Umno Pagoh Enggan Beri Laluan Kepada Muhyiddin Pada Pru15


 
Ho Kit Yen -January 3, 2021Ismail Mohamed daripada UMNO (kiri), Ahmad Nawfal Mahfodz daripada PAS dan Muhyiddin Yassin bertanding di kerusi Parlimen Pagoh pada PRU 2018. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ahli akar umbi UMNO Pagoh membantah keputusan pucuk pimpinan negeri memberi laluan kepada Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua UMNO Pagoh, Ismail Mohamed berkata, ahli bahagian itu sebulat suara meluluskan resolusi dalam mesyuarat tahunan mereka hari ini yang membantah keputusan pucuk pimpinan UMNO Johor.
Katanya, pemimpin negeri membuat keputusan sekitar November lalu untuk bertanding di 25 kerusi Parlimen dengan parti komponen Barisan Nasional dan tidak akan bertanding di Pagoh.
Muhyiddin memenangi kerusi itu sejak 1978, apabila beliau bersama UMNO ketika itu. Beliau ialah ahli pengasas PPBM yang ditubuhkan selepas beliau disingkirkan parti itu pada 2016.
“Saya berharap mereka (Majlis Kerja Tertinggi) akan dengar suara kami (ahli akar UMNO) dan beri kebenaran untuk UMNO Pagoh bertanding kerusi Parlimen itu dan dua kerusi DUN (Bukit Kepong, Bukit Pasir). Kita hormat keputusan negeri, tetapi kita harap mereka boleh menghormati pendirian kami juga,” kata Ismail kepada FMT.
Pada pilihan raya umum 2018, Muhyiddin ditentang Ismail dan calon PAS, Ahmad Nawfal Mahfodz, di mana Ismail meraih 16,631 undi danMuhyiddin menang selepas mendapat 23,558 undi.
Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr Adham Baba hari ini dilaporkan berkata, pucuk pimpinan negeri bersetuju memberi laluan kepada Muhyiddin untuk bertanding semula di Pagoh pada PRU15.
“Pengalaman dan kecekapan beliau dalam mengendalikan negara kita, terutama wabak COVID-19 dan usaha kerja Perdana Menteri wajar diiktiraf,” kata Adham selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tenggara.
Adham ialah menteri kesihatan dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin.
November lalu, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan berkata, parti itu akan bertanding di Pagoh dan Langkawi, kerusi Parlimen yang dimenangi bekas pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad.
Tengku Razaleigh berkata, UMNO akan bertanding di semua kerusi tradisinya, termasuk yang kini disandang wakil rakyat melompat ke parti lain.
Katanya, UMNO dan PPBM tidak boleh elak bertembung di kerusi majoriti Melayu, jika mereka terus bekerjasama.
UMNO ialah parti komponen Barisan Nasional, yang menguasai lapan daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.
Pakatan Harapan mempunyai 11 kerusi, PPBM memiliki empat kerusi (termasuk yang dipegang Muhyiddin), manakala tiga lagi kerusi dimenangi Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Maszlee Malik (Simpang Rengam) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) yang merupakan ahli Parlimen bebas.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/umno-pagoh-enggan-beri-laluan-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Leader Backs Bid To Challenge Muhyiddin In Pagoh

Umno Leader Backs Bid To Challenge Muhyiddin In Pagoh

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 297 hits
Umno supreme council member Mohd Puad Zarkashi has backed plans by the local Umno division to field a candidate in Pagoh the constituency held by Prime Minister Muhyiddin Yassin who is also the Bersatu president Puad said he would support P...
Menteri Air Suam Minta Muhyiddin Kekal Di Pagoh Tapi Umno Taknak

Menteri Air Suam Minta Muhyiddin Kekal Di Pagoh Tapi Umno Taknak

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 498 hits
January 3 2021 Umno Johor sudah memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti itu tentang kesedian mereka untuk memberi laluan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke 15 nanti Perkara itu dim...
Well Done Puad Tells Pagoh Umno For Saying No To Muhyiddin

Well Done Puad Tells Pagoh Umno For Saying No To Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 405 hits
Umno Supreme Council member Puad Zarkashi says he supports Pagoh Umno s stand to field an Umno candidate in parliamentary and state seats in Pagoh PETALING JAYA Umno Supreme Council member Puad Zarkashi has stood by the Pagoh Umno division ...
Umno Desak Muhyiddin Segerakan Pru15

Umno Desak Muhyiddin Segerakan Pru15

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 369 hits
Umno desak Muhyiddin segerakan PRU15 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 Jan 2021 3 00PM
Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 476 hits
Selagi tiada persidangan parlimen tergempar atau tiada titah Agong Tapi percayalah umno flip flop tidak berani tarik diri tidak AKAN guling di jalan
Pru15 Umno Hanya Bekerjasama Dengan Pas Tajuddin

Pru15 Umno Hanya Bekerjasama Dengan Pas Tajuddin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 344 hits
Noor Hidayah Tanziziam hmetro com myDATUK Seri Tajuddin Abdul Rahman disambut Wanita UMNO pada Mesyuarat Perwakilan Wanita Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak 2020 di Dewan Besar Pekan Baru Chenderong Balai Pasir Salak FO...
Puad Sokong Keputusan Cabar Muhyiddin Di Pagoh

Puad Sokong Keputusan Cabar Muhyiddin Di Pagoh

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 370 hits
Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi menyambut baik hasrat Umno Pagoh meletakkan calon di kawasan itu sekali gus enggan memberikan laluan kepada penyandang kerusi berkenaan iaitu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Malah Puad berkata...
Tarik Sokongan Jatuhkan Muhyiddin Pilihan Tunggal Mt Umno Rabu Ini

Tarik Sokongan Jatuhkan Muhyiddin Pilihan Tunggal Mt Umno Rabu Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 245 hits
Rabu ini 6 Januari merupakan tarikh penting bagi UMNO dalam menentukan hala tuju serta masa depannya Pada hari tersebut akan berlangsung mesyuarat MT UMNO untuk membincangkan tindakan susulan selepas majoriti UMNO bahagian bahagian yang ber...
Pkr Women Challenges Muhyiddin To Allow Umno Agm To Proceed

Pkr Women Challenges Muhyiddin To Allow Umno Agm To Proceed

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 280 hits
PKR Women has issued a tongue in cheek challenge to Prime Minister Muhyiddin Yassin to allow Umno general assembly that is scheduled later this month to proceed Communications director Loh Ker Chean in a statement today said Umno informatio...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin