Kedudukan Tinggi Undang Undang Islam Perlu Dikembalikan


fazleensafina
Charters of Justice angkat undang-undang Inggeris, sisih peraturan Islam BANGI – Sudah tiba masanya kedudukan tinggi undang-undang Islam dikembalikan, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
Beliau membangkitkan perkara itu apabila sebelum kedatangan penjajah, Tanah Melayu telah pun melaksanakan undang-undang Islam dalam kehidupan seharian.
Katanya, segala masalah yang timbul diadili sama ada di hadapan sultan atau pemerintah kawasan berdasarkan undang-undang Islam dalam semua urusan, termasuk hal ehwal kekeluargaan, muamalat dan jenayah.
Pelaksanaan undang-undang itu berlaku selepas sultan bertindak memeluk Islam dan diikuti oleh rakyat yang turut mentauhidkan Allah SWT.
“Catatan bertulis mengenai hukum dan peraturan Islam dalam beberapa tulisan seperti Undang-undang 99 Perak, Hukum Kanun Melaka dan lain-lain menjadi bukti bahawa wujudnya peruntukan undang-undang Islam yang dilaksanakan secara sistematik,” katanya menulis di Sinar Harian hari ini.
Bagaimanapun, kesemuanya berubah sebaik sahaja Inggeris menduduki Tanah Melayu – apabila pihak Inggeris dan Raja-Raja Melayu telah memeterai beberapa perjanjian atau lebih dikenali sebagai triniti.
Dalam triniti berkenaan, terdapat syarat dikenakan supaya Residen Inggeris dibenarkan datang dan memberi bantuan kepakaran dalam mentadbir urusan negara kepada Sultan, Datuk Zainul Rijal.
Dalam triniti sama, beliau bagaimanapun berkata, Residen tidak akan mencampuri urusan pentadbiran agama dan pelaksanaan undang-undang Islam di Tanah Melayu.
Malangnya, ketika itu tafsiran Islam disempitkan, katanya.
“Ketika itu, urusan undang-undang mula dibahagikan kepada aspek-aspek yang terpisah. Undang-undang muamalat atau transaksi dianggap urusan keduniaan yang tidak berkait dengan Islam.
“Inggeris juga memperkenalkan tiga piagam yang dipanggil Charters of Justice (Piagam Keadilan Pertama) pada tahun 1807, Piagam Keadilan Kedua pada 1826 dan Piagam Keadilan Ketiga pada 1885.
“Semua itu bertujuan untuk mengangkat taraf undang-undang Inggeris dan secara tidak langsung menenggelamkan serta menyisihkan undang-undang Islam yang dulunya diamalkan sebagai lex loci (undang undang tempatan),” katanya.
Mengulas lanjut, Zainul berkata, campur tangan secara langsung dalam urusan kekeluargaan orang Islam di Tanah Melayu telah berlaku pada 1880.
Beliau berkata, Inggeris turut memperkenalkan satu ordinan yang dipanggil ‘Muhammedan Marriage Ordinance’ bertujuan bagi menetapkan sejauh mana undang-undang Islam boleh diterima dan diiktiraf mahkamah.
“Dengan terlaksananya ordinan itu juga, cita-cita dan usaha British untuk memisahkan antara urusan sivil dan urusan keagamaan yang dirancang sejak kedatangannya ke Tanah Melayu mula terzahir dengan begitu jelas,” dakwanya.
Pada masa sama, Zainul berkata, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, Selangor 1952 telah digubal bermula awal tahun 1950.
Beliau berkata, enakmen berkenaan mengandungi urusan penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor, yang membantu sultan mentadbir perkara berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
Katanya, enakmen itu turut menyebut hak dan kuasa Majlis, peraturan mesyuarat, penubuhan Jabatan Agama Islam, pelantikan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa serta penubuhan Mahkamah Kadi.
Malah, katanya, aspek-aspek kekeluargaan juga diperuntukkan namun tidak terperinci.
“Perkara yang dinyatakan melibatkan urusan pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembubaran perkahwinan, harta sepencarian, penjagaan anak-anak, nafkah anak-anak dan isteri, anak sah taraf dan sebagainya. Kandungan Enakmen Pentadbiran 1952 sebenarnya lebih kepada menggabungkan berbagai-bagai undang-undang pentadbiran agama Islam.
“Dengan pewartaan Enakmen Pentadbiran 1952, maka ia menggantikan pemakaian kanun Muhammadan Enactment yang dikuatkuasakan. Penggubalan Undang-undang Pentadbiran telah dilaksanakan di negeri-negeri lain iaitu Kelantan, Terenganu, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan,
“Jika dikaji, peruntukan mengenai urusan perkahwinan dalam Enakmen Pentadbiran 1952 sebenarnya hampir sama dengan peruntukan yang ada dalam Muhammedan Marriage Ordinance. Penggunaan ayatnya hampir sama kecuali perubahan kepada perkataan Pendaftaran dan Kadi sahaja,” jelasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/kedudukan-tinggi-undang-undang-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aidiladha Ingatkan Umat Islam Erti Kesabaran Dan Berlapang Dada Tempuh Kesukaran Hidup Pm

Aidiladha Ingatkan Umat Islam Erti Kesabaran Dan Berlapang Dada Tempuh Kesukaran Hidup Pm

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR 30 Julai Hari Raya Aidiladha kali ini mengingatkan umat Islam di negara ini tentang erti kesabaran dan berlapang dada dalam menempuh kesukaran hidup kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin Muhyiddin berkata rakyat di negar...
Ahmad Danniel Nekad Peluk Islam Walaupun Berdepan Pelbagai Ujian

Ahmad Danniel Nekad Peluk Islam Walaupun Berdepan Pelbagai Ujian

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 265 hits
LAPORAN KHAS SHAH ALAM Sejak menerima hidayah dan memeluk Islam pada 15 Jun 2016 Ahmad Danniel Al Hafiz Aduka tidak lagi menoleh ke belakang dan kini bergerak aktif dalam aktiviti dakwah Pemuda berusia 28 tahun dari Sarawak itu nekad kembal...
Bank Islam Welcomes New Chairman To Its Board Of Directors

Bank Islam Welcomes New Chairman To Its Board Of Directors

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 537 hits
Bank Islam Malaysia Berhad welcomes Tan Sri Dr Ismail bin Haji Bakar as its new Chairman with effect from 1 August 2020 Tan Sri Dr Ismail bin Haji Bakar succeeds Datuk Zamani Abdul Ghani who retired from the Bank on 1 March 2020 after 9 yea...
Kisah Parti Islam Tunisia

Kisah Parti Islam Tunisia

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 329 hits
Mat ManDi Tunisia parti islam menarik kerjasama dengan kerajaan korap Malang di malaysia parti PASik sangup bersengkongkol dngan penyamun
Bersedekah Jadikan Konten Youtube Bagaimana Hukum Dalam Islam Begini Jawaban Ustaz Abdul Somad

Bersedekah Jadikan Konten Youtube Bagaimana Hukum Dalam Islam Begini Jawaban Ustaz Abdul Somad

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 264 hits
Saat ini banyak beredar konten konten YouTube yang memperlihatkan kegiatan bersedekah seperti konten Baim Wong dan Paula Verhoeven Walaupun saat sedekah memberikan uang Baim Wong kerap menyamar Kemudian aksi ayah Kiano Tiger Wong itu kerap ...
Pengertian Aqiqah Dalam Islam

Pengertian Aqiqah Dalam Islam

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 321 hits
Hukum dan pengertian aqiqah Ustaz boleh tak terangkan serba ringkas tentang akikah Terima kasih Pengertian Aqiqah Dalam IslamCredit Pic Pengertian Aqiqah Dalam Islam JAWAPAN Pengertian Aqiqah Beserta DalilnyaArti aqiqah ialah Artinya Haiwan...
Pas Semakin Diterima Bukan Islam

Pas Semakin Diterima Bukan Islam

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 289 hits
REMBAU PAS Negeri Sembilan menerima hampir 200 borang keahlian Dewan Himpunan Pendokong PAS di pejabat PAS Rembau di sini hari ini Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan Dr Badzli Bakar berkata penyerahan borang keahlian DHP...
Tetamu Lewat Malam Dan Erti Sebuah Persaudaraan Dalam Islam

Tetamu Lewat Malam Dan Erti Sebuah Persaudaraan Dalam Islam

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 225 hits
Rasulullah SAW bersabda Janganlah kalian saling dengki menipu marah dan memutuskan hubungan Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara Seorang Muslim adalah saudara ba...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Singgah Pasar Malam Sekolah

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu