Kedaulatan Tanah Melayu Vs Sihir


Kedaulatan Tanah Melayu Vs Sihir.


1. Maaf kerana sudah lama tidak update, saya menulis kali ini kerana mahu menjawab pertanyaan beberapa pembaca yang bertanya mengenai sihir mason, sihir illuminati, sihir kabalah serta apa sumpahan yang dikatakan menyelubungi Tanah Melayu ini yang telah mencecah ratusan tahun sehingga gagal dipulihkan.

2. Saya cuma tersenyum sahaja apabila membaca serba sedikit mengenai sihir-sihir ini yang dikatakan masih berkuasa sehingga sekarang, hebat….iluminati atau pengikut-pengikut Dajal ini seolah-olah terlalu berkuasa sehingga satu negara atau satu Tanah Melayu masih dibelenggu sihir yang berusia beratus-ratus tahun sehingga sekarang.

3. Bagi saya mudah, sebenarnya tidak ada sihir…segala masalah yang menyelubungi orang Melayu adalah disebabkan mereka membiarkan akidah diri dipengaruhi, melupakan terus pengajaran Sifat 20 atau Akhidatul Iman sehingga iktikad diri menjadi rosak dan kejahilan berleluasa.

4. Perkara kedua, mereka ini lupa bahawa Tanah Melayu dan nusantara ini dilindungi oleh para Wali Allah dan jangan kita menyangka orang-orang alim mati dan tidur semata-mata di Alam Barzakh kerana sesungguhnya mereka hidup di sisi Allah (soal ruh ini, bukan untuk perbincangan umum jadi kita tamatkan di sini sahaja).

5. Sangat ironi apabila ramai orang Melayu percaya bahawa kebangkitan akan bermula dari Tanah Melayu tetapi pada masa yang sama yakin benar bahawa negara ini diselubungi sihir yang kuat, sekarang saya tanya kembali….sihir yang kuat atau kuasa Allah Yang Maha Esa yang Maha Terkuat.

6. Saya faham tidak ramai orang Melayu yang mengetahui rahsia-rahsia alam, mereka tidak tahu tentang penjaga kunci, mereka tidak tahu pemerintah alam ghaib yang dilantik berdasarkan wilayah dan tempoh kekuasaan iaitu pada setiap 100,300 atau 500 tahun, mereka juga tidak tahu Tanah Melayu ini mempunyai WARIS.

7. Saya pun malas nak buka kerana ini semua bukan perkara wajib untuk dipelajari, saya meminta anda semua mengaji ilmu-ilmu Allah yang wajib untuk kita belajar seperti Ilmu Tauhid, Fardhu Ain serta Tasawuf.

8. Jika sihir Mason, Kabalah atau permainan ilmu hitam Iluminati ini lebih kuat, mengapa pihak British yang merupakan agen Dajal Al Masih ini gagal membawa emas-emas Tanah Melayu ini pulang ke negara mereka kecuali sedikit, itu pun selepas mendapat izin dari Raja-raja Melayu yang sudah diperas ugut.

9. Cuba kita lihat, bagaimana musuh-musuh Islam ini gagal membawa balik kekayaan dari Tanah Melayu apabila pelbagai bala menimpa mereka seperti yang berlaku ke atas kapal Portugis (Flora De Lamar).

10.Malah bukan satu rahsia apabila emas-emas Tanah Melayu yang cuba dibawa keluar melalui Pelabuhan Sweetenham gagal, keretapi yang membawa bongkah-bongkah emas berjumlah 400 tan terhenti dan kapal kargo khas untuk membawa emas-emas terbabit yang didatangkan daripada London ke pelabuhan itu karam semasa Perang Dunia Kedua dahulu.

11.Malahan segala aktiviti emas yang diusahakan British terhenti kerana mereka menghadapi pelbagai masalah, termasuk serangan penyakit misteri ke atas tentera dan buruh-buruh mereka, punya banyak lokasi-lokasi perompakan emas dalam hutan Tanah Melayu ini yang ditinggalkan begitu sahaja dan saya telah menemui dua lokasi tepat dari puluhan atau
ratusan yang mungkin wujud.

Hanya Waris Tanah Melayu yang akan mendapatkan emas-emas ini, tangan lain pasti gagal kerana emasnya akan bertukar menjadi tembaga atau akan berlaku kemalangan jika diambil secara paksa

12.Jepun turut gagal dan emas-emas yang mereka rompak semasa Perang Kedua dari Tanah Melayu semua bertukar menjadi TEMBAGA dan akibatnya Jeneral Yamashita terpaksa meninggalkan emas-emas ini dilokasi tersembunyi di seluruh Tanah Melayu dari Kelantan sehinggalah ke Sabah.

13.Lihat, jika sihir-sihir yang dilontarkan para pengikut Dajal ini benar-benar berjaya, mengapa mereka gagal mengaut emas-emas dari tanah kekayaan Nabi Sulaiman ini keluar, sudah tentu ada pihak yang menjaganya sehingga sampai masa akan diberi kepada pemiliknya yang sah iaitu Waris Tanah Melayu yang dikatakan berketurunan darah Rasulullah SAW.

SIHIR IMPORT UNTUK CEMARKAN KEDAULATAN TANAH MELAYU PASTI GAGAL

14.Segala macam sihir yang cuba dikenakan ke atas Tanah Melayu terutama yang bertujuan menguggat KEDAULATAN negara ini, bagi saya, pasti akan terbatal atau gagal.

15.Orang lupa bagaimana para komando Indonesia yang dibekali dengan ilmu kebal, ilmu mistik yang akan dipakai untuk menjajah negara ini gagal berfungsi semasa mereka melancarkan Konfrantasi pada tahun 1963 dahulu.

16.Kita sendiri tahu bahawa republik ini sangat terkenal dengan pengamal-pengamal ilmu kebatinan, dan sudah pasti para komando yang mendarat itu bukan masuk kosong tetapi dadanya sudah penuh diisi dengan pelbagai ilmu kebatinan.

17.Mereka terpinga-pinga dengan mistik yang mereka percaya. Rupanya Tanah Melayu lebih mistik.

18.Nah, tahun lepas, kita sendiri melihat bagaimana pengganas-pengganas Sulu yang bersenjata lengkap dan ditampal dengan pelbagai azimat kebal serta ilmu-ilmu mistik yang lain habis mati ditembak oleh pasukan polis dan askar-askar kita.

Azimat Sulu menjadi tidak ampuh selepas memasuki wilayah kedaulatan Malaysia
Pengganas ini yakin dengan ilmunya semasa bertempur di Filiphina tetapi ilmunya pudar dalam wilayah kedaulatan yang dicerobohinya

19.Aneh bukan, sudah tentu mereka mempercayai azimat-azimat ini kerana terbukti berkesan apabila mereka melawan askar kerajaan Filiphina tetapi ilmu-ilmu ini terbatal sebaik sahaja mereka memasuki wilayah KEDAULATAN Malaysia sehingga ramai yang mati katak kerana dibunuh pihak berkuasa negara kita.

20.Saya ingin menyeru kepada para saudara semua supaya yakin bahawa tiada sihir yang dapat melawan kuasa Allah Yang Maha Esa terutama kuasa yang kononnya mampu menyelubungi satu kedaulatan negara sehingga kita terperap dalam pengaruh jahat selama ratusan tahun.


ORANG LUAR TAHU RAHSIA TANAH MELAYU

21.Iblis dan Dajal mungkin sudah mengetahui rahsia Tanah Melayu.

22.Musuh-musuh manusia ini bagaimanapun tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka berada di dimensi yang lain, jadi untuk mendatangkan kesan, mereka melantik petugas-petugas mereka yang terdiri dari manusia biasa dan melalui beberapa perjanjian, manusia-manusia ini menguasai dunia perbankan, politik dan sebagainya.

23.Manusia-manusia inilah yang menguasai satu-satu kumpulan dan kerajaan dan mereka ini kemudian dijadikan kuat sebagai kuasa besar untuk mengorek rahsia-rahsia itu.

24.Kalau dari satu sudut, mereka mahu menguasai kekayaan-kekayaan di dalam dunia ini dan menjadikan manusia lain sebagai hamba abdi.

25.Malah bersebab apabila banyak perkara yang terkait dengan sejarah orang Melayu diubah, dilacurkan atau dilenyapkan begitu sahaja sedangkan mereka tidak berbuat demikian pada bangsa-bangsa lain di dunia.

26..Rahsia ini bagaimanapun tidak ramai yang tahu dan saya rasa lebih moleklah jika anda pun tidak tahu kerana bukan semua manusia perlu ambil tahu barang yang bukan tugas kita pun, sebaiknya fokus sahaja pada kehidupan dan kematian.

PENGALAMAN PENULIS BERURUSAN DENGAN ILMU KEBAL IMPORT

27.Tahun lepas, saya sibuk menguruskan bisnes menjual barang-barang hikmat termasuk batu permata dari Indonesia dan Tanah Melayu.

28.Salah satu alat yang saya dan kawan-kawan jual adalah tali pinggang kebal dari Indonesia yang mahu dijual dengan harga RM10 juta (ya, memang lumayan buat bisnes yang berkaitan dengan alam ghaib, orang Malaysia terutama yang
kaya sangat paranoid dengan kematian).

29.Kekebalan tali pinggang ini terbukti apabila pemiliknya yang merupakan seorang kiyai di sebuah pesantren di Jawa menembak salah seorang penguji dengan senjata api tepat pada mata dan dengan kuasa Allah, pelurunya terhenti dan jatuh macam tahi cicak (kawan saya dalam team kami menyaksikan kejadian ini)

30.Tali pinggang itu kemudian dibawa oleh sahabat saya bersama dengan seorang kiyai muda dari Indonesia untuk dijual kepada pembeli dari Kelantan.

31.Selepas semua pembeli dan saksi dihimpun, ujian tembakan dibuat dengan senapang patah ke atas seekor ayam di rumah kawan saya di Hulu Langat, dengan Kuasa Allah juga….hikmat yang ada pada tali pinggang itu terbatal dan tiba-tiba menjadi tidak ampuh, maka ayam yang ditembak bersama tali pinggang kebal itu berderai.

32.Selepas berhubung dengan alam ghaib, barulah kami tahu bahawa, pemegang kunci kedaulatan Tanah Melayu tidak mengizinkan tali pinggang yang sudah berusia 300 tahun milik yang pernah menjadi milik salah seorang Wali Allah di
Jawa jatuh ke tangan bukan Islam.

33.Rupa-rupanya pembeli Melayu tadi yang merupakan seorang peguam mahu menjual semula kepada seorang pembeli lain (bukan Melayu) dengan harga yang lebih mahal.

34.Nasihat saya kalau ada anda berminat untuk membeli barang-barang ajaib dari luar Tanah Melayu, hati-hati, kelah nanti, duit habis berpuluh ribu atau berjuta, hasilnya sifar kerana keajaibannya tidak berani masuk ke Tanah Melayu (Nasihat ini untuk urusniaga alam ghaib sahaja, orang yang tidak ada ilmu tidak payahlah faham tapi jangan memadai buat hukum merepek dengan ilmu yang sejengkal dua).

BATU BERCAHAYA KEDAULATAN TANAH MELAYU

35.Melalui artikel ini, saya mahu mengajak para pembaca menikmati keajaiban sejenis batu milik seorang teman yang diberi secara ghaib oleh salah seorang Wali Allah di Tanah Melayu.

36.Batu ini cuma ada satu sahaja di Tanah Melayu dan ia tidak ada pendua.

35.Ia mengeluarkan cahaya sama ada di tempat terang atau gelap hanya dengan bacaan “Bismillah”, tanpa ayat pembuka tadi, ia tidak akan menyala….ia juga menyala mengikut alunan bacaan Al Quran atau ayat-ayat yang memuji Allah.

Video disini https://youtu.be/CxXjfbcCbSA

36.Ia bukan palsu kerana video di atas diambil oleh saya sendiri dan disaksikan oleh salah seorang pembaca saya yang sangat bertuah dan selalu berkomentar di dalam blog ini.

37.Saya tahu ramai orang akan mempertikaikan keajaiban batu ini tetapi biar saya jelaskan dahulu, batu bercahaya yang biasa anda lihat terdiri dari DELIMA MERAH atau PANCA DELIMA, batu ini hanya menyala apabila direndam di dalam air tetapi batu dalam video saya hanya akan menyala apabila dibacakan Bismillah tanpa perlu direndam.

38.Batu di dalam video ini bukan jenis batu fosforus yang biasanya bercahaya di dalam gelap, batu fosforus ini banyak orang jadikan cincin dan anda boleh lihat dalam youtube, batu fosforus ini biasanya memantulkan cahaya tetapi tidak menyalakan cahaya.

39.Batu bercahaya yang lain anda lihat banyak menggunakan tipu helah seperti menggunakan bateri kecil.

40.Cahaya yang keluar dari batu dalam video saya adalah asli dan anda boleh lihat, cahayanya berkelip-kelip.

41.Ini adalah sebahagian dari keajaiban Tanah Melayu yang saya boleh kongsikan kepada saudara-saudara pembaca semua, yang lain-lain seperti pengetahuan mengenai Piramid, kerajaan orang kenit dan alam kenit, bahtera Nabi Nuh, bandar-bandar hilang dan lain-lain lagi terpaksa saya rahsiakan walaupun ada yang saya mempunyai gambar kerana saya ini memegang amanah. Wallahualam


20 Ogos 2014.

Sumber: Military Of Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://scriptersnews.blogspot.com/2019/08/kedaulatan-tanah-melayu-vs-sihir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinjaman Pekebun Kecil Muslihat Pindah Hak Milik Tanah Melayu

Pinjaman Pekebun Kecil Muslihat Pindah Hak Milik Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 281 hits
IPOH 7 Ogos Mungkinkah sistem pinjaman baharu yang menggantikan skim bantuan tanam semula untuk pekebun kecil merupakan satu muslihat supaya tanah pertanian orang kampung dipindah milik kepada bukan Melayu Ketua Penerangan UMNO Perak Datuk ...
Halau Melayu Keluar Dari M Sia Dap

Halau Melayu Keluar Dari M Sia Dap

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 645 hits
Kenapa Masyarakat Melayu Mesti Tolak Bangsa DAP Posted by SnapShot at Terjemahan Sedang Menteri Pendidikan di negara negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar pelajar muda JANGAN KITA MENYAPU TAHI LEMBU DI...
Kenapa Masyarakat Melayu Mesti Tolak Bangsa Dap

Kenapa Masyarakat Melayu Mesti Tolak Bangsa Dap

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 567 hits
Terjemahan Sedang Menteri Pendidikan di negara negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar pelajar muda JANGAN KITA MENYAPU TAHI LEMBU DI WAJAH KITA DENGAN MEMPERKENALKAN KHAT Tolonglah Itu posting Lim Lip E...
Pejuang Vernakular Benci Identiti Warisan Melayu Berjasa

Pejuang Vernakular Benci Identiti Warisan Melayu Berjasa

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 269 hits
DAP seboleh mungkin mahu jadikan Malaysia negara sekularBANGI Bantahan seni khat dan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di semua sekolah jelas membuktikan pejuang vernakular membenci identiti negara yang berasaskan bahasa Melay...
Bila Dipanggil Bodoh Melayu Marah Pula

Bila Dipanggil Bodoh Melayu Marah Pula

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 489 hits
Yang dihormati Pendekar2 ini ialah Panglima Kalah Takut Tanding tapi tikam belakangBila merdeka kita bagi kerakyatan Melayu tolak ansurBila Singapura keluar Malaysia Melayu kata biarlahBila 13 Mei Melayu rela berdamaiBila masjid disimbah da...
Datanglah Melayu Menunggu Mu Di Cape Town

Datanglah Melayu Menunggu Mu Di Cape Town

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 231 hits
KEINDAHAN bandar Cape Town dari puncak Table Mountain Foto Zalina Mat SomBudaya Melayu mekar di Cape Town BHplus Isnin 23 November 2015RESTORAN sajian Melayu di Cape Town PEMBENTUKAN komuniti Melayu di Cape Town Afrika Selatan berasal darip...
Askar Melayu Kental Tertusuk Benet Seragam Disemadikan Buat Tatapan Rakyat

Askar Melayu Kental Tertusuk Benet Seragam Disemadikan Buat Tatapan Rakyat

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 436 hits
Masih ingatkah anda dengan satu kisah yang membuktikan semangat kental seorang askar untuk terus berada di dalam baris perbarisan tentera walaupun mengalami kecederaan Kisah yang berlaku pada tahun 2008 itu berjaya membuktikan semangat kent...
On Paper Orang Melayu Sudah Lama Padam Atau Papa Kedana

On Paper Orang Melayu Sudah Lama Padam Atau Papa Kedana

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 564 hits
Sebok dengan POLITIK yang tiada penghujung Yang sedang dilakukan adalah peperangan menuding jari Cash is King secara rule of laws akan menjadi kenyataan
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments