Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Solat Jemaah Ini Penjelasan Mufti


Masjid boleh mengajar kita erti persamaan. Orang tua duduk di samping anak-anak kecil, orang kaya di samping orang miskin, menteri di samping buruh, pemimpin di sebelah rakyat dan ternyata kesemuanya tidak ada perbezaan di antara mereka.


Namun, sering menjadi persoalan tentang kanak-kanak yang hadir bersolat di masjid. Apakah mereka diletakkan di bahagian saf belakang, atau tidak mengapa jika mereka berjemaah satu barisan dengan orang dewasa.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri, tampil memberikan penjelasan berhubung kedudukan sebenar kanak-kanak lelaki dalam saf ketika solat berjemaah.

Terdapat sebuah hadis Sahih Al-Bukhari yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik r.a. berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.

Menurut Imam Al-Khatib Al-Syarbini pula, kedudukan kanak-kanak di belakang makmum dewasa adalah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama dan sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa.

Sesungguhnya, kanak-kanak hanya diletakkan di belakang daripada lelaki dewasa sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak, hendaklah disempurnakan. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/492)

Jawapan ini adalah sebagai menjawab persoalan sebuah surat yang tular di media sosial, hasil tulisan seorang kanak-kanak bernama Nadzrul Zarfan Sharul Azry kepada pengerusi di sebuah surau yang mendakwa dirinya 'dihalau' ke saf belakang oleh jemaah dewasa sedangkan beliau terlebih dahulu berada di saf hadapan.


Dalam surat tulisan tangan itu, Nadzrul Zarfan turut mempersoalkan tindakan jemaah surau yang sering menghalau kanak-kanak yang berada di saf pertama di dalam surau.

Zulkifli memberikan beberapa cadangan kepada ibu bapa dan pihak masjid antaranya, tidak membawa kanak-kanak yang teramat kecil dan susah untuk dijaga serta akan mengganggu jemaah ke masjid.

"Jika kanak-kanak (yang masih kecil) tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu bapanya.

"Disyorkan dalam keadaan sebegini, ibu bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu di hujung sekali."

Zulkifli turut memuji peribadi Nadzrul Zarfan yang hadir menunaikan solat di surau bersama jemaah dewasa.

"Tak salah apa yang anakanda (Nadzrul Zarfan) buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan.

"Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama yang kata begitu," pesan Zulkifli.

Hukum Meletakkan Kanak-Kanak Di antara Saf Lelaki Dewasa

Al-Imam al-Mawardi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir menukilkan mengenai permasalahan di atas, kata beliau: "dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat." (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340)

Adapun mengenai terputusnya saf, setakat pencarian kami (wallahu a’lam), kami tidak mengetahui salah seorang dari ulama yang mengatakan terputusnya saf kerana wujudnya kanak-kanak di dalam saf tersebut.

Pendapat ulama kontemporari seperti Syeikh Ibn Baz Rahimahullah dan juga Syeikh Ibn 'Uthaymeen Rahimahullah mengatakan bahawa ianya tidak terputus. Ianya juga adalah pendapat Syeikh Soleh al-Munajjid.

Kedudukan Kanak-Kanak Di Dalam Saf Solat

Berikut merupakan beberapa keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.

Pertama

Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.

Kedua

Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.

Ketiga

Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka.

Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (27/36-37).

Membina akhlak Kanak-kanak

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitabnya yang masyhur Tarbiyah al-Aulad telah menyebutkan tiga institusi penting untuk kanak-kanak iaitu:
Rumah: Iaitu tempat pembangunan fizikal, adab, dan akhlak bagi kanak-kanak.Masjid: Selaku tempat pembangunan kerohanian bagi kanak-kanak.Sekolah: Yang merupakan tempat pembangunan akal fikiran, adab, serta pemikiran kanak-kanak.
Justeru, telah menjadi suatu adat kelaziman para ulama dan salafussoleh mengajar anak-anak mereka untuk hadir ke masjid. Bahkan di zaman mutakhir ini telah terdapatnya halaqah atau majlis pengajian ilmu untuk kanak-kanak yang dijalankan di masjid-masjid seperti di Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi, Masjid al-Umawi, dan masjid-masjid yang terdapat di Mesir.

Menjadi saranan buat ibubapa, hendaklah mereka memainkan peranan penting dengan memerhatikan tingkahlaku anak-anak mereka di dalam masjid, mendidik dan mengingatkan anak-anak mereka akan tingginya kehormatan dan kedudukan masjid di dalam Islam, serta memahamkan anak-anak mereka akan fungsi atau peranan masjid itu sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran yang maksudnya: "Pada rumah-rumah (masjid-masjid) yang Allah telah mengizinkan supaya diangkat dan disebutkan nama-Nya di dalamnya. Di situ juga tempat Allah S.W.T disucikan pada waktu pagi dan petang." Surah al-Nur (36)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Makruh Solat Ketika AzanProfessor Fizik Berjaya Merungkai Rahsia Solat Berjemaah
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/01/saf-kanak-kanak-dalam-solat-jemaah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid York Road Ditutup Waktu Subuh Mulai 31 Disember Mufti Penang Tampil Beri Penjelasan

Masjid York Road Ditutup Waktu Subuh Mulai 31 Disember Mufti Penang Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 486 hits
SEMASA Sejak petang tadi tersebarnya satu memo yang menyatakan Masjid York Road di Pulau Pinang telah menghadkan waktu operasi masjid dari 9 30 pagi sehingga 9 30 malam Memo itu kemudiannya disusuli dengan kenyataan viral dari pihak yang me...
Kedudukan Kanak Kanak Non Muslim Yang Meninggal Sebelum Baligh

Kedudukan Kanak Kanak Non Muslim Yang Meninggal Sebelum Baligh

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 247 hits
SOALAN Apakah status kedudukan kanak kanak dari keluarga non Muslim apabila meninggal dunia sebelum baligh JAWAPAN Kami bahagikan perbincangan ini kepada dua iaitu kedudukan mereka di dunia dari segi pengurusan dan pengebumian mayat Yang ke...
Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat

Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1023 hits
Pada lewat November 2019 yang lepas sebuah masjid di Temerloh viral dimana dikatakan setiap waktu solat pastinya ramai jemaah sekali pun waktu Solat Subuh dan telah melaporkan berita ini dimana Masjid Temerloh Jaya antara masjid yang paling...
Tipu 60 Jemaah Umrah Di Gorontalo Tersangka Nmr Bawa Kabur Uang Miliaran

Tipu 60 Jemaah Umrah Di Gorontalo Tersangka Nmr Bawa Kabur Uang Miliaran

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 186 hits
NMR menawarkan biaya perjalanan umrah dengan harga yang murah dengan fasilitas bintang hotel lima ungkapnya
Uang Umrah Jemaah Digunakan Bisnis Tokek Suami Istri Di Banyumas Ditangkap

Uang Umrah Jemaah Digunakan Bisnis Tokek Suami Istri Di Banyumas Ditangkap

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 208 hits
Menurut dia 50 orang yang menjadi korban penipuan tersebut telah menyetorkan biaya perjalanan umrah berkisar Rp37 juta hingga Rp57 juta dengan total kerugian diperkirakan lebih dari Rp500 juta
Bersama Ribuan Jemaah Habib Syech Dan Yusuf Mansur Tutup Tahun Di Banyuwangi

Bersama Ribuan Jemaah Habib Syech Dan Yusuf Mansur Tutup Tahun Di Banyuwangi

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 282 hits
Selawat Man Anaa yang dibawakan oleh Habib Syech bersama cucunya Sayyid Muhammad Hadi Assegaf langsung membius pengunjung Mereka bersama sama melantunkannya dengan iringan musik hadrah al banjar Begitu pula dengan tembang selawat lainnya
Mulai 2020 Semua Jemaah Haji Asal Jabar Berangkat Pulang Dari Bandara Kertajati

Mulai 2020 Semua Jemaah Haji Asal Jabar Berangkat Pulang Dari Bandara Kertajati

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 226 hits
Demikian juga saat pulang dari Saudi mereka akan mendarat di BIJB Kertajati Kuota haji Jabar sebanyak 38 852 jemaah dan terbagi dalam 97 kelompok terbang
Emraz Lancarkan Dan Rasmikan Produk Booklet Untuk Jemaah Haji Dan Umrah

Emraz Lancarkan Dan Rasmikan Produk Booklet Untuk Jemaah Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 864 hits
Salam uolls Sekadar nak berkongsi dengan semua pembaca blog Ty terutamanya beragama Islam Diharapnya perkongsian ini sedikit sebanyak boleh membantu di kalangan pembaca untuk memudahkan urusan ibadah umrah mahupun haji kelak di tanah suci M...
Tiada Lagi Subsidi Menunaikan Ibadah Haji Buat Jemaah Malaysia

Tiada Lagi Subsidi Menunaikan Ibadah Haji Buat Jemaah Malaysia

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 523 hits
UTARANEWS COMKerajaan Pakatan Harapan akan memberi pemahaman kepada jemaah haji bahawa ibadah itu perlu dilakukan dengan kaedah istitha ah atau kemampuan jelas Menteri Hal Ehwal Agama DS Mujahid Yusuf Rawa Kalau dia tak cukup kos yang kita ...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama