah berkempen untuk gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September ini.
“Persoalannya, adakah Zahid berunding dengan semua pemimpin bahagian sebelum memilih Bung. Jika beliau tidak berbuat demikian, maka penentangan terbuka itu ada asasnya,” kata Kamarul.
Beliau berkata, perkara itu tidak memberi petanda yang baik kepada Umno kerana ia menimbulkan persoalan mengenai autonomi diberikan kepada Umno Sabah.
Kamarul berkata, beliau memahami mengapa Zahid terpaksa memilih Bung kerana beliau adalah pengerusi BN negeri dan tetap setia kepada Umno dan BN walaupun mereka kehilangan kuasa.
“Ini adalah hujah yang kukuh. Tetapi jika Zahid setuju dengan hujah Rahman yang Bung tidak boleh memimpin kerana perbicaraan rasuahnya, hujah itu dengan mudah dapat disampaikan kepada beliau.
“Akan ada orang yang akan mempersoalkan kedudukan Zahid sebagai presiden Umno. Orang akan tanya, ‘Bagaimana jika akar umbi tidak mahu kamu kekal sebagai presiden? Apa yang akan kamu lakukan?” katanya.
Katanya, ia akan meletakkan Zahid dalam keadaan tidak menentu.
Bagaimanapun, beliau yakin Zahid akan berpegang kepada keputusannya itu yang memilih Bung.
Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, ia jelas bahawa elit politik dalam Umno terlibat dalam perang proksi menggunakan Bung dan Rahman.
“Ini berlaku ketika rakyat sedang bergelut dan isu sebenarnya dibayangi oleh perebutan kuasa.
“Saya percaya ini akan mendorong rakyat untuk memilih Warisan dan Pakatan Harapan di Sabah, bukan kerana mereka menyokong, tetapi kerana mereka bosan dengan perebutan kuasa,” katanya.
Namun, beliau berkata Zahid mungkin akan tetap dengan keputusannya kerana dia tidak mahu dilihat lemah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29307

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Pertahan Semua Kerusi Yang Dimenangi Pru Lalu Zahid

Umno Akan Pertahan Semua Kerusi Yang Dimenangi Pru Lalu Zahid

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 382 hits
UMNO akan mempertahankan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh parti itu dalam pilihan raya yang lalu Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi mengesahkan mengenai pendiria...
Four Parties Joining Pn Revealed Zahid Says Umno Will Stick With Bn Logo

Four Parties Joining Pn Revealed Zahid Says Umno Will Stick With Bn Logo

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 411 hits
SLIM POLLS Four of the five parties that have formally registered to join the Perikatan Nasional coalition have been revealed to be MIC STAR Bersatu and PAS Umno president Ahmad Zahid Hamidi disclosed this during an event in Slim River wher...
Sabah Umno Chiefs Rejection Of Bung A Slap In The Face To Zahid Says Ex Newsman

Sabah Umno Chiefs Rejection Of Bung A Slap In The Face To Zahid Says Ex Newsman

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 396 hits
Former newsman A Kadir Jasin PETALING JAYA Blogger A Kadir Jasin today said the opposition from Sabah Umno leaders to Bung Moktar Radin leading Barisan Nasional s election campaign in the state was a huge slap in the face for party presiden...
Rahman Dahlan Bunuh Karekter Bung Zahid Sebagai Presiden Umno

Rahman Dahlan Bunuh Karekter Bung Zahid Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 374 hits
DALAM Umno susah nak dapat yang ikhlas Kawan pun boleh jadi LAWAN Itulah yang terjadi kepada Bung Mokhtar Radin yang semalam diHINA dan diperlekehkan oleh rakan sendiri dari Sabah Abdul Rahman Dahlan Rahman Dahlan mempertikai keputusan Pres...
Zahid Hanya Yang Setia Akan Dipilih Jadi Calon Bn Umno

Zahid Hanya Yang Setia Akan Dipilih Jadi Calon Bn Umno

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 396 hits
by on 8 17 2020 01 48 00 PmKota Kinabalu UMNO memberi gambaran hanya mereka yang setia terhadap parti akan diberi keutamaan sebagai calon di dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ...
Zahid S Position Shaky After Open Defiance From Sabah Umno Chiefs Say Analysts

Zahid S Position Shaky After Open Defiance From Sabah Umno Chiefs Say Analysts

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 295 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA A political analyst says Umno president Ahmad Zahid Hamidi is unlikely to back down from the decision to pick Bung Moktar Radin to spearhead the Barisan Nasional machinery in Sabah despite ope...
Umno Mahu Najib Zahid Tidak Bertanding Pru 15

Umno Mahu Najib Zahid Tidak Bertanding Pru 15

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 212 hits
Sang Kelembai Jika ikut precedent yang berlaku kepada Chua Tian Chang atau Tian Chua dan Rafizi Ramli Di Larang bertanding dalam PrU ke 14 kerana sudah ada pertuduhan di Mahkamah Walau kemudian semua tuduhannya di tarik balik oleh Maka UMNO...
Pemimpin Umno Jumpa Pas Malam Esok Ahmad Zahid

Pemimpin Umno Jumpa Pas Malam Esok Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 576 hits
PEMIMPIN Umno akan mengadakan pertemuan dengan Pas malam esok bagi mendapatkan penjelasan mengenai penyertaan parti itu dalam pendaftaran Perikatan Nasional Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perjumpaan itu akan diadakan...
Pas Tidak Bernilai Di Mata Umno Johor

Pas Tidak Bernilai Di Mata Umno Johor

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 288 hits
Ekoran isu Pas di Johor yang dilihat tersisih dari pentadbiran kerajaan negeri Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan bahawa Pas tidak ada nilai dan harga di Johor dari kacamata pemerintah yang diketuai ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi