Kedudukan Mb Terengganu Kini Genting Betul Ke



PAS dijangka hanya dapat mentadbir Terengganu satu penggal ekoran pergolakan dalaman dan isu membelit menteri besar termasuk hubungan dingin dengan istana, kata sumber parti dan penganalisis.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight, isu melibatkan Ahmad Samsuri Mokhtar kini genting sehingga istana hampir menarik balik gelaran Datuk Seri disandang menteri besar itu.
Hinggakan, Timbalan Menteri Sains Teknologi Inovasi Ahmad Amzad Hashim terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Samsuri dan pihak istana, kata sumber.
Seorang sumber pemimpin PAS Terengganu yang enggan namanya disebut itu berkata, selain itu menteri besar juga dilihat kurang menumpukan isu negeri berkenaan.
“Dinginnya hubungan Ahmad Samsuri dengan pihak istana atas beberapa isu kerana menteri besar itu dilihat tidak pandai menjaga hubungan dengan pihak istana.
“Biarpun keadaan sekarang (PAS) masih boleh bertahan namun pihak istana kini melihat PAS menghadapi masalah memerintah Terengganu terutama menteri besar kini lebih banyak menumpukan hal di kerajaan pusat,” katanya.
Sumber mendakwa, ia berikutan Ahmad Samsuri kini sedang mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen bagi menyertai kabinet kerajaan Perikatan Nasional akan datang.
PAS Terengganu berpecah tiga kem

Seorang lagi sumber dalam PAS yang juga tidak mahu dinamakan turut mengesahkan agenda menteri besar itu yang mahu beralih ke Putrajaya.
Dedah sumber itu, kumpulan menteri besar sedang membuat percaturan untuk menentukan kerusi Parlimen sesuai untuk ditandingi Ahmad Samsuri.
Antara yang dipertimbangkan kerusi Kuala Terengganu yang dimenangi Ahmad Amzad Mohamed dalam pilihan raya 2018, kata sumber PAS itu.
“Kemungkinan Amzad akan memberi laluan kerusi Parlimennya di Kuala Terengganu kepada Ahmad Samsuri,” katanya.
Jelas sumber, penghijrahan itu juga dirancang kerana Ahmad Samsuri tiada kekuatan di peringkat akar umbi dan lebih dilihat sebagai pemimpin atasan PAS.
“Ahmad Samsuri biarpun menjadi menteri besar namun sebenarnya beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi.
“Watak Ahmad Samsuri itu sendiri dilihat sebagai pemimpin atasan kerana latar belakangnya menjadi setiausaha politik kepada tuan guru, beliau bukan pemimpin dari akar umbi,” katanya.
Oleh sebab itu, Ahmad Samsuri hanya dilihat mendapat kekuatan dari pengaruh presiden PAS dan bekas menteri besar Abdul Hadi Awang.
“Sebab itu beliau kurang sokongan akar umbi, hanya mengharapkan sokongan dari tuan guru semata-mata yang begitu memberi kepercayaan penuh.
“Ini dapat dilihat apabila tuan guru memberi kerusi Rhu Rendang ( kerusi selamat PAS kepada Ahmad Samsuri,” katanya.
Jelas sumber, keputusan Hadi meletakkan Ahmad Samsuri di kerusi Rhu Rendang dan menjadi calon menteri besar menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin tempatan.
“Namun disebabkan yang membuat keputusan itu adalah tuan guru tidak ada siapa yang berani membantah,” katanya.
Kata sumber itu lagi, rasa tidak puas hati di kalangan pimpinan tempatan berlanjutan terutama apabila Ahmad Samsuri dilihat banyak membuat keputusan membelakangkan mereka.
Pemimpin tempatan ini antara lainnya marah apabila Ahmad Samsuri lebih mengutamakan orang luar dalam lantikan politik melibatkan agensi negeri Terengganu.
Perkara itulah yang membawa kepada krisis dalam PAS Terengganu dan menyebabkan gerakan tersebut berpecah tiga.
“Memang berlakunya krisis dalaman PAS Terengganu.
“Ada tiga kumpulan dalam PAS negeri iaitu kem menteri besar, kem pemimpin kanan PAS negeri Satiful Bahri Mamat dan Khairuddin Aman Razali,” katanya.
Ujar sumber itu, Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Satiful antara nama yang disebut untuk mengisi calon menteri besar semasa PRU14.
“Namun itu tidak berlaku kerana tuan guru telah meletakkan Ahmad Samsuri calon menteri besar,” katanya.
Khairuddin juga dilihat bercita-cita tinggi dan mahu menjadi menteri besar dan juga memegang jawatan nombor satu parti itu.
“Ini boleh dilihat di mana pelantikan Khairuddin sebagai menteri bukan melalui parti tapi dan tiba- tiba namanya diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengejutkan orang ramai.
“Sebab itu beliau dilihat sebagai pemimpin sangat bercita-cita tinggi, dan dalam konteks politik Terengganu beliau diberi empat jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri,” katanya.
Beliau melihat persaingan di antara Khairuddn dan Ahmad Samsuri boleh diumpamakan seperti pertembungan di antara dua bekas menteri besar Umno, Ahmad Said dan Razif Abdul Rahman.
“Senario Khairuddin dengan Ahmad Samsuri boleh dikatakan hampir sama seperti pemimpin Umno Ahmad Said dan Razif Abdul Rahman. Samsuri dengan Khairuddin dahulunya dilihat sehaluan.
“Namun keadaan itu berubah disebabkan pertembungan dua kumpulan iaitu Ahmad Samsuri kumpulan geng profesional yang pro-Perikatan Nasional dan Khairuddin geng ustaz pro-Muafakat Nasional,katanya.
Khairuddin yang juga merupakan Ketua Dewan Ulama PAS dilanda beberapa kontroversi antaranya didakwa melanggar standard (SOP) kuarantin pada Ogos lepas.
Ia menimbulkan kemarahan umum kerana melihat berlaku layanan berat sebelah kerana menteri itu hanya didenda RM1,000 atas kesalahan tersebut
Pada Mei beliau sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila didakwa ditahan di sekatan jalan raya di Perasing bersama seorang wanita pada 16 Mei lepas.
Khairuddin menafikan dakwaan itu biarpun polis Terengganu mengesahkan menteri itu ada melalui sekatan berkenaan.
Menteri itu juga kini berdepan dengan skandal jualan tanah milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang didakwa dipajak kepada satu yayasan PAS dengan harga jauh lebih rendah dari pasaran.
Penganalisis politik Mohd Hisomuddin Bakar pula ketika diminta mengulas tidak menolak ramalan bahawa krisis tersebut akan menyebabkan PAS hanya mampu bertahan sepenggal saja kali ini.
Beliau berkata krisis atau kontroversi yang melanda parti Islam mungkin tidak akan menjejaskan jentera pilihan raya PAS namun menjangka penolakan datang dari ahli biasa
Beliau berkata, krisis kepemimpinan menteri besar dan hubungan dingin dengan pihak istana akan menyebabkan sabotaj dari ahli biasa PAS.
“Hukuman boleh datang dari ahli PAS biasa jika mereka tak puas hati dengan prestasi dan penyelewengan yang mereka percaya isu itu benar berlaku.” ~ TMI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/kedudukan-mb-terengganu-kini-genting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Sumber Dedah Kedudukan Samsuri Sebagai Mb Terengganu Genting

Panas Sumber Dedah Kedudukan Samsuri Sebagai Mb Terengganu Genting

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 180 hits
June 8 2021 PAS dijangka hanya dapat mentadbir Terengganu satu penggal ekoran pergolakan dalaman dan isu membelit menteri besar termasuk hubungan dingin dengan istana kata sumber parti dan penganalisis Sumber memberitahu The Malaysian Insig...
Nikah Di Kedah Kini Berada Di Terengganu Netizen Pertikai Pengasuh Siti Aafiyah Rentas Negeri

Nikah Di Kedah Kini Berada Di Terengganu Netizen Pertikai Pengasuh Siti Aafiyah Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 255 hits
UMUM mengetahui aktiviti merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia di seluruh negara adalah tidak dibenarkan sepanjang perintah Sekatan Perjalanan Penuh atau total lockdown
Sah Pemain Kacukan Malaysia England Nick Swirad Kini Jadi Milik Skuad Sri Pahang Fc

Sah Pemain Kacukan Malaysia England Nick Swirad Kini Jadi Milik Skuad Sri Pahang Fc

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 207 hits
nbsp KUANTAN Pemain kacukan Malaysia England Nick Swirad sah menyarung jersi Sri Pahang FC apabila menandatangani kontrak bersama pasukan itu hari ini Kehadiran bekas pemain kelab Thailand Nongbua Pitchaya itu diyakini memperkasakan jentera...
Vaksin Kawalan Pergerakan Kendiri Kini Pertahanan Utama Lawan Covid 19

Vaksin Kawalan Pergerakan Kendiri Kini Pertahanan Utama Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 207 hits
MALAYSIAKINI Suntikan vaksin dan kawalan pergerakan kendiri adalah pertahanan utama dan penting bagi setiap rakyat ketika ini dalam usaha untuk melumpuhkan penularan COVID 19 yang dilihat kembali memuncak sejak awal April lepas Presiden Per...
Kes Baru Covid 19 Kini Lebih 8 000 Sehari

Kes Baru Covid 19 Kini Lebih 8 000 Sehari

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 484 hits
MALAYSIAKINI Kes baru Covid 19 hari ini pertama kali meningkat melebihi 8 000 kes Sebanyak 8 290 kes baru dilaporkan hari ini dengan Selangor terus mencatat angka terbanyak dengan 2 052 kes Pecahan setiap negeri Selangor 2 052 Sabah 308 Joh...
Otai Lagenda Bola Sepak Negara Kini Hidup Melarat Di Dalam Hutan

Otai Lagenda Bola Sepak Negara Kini Hidup Melarat Di Dalam Hutan

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 282 hits
Beliau adalah seorang bintang dan lagenda bola sepak Selangor seangkatan dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari serta merupakan salah seorang tonggak utama Selangor merupakan pemain tengah terbaik pada era pertengahan 1980 an dan pernah me...
Gempar Mesej Tular Khairuddin Ditahan Di Sjr Bersama Mawar Kini Terjawab Ceritanya Bergini

Gempar Mesej Tular Khairuddin Ditahan Di Sjr Bersama Mawar Kini Terjawab Ceritanya Bergini

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 267 hits
Gempar Mesej tular Khairuddin ditahan di SJR bersama Mawar kini terjawab Ceritanya bergini Dia sampai di SJR Perasing Kemaman Polis tak kenal atau buat tak kenal dan tanya Nak kemana Dia tiba terus meninggikan suara Awak tak kenal saya siap...
Dulu Kejarkan Real Madrid Kini Max Allegri Patah Balik Ke Juventus

Dulu Kejarkan Real Madrid Kini Max Allegri Patah Balik Ke Juventus

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 211 hits
Nampaknya seseorang bakal kembali Mantan pengurus Juventus Max Allegri kini bakal kembali semula ke kancah pengurusan bola sepak selepas lama berehat Akan tetapi skripnya nyata sama sahaja apabila pengurus berbangsa Itali itu dikhabarkan ak...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Make Your Business Standout

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Kling Ai Video

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi