Kedudukan Umno Terancam Jika Pru15 Tidak Disegerakan



ALOR SETAR: Kedudukan UMNO sebagai parti dominan di negara ini terancam jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak diadakan pada kadar segera.
Parti itu tidak boleh merasa selesa dengan keadaan sekarang kerana jika rakyat sudah biasa dalam situasi politik seperti ini UMNO akan jadi tidak relevan akan dilupakan.
“Kita juga perlu sedar, jika PRU15 tidak adakan dengan segera, kedudukan UMNO juga akan terancam. Kita UMNO tidak boleh selesa dengan keadaan sekarang, kita perlu ada kebimbangan kerana jika PRU tidak diadakan pada kadar segera, dan rakyat pula selesa dengan apa yang berlaku hari ini, maka tidak mustahil parti yang kita cintai akan jadi tidak relevan pada rakyat terutama di Kedah ini.
“Kalau kita UMNO mengambil sikap tidak apa kerana yang memerintah sekarang juga adalah parti sahabat iaitu Pas, maka kita meletakkan UMNO dalam bahaya. Andai kata rakyat selesa dengan Pas hari ini, maka ia ibarat menggali kubur untuk UMNO,” kata perwakilan UMNO bahagian Kota Setar, Datuk Ir. Guntor Mansor Tobeng ketika berbahas pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian itu di sini samalam.
Katanya, untuk itu UMNO perlu menggerakkan usaha supaya PRU15 diadakan segera untuk memastikan ia kekal relevan.
Menurut beliau, parti terbesar orang Melayu itu perlu bangkit mengembalikan kedudukannya sebagai peneraju politik negara dan bukannya menjadi seperti malukut di tepi gantang sekarang.
“Perkara ini kita tidak boleh biarkan berterusan. UMNO perlu segera bangkit mengukuhkan kembali kedudukannya dalam teraju politik negara.

“UMNO tidak boleh sekadar menjadi pak turut atau hanya mengikut telunjuk orang lain hingga seperti menjadi budak suruhan. Dengan pengaruh dan kekuatan yang ada, antara agenda utama yang perlu digerakkan oleh UMNO ialah mendesak supaya diadakan segera PRU15.
“UMNO perlu gerakkan agenda supaya pilihan raya umum ke-15 diadakan sekarang. Situasi parlimen yang tergantung sekarang, di mana parti yang memerintah hanya mendapat majoriti sangat kecil tidak baik untuk negara.
“Situasi ini tidak memberikan kestabilan kepada negara kita dan meletakkan politik negara sentiasa terumbang ambik.
“Tidak pernah dalam sejarah negara kita sejak merdeka perkara ini berlaku. Oleh itu mandat untuk memilih kerajaan perlu segera dikembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya.
Guntor berkata, beliau yakin rakyat telah belajar daripada apa yang berlaku pada PRU14 malah mereka juga telah belajar daripada apa yang berlaku di United Kingdom, Australia, Kanada dan Perancis, di mana majoriti kecil menyebabkan kerajaan tidak stabil dan terumbang-ambing serta tidak dapat memberikan fokus untuk rakyat dan negara.
Katanya, rakyat kena pastikan untuk PRU15 ini kerajaan yang bakal dibentuk perlu memiliki antara 65 peratus hingga 75 peratus sokongan supaya sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk.
“Hanya kerajaan yang stabil sahaja dapat memastikan negara ditadbir dengan elok, tumpuan dapat diberikan kepada usaha mengatasi kemelut yang berlaku dan memastikan kebajikan rakyat terjaga.
“Kita semua perlu belajar dan ambil iktibar daripada apa yang berlaku pada tahun 2020, iaitu tahun yang sepatutnya negara kita mencapai era kegemilangan, Tahun yang sepatutnya negara kita Malaysia mencapai status negara maju dan dihormati bukan sahaja di rantau ini tetapi seantero dunia.

“Tetapi apa yang jadi ialah Tahun 2020 merupakan tahun yang cukup malang kepada negara kita kerana politiknya tidak stabil. Isu Langkah Sharaton yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan hanya selepas 22 bulan mentadbir membuktikan majoriti yang kecil hanya akan membawa kepada ketidakstabilan pemerintahan negara.
“Kita semua tentu sedar bagaimana kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu sekarang ini sentiasa berada dalam ketakutan kerana jika seorang dua sahaja ahli parlimen berpaling tadah, maka kerajaan akan tumbang.
“Kerajaan ini sangat rapuh dan boleh tumbang pada bila-bila masa. Dan kerajaan yang rapuh seperti ini tidak ada kemampuan untuk mentadbir negara dengan cekap kerana masa lebih banyak ditumpukan untuk memikirkan bagaimana untuk menyelamat kedudukan mereka dan bukannya untuk menyelamatkan negara.
“Kerajaan seperti ini tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat. Rakyat perlukan kerajaan yang stabil dan dihormati,” katanya.
Oleh itu kata beliau, adalah menjadi tanggungjawab UMNO untuk menggerakkan agenda supaya PRU15 diadakan pada kadar segera dan tidak boleh ditangguh-tangguh lagi.
Katanya, mandat memilih kerajaan perlu dikembalikan segera kepada rakyat kerana kerajaan yang tidak stabil seperti mana yang berlaku hari ini hanya akan merugikan anak cucu pada masa akan datang.

“Anak cucu kita nanti yang akan menjadi mangsa,” katanya.
Malah kata beliau, ketidakstabilan politik ini jika tidak diatasi segeran akan menyebabkan Malaysia ketinggalan daripada persaingan dalam pembangunan dan pelaburan asing terutama kepada negara-negara yang masih mengamalkan autoritarian seperti Vietnam, Laos dan Singapura.
“Mereka ini tidak ada masalah politik dalaman, tumpuan mereka adalah kepada pembangunan negara, dan tidak mustahil mereka yang akan bangkit sebagai kuasa di Asia Tenggara meninggalkan kita.
“Cukup lah kita dengan kesilapan pada masa lalu yang kononnya untuk bereksperimen. Kita tidak boleh bereksperimen dalam memilih kerajaan. Kena pilih kerajaan yang kuat dan stabil dan yang terbaik adalah UMNO,” katanya.

The post Kedudukan UMNO terancam jika PRU15 tidak disegerakan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/02/kedudukan-umno-terancam-jika-pru15-tidak-disegerakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mahu Pru15 Disegerakan Ahmad Zahid

Umno Mahu Pru15 Disegerakan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 259 hits
103 total views 103 views today BAGAN DATUK UMNO terus bertegas mahu Pilihan Raya Umum Ke 15 disegerakan kerana mendakwa kerajaan yang ada sekarang sangat rapuh sehingga membimbangkan pelabur untuk datang ke negara ini Akur bahawa penularan...
Bila Pas Umno Memerintah Islam Tidak Lagi Terancam

Bila Pas Umno Memerintah Islam Tidak Lagi Terancam

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 227 hits
MALAYSIA DATELINESesudah Pas dan Umno menjadi kerajaan kedudukan Islam sudah dianggap tidak lagi terancam sebagaimana kedudukannya ketika negara ditadbir oleh Pakatan Harapan yang didalamnya ada DAP Oleh itu pelbagai aktiviti yang selama in...
Umno Ugut Pn Tarik Sokongan Jika Tak Segera Pru15

Umno Ugut Pn Tarik Sokongan Jika Tak Segera Pru15

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 289 hits
January 4 2021 Ahli Parlimen UMNO dicadangkan supaya menarik diri daripada terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional sekiranya Pilihan Raya Umum ke 15 tidak dilaksanakan dalam tempoh suku tahun pertama tahun ini Pengerusi UMNO Kelantan Da...
Umno Pulau Pinang Tolak Kerjasama Politik Dengan Bersatu Pada Pru15 Datuk Musa Sheikh Fadzir

Umno Pulau Pinang Tolak Kerjasama Politik Dengan Bersatu Pada Pru15 Datuk Musa Sheikh Fadzir

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 562 hits
UMNO Pulau Pinang menolak sebarang kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata keputusan itu diputuskan majoriti semua bahagia...
Khairy Bidas Ahli Umno Penting Diri Desak Pru15 Segera

Khairy Bidas Ahli Umno Penting Diri Desak Pru15 Segera

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 315 hits
Bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas pihak yang mendesak pilihan raya umum disegerakan ketika negara belum mampu menangani pandemik Covid 19 sepenuhnya Menteri sains teknologi dan inovasi itu turut mengakui ada antaranya darip...
Pru15 Umno Hanya Bekerjasama Dengan Pas Tajuddin

Pru15 Umno Hanya Bekerjasama Dengan Pas Tajuddin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 327 hits
Noor Hidayah Tanziziam hmetro com myDATUK Seri Tajuddin Abdul Rahman disambut Wanita UMNO pada Mesyuarat Perwakilan Wanita Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak 2020 di Dewan Besar Pekan Baru Chenderong Balai Pasir Salak FO...
Bukan Saja Umno Pas Pun Akan Mati Jika Memilih Bersama Bersatu Dalam Pru15 Nanti

Bukan Saja Umno Pas Pun Akan Mati Jika Memilih Bersama Bersatu Dalam Pru15 Nanti

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 323 hits
Secara umumnya UMNO memang tidak mahu bersama dengan Bersatu untuk menghadapi PRU akan datang dan perkara itu sudah pun ditekankan banyak kali oleh pimpinannya Pendirian UMNO ialah mereka hanya bersama dalam kerajaan PN sekarang sehingga Pa...
Umno Pagoh Enggan Beri Laluan Kepada Muhyiddin Pada Pru15

Umno Pagoh Enggan Beri Laluan Kepada Muhyiddin Pada Pru15

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 333 hits
January 3 2021Ismail Mohamed daripada UMNO Ahmad Nawfal Mahfodz daripada PAS dan Muhyiddin Yassin bertanding di kerusi Parlimen Pagoh pada PRU 2018 PETALING JAYA Ahli akar umbi UMNO Pagoh membantah keputusan pucuk pimpinan negeri memberi la...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai