Aidiladha Ingatkan Umat Islam Erti Kesabaran Dan Berlapang Dada Tempuh Kesukaran Hidup Pm


KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Hari Raya Aidiladha kali ini mengingatkan umat Islam di negara ini tentang erti kesabaran dan berlapang dada dalam menempuh kesukaran hidup, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Muhyiddin berkata rakyat di negara ini secara keseluruhannya telah melakukan pengorbanan sepenuh jiwa dan raga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas termasuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuat kuasa pada waktu ini.
“Alhamdulillah, hasilnya kita telah berjaya mengawal penularan wabak COVID-19. Namun begitu, saya hendak mengingatkan bahawa kita masih belum berjaya sepenuhnya dalam memerangi wabak itu. Malaysia dan banyak negara lain masih belum diisytiharkan bebas daripada pandemik ini.
“Bahkan sejak mutakhir ini, terdapat sedikit peningkatan kes-kes positif COVID-19 di negara kita. Justeru, kita tidak boleh leka dan alpa. Sebaliknya kita mesti terus berusaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidiladha malam ini.
Muhyiddin berkata bersempena dengan sambutan Aidiladha mulai esok sehingga 13 Zulhijjah, rakyat diingatkan agar melaksanakan ibadah korban dengan penuh penghayatan di samping mematuhi SOP yang ditetapkan.
Mengambil maklum ramai yang akan melaksanakan ibadah korban, iaitu suatu ibadah yang sangat dituntut oleh syarak, beliau telah memperincikan mengenai SOP yang perlu dipatuhi oleh semua umat Islam di negara ini.
“Hadkan jumlah yang hadir di tempat penyembelihan tidak melebihi 20 orang bagi seekor lembu. Anda juga tidak dibenarkan mengadakan kenduri di tempat ibadah korban dijalankan. Apabila selesai sahaja memotong dan membahagikan daging korban, segeralah pulang ke rumah masing-masing.
“Di rumah pula, pastikan jumlah sanak-saudara yang datang berziarah tidak melebihi 20 orang pada satu masa. Elakkan bersalam-salaman. Jika di rumah anda ada ahli keluarga yang sedang menjalani kuarantin di rumah, beritahu sanak-saudara, jiran dan sahabat jangan datang ziarah. Ini bahaya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ahli keluarga yang sedang menjalani kuarantin tidak keluar dari rumah.
“Jangan dia pula yang berjalan ke sana ke sini. Saya dapat laporan ada dalam kalangan mereka yang sedang menjalani kuarantin di rumah keluar dari rumah. Ini satu kesalahan berat. Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang melanggar arahan kuarantin.
“Seperkara lagi, hari Raya Aidiladha esok jatuh pada hari Jumaat. Saya pasti masjid di pekan-pekan kecil dan kampung-kampung akan menjadi agak sesak bukan sahaja semasa solat sunat Aidiladha, tetapi juga semasa solat Jumaat diadakan. Ini kerana ramai perantau pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.
Beliau turut meminta kerjasama imam, bilal, tok siak dan semua ahli jawatankuasa masjid supaya kawal keadaan dengan memastikan jarak yang selamat antara makmum selain kawalan terhadap pergerakan keluar dan masuk masjid supaya teratur.
Muhyiddin berkata tujuan beliau menjelaskan mengenai SOP secara agak terperinci adalah sebagai peringatan kepada umat Islam yang menyambut perayaan itu dan pada hari-hari tasyrik.
“Saya nak mengingatkan juga jika kita tidak peka dan berhati-hati, kemungkinan jangkitan COVID-19 merebak semasa musim perayaan ini adalah tinggi. Kita nak elakkan perkara ini daripada berlaku. Jadi, lebih baiklah kita beringat dan berwaspada.
“Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian, saya berdoa semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT. Ibadah ini merupakan tanda ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Allah,” katanya.
Sementara itu, kepada bakal jemaah haji yang tertangguh peluang menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini akibat wabak COVID-19, beliau berdoa semoga umat Islam berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan.
Beliau percaya umat Islam menerima ketentuan ini dengan penuh redha, sabar dan berlapang dada serta menyifatkannya sebagai pengorbanan yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
“Raikanlah Aidiladha secara bersederhana sebagaimana tuntutan syariat dan hayatilah erti pengorbanan di sebalik Aidiladha pada kali ini. Tanpa mengenal erti putus asa, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga wabak COVID-19 segera berakhir.
“Sesungguhnya, pertolongan dan rahmat Allah itu sangat hampir kepada hamba-Nya yang bertakwa. Maka tingkatkanlah ketakwaan kita dan berdoalah kepada-Nya. Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan dan kita beroleh kemenangan,” katanya.
Muhyiddin mengakhiri ucapannya dengan mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
— BERNAMA
The post Aidiladha Ingatkan Umat Islam Erti Kesabaran Dan Berlapang Dada Tempuh Kesukaran Hidup -PM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/30/aidiladha-ingatkan-umat-islam-erti-kesabaran-dan-berlapang-dada-tempuh-kesukaran-hidup-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umat Islam Sambut Aidiladha 31 Julai

Umat Islam Sambut Aidiladha 31 Julai

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR 21 JULAI Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Jumaat demikian pengumuman Penolong Setiausaha Majlis Raja Raja Mohd Aseral Jusman malam ini Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan...
Adakah Umat Islam Dibenarkan Solat Jamak Ketika Melancong

Adakah Umat Islam Dibenarkan Solat Jamak Ketika Melancong

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 277 hits
SOALAN Ohmedia pasti antara antara kita yang gemar pergi melancong ke tempat yang menarik pada setiap bulan Jadi adakah solat Jamak boleh dilakukan ketika melancong JAWAPAN Keharusan melakukan solat jamak dan qasar bagi musafir tidaklah dis...
Membentang Sejauh 4 Km Inilah Salat Jumat Terbesar Umat Islam Saat Kepung Konstantinopel

Membentang Sejauh 4 Km Inilah Salat Jumat Terbesar Umat Islam Saat Kepung Konstantinopel

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 242 hits
Hagia Sophia kini dirubah fungsinya dari museum menjadi masjid Mulai Jumat 24 Juli 2020 Umat Islam bisa menggunakannya untuk shalat berjamaah lima waktu Untuk meresmikannya pemerintah Turki mengundang sekitar 1 500 tamu dari berbagai kalang...
Umat Islam Selesai Mengerjakan Haji

Umat Islam Selesai Mengerjakan Haji

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 268 hits
MAKKAH Jemaah haji mengelilingi Kaabah dengan berjalan kaki untuk mengerjakan tawaf Al Wida dalam keadaan penjarakkan sosial bagi menandakan tamatnya ibadat itu hari ini Pada tahun ini 10 000 umat Islam iaitu jumlah yang jauh lebih kecil be...
Jadi Wakil 229 Juta Umat Islam Indonesia Saat Berhaji Farida Ini Tak Bisa Dipercaya Dan Tak Ternilai

Jadi Wakil 229 Juta Umat Islam Indonesia Saat Berhaji Farida Ini Tak Bisa Dipercaya Dan Tak Ternilai

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 278 hits
Ibadah haji tahun 2020 kini berbeda dengan tahun tahun sebelumnya Pandemi covid 19 yang belum reda membuat Tanah Suci Mekah hanya menerima 1 000 jamaah haji Kondisi langka ini membuat para calon Jamaah haji sedih lantaran harus menunda ibad...
Akhir Hidup Mustafa Kemal Ataturk Si Tangan Besi Pengkhianat Islam Yang Menjadi Bapak Orang Turki

Akhir Hidup Mustafa Kemal Ataturk Si Tangan Besi Pengkhianat Islam Yang Menjadi Bapak Orang Turki

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 876 hits
Anda tahu siapa Mustafa Kemal Ataturk Dialah Presiden Pertama dari Republik Turki Sekuler Dia lah dalang di balik kacaunya Khilafah Utsmani sampai Khilafah Utsmani harus runtuh pada 3 Maret 1924 Ia lahir di Sel nik pada 19 Mei 1881 Dan keti...
Tetamu Lewat Malam Dan Erti Sebuah Persaudaraan Dalam Islam

Tetamu Lewat Malam Dan Erti Sebuah Persaudaraan Dalam Islam

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 188 hits
Rasulullah SAW bersabda Janganlah kalian saling dengki menipu marah dan memutuskan hubungan Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara Seorang Muslim adalah saudara ba...
Sentuh Sensitiviti Umat Islam Pdrm Siasat Lelaki Dipercayai Warga Tempatan

Sentuh Sensitiviti Umat Islam Pdrm Siasat Lelaki Dipercayai Warga Tempatan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 237 hits
Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki yang disyaki berucap dengan mengeluarkan kata kata kesat dan menyentuh sensitiviti umat Islam Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash W...
Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam Di Smk Syed Abu Bakar Baling

Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam Di Smk Syed Abu Bakar Baling

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 343 hits
Hari nih kena culik dengan Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah untuk bersama sama bantu pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar Baling Tak lain tak bukan studio yang dimulakan oleh ustad kreatif rajin lagi terso...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord