Kedai Pajak Gadai Jadi Tumpuan Orang Ramai


Selepas 46 hari seluruh negara dikenakan perintah kawalan pergerakan PKP, kelonggaran sekatan yang berkuatkuasa hari ini menyasikan sebilangan besar rakyat di seluruh negara yang kekurangan wang tunai beratur panjang di kedai-kedai pajak gadai.

Fenomena di seluruh negara ini dilaporkan oleh ramai warga maya di media sosial.

Tinjauan Malaysiakini di Petaling Jaya mendapati ramai yang berbaris panjang di beberapa kedai pajak gadai. Malah, sebuah kedai yang kami kunjungi mempunyai kira-kira 30 pelanggan yang berbaris di luar.

Freeman Tan, yang mengendalikan cawangan Pajaking di bandar lama Petaling Jaya, berkata, sebahagian besar daripada pelanggan menggadaikan emas mereka untuk mendapatkan wang tunai.

Katanya, sebahagian besar mereka adalah golongan berpendapatan rendah yang kehidupannya terjejas teruk akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac lalu.

Tan berkata bahawa dia menyediakan jumlah wang tunai yang banyak hari ini kerana menjangkakan akan peningkatan pelanggan hari ini.

"Sepanjang tempoh PKP, ramai pelanggan menelepon dan meminta saya membuka semula kedai. Mereka sangat memerlukan wang tunai," katanya, sambil menambah bahawa dia terpaksa menolak permintaan tersebut.

Menurut Tan, sebilangan pelanggan tidak menyimpan wang di bank dan lebih suka memakai barangan kemas yang mudah digadaikan atau dijual apabila timbul keperluannya.

Walaupun kerajaan membenarkan kedai pajak gadai beroperasi semasa fasa 2 tempoh PKP kebanyakan mereka memilih untuk menutup.

Tebus cincin

Pada awal April lalu, persatuan yang mewakili kedai pajak gadai bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembayaran selama tiga bulan.

Pajaking adalah antara kedai yang mematuhi lanjutan tiga bulan itu.

Ada juga pelanggan yang memberitahu Malaysiakini bahawa mereka bimbang kehilangan barang yang digadaikan dan memutuskan untuk datang menebusnya.

Seorang pelanggan, yang tidak mahu dikenali, berkata, dia menggadaikan cincinnya dan tarikh akhir tebus adalah pada 1 April. Dia mahu menyelesaikan pinjamannya hari ini dan menebus cincinnya.

"Saya kerja menghantar barangan dan dibenarkan kerja semasa tempoh PKP. Jadi saya mampu bayar balik pinjaman," katanya. - Malaysiakini

Seorang pelanggan lain bekata tempoh gadaiannya sudah luput dan dia datang untuk membayar bunga serta memohon lanjutan untuk mengelakkan barangannya dirampas. Dia tidak menyedari tentang lanjutan tiga bulan yang diberikan itu.

Rakyat keliru

Sementara itu, Tan berkata bahawa dia tidak menyedari bahawa industri pajak gadai bukan termasuk sektor yang dibenarkan beroperasi mengikut peraturan kerajaan negeri Selangor.

Peraturan itu dimuat naik di laman web Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada jam 10 malam tadi.

Tan bukannya keseorangan. Banyak perniagaan lain yang tidak termasuk dalam senarai Amirudin dibuka hari ini. - Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/kedai-pajak-gadai-jadi-tumpuan-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Orang Ramai Berbaris Di Kedai Pajak Gadai Undang Sebak Warganet

Foto Orang Ramai Berbaris Di Kedai Pajak Gadai Undang Sebak Warganet

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 489 hits
Selepas kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan setelah 46 hari melaksanakan langkah pencegahan tersebut untuk membendung wabak pandemik Covid 19 orang ramai mula dilihat keluar dari rumah untuk menjalankan urusan harian mereka Na...
Hai Makcik Kiah Pun Berbaris Kat Kedai Pajak Gadai

Hai Makcik Kiah Pun Berbaris Kat Kedai Pajak Gadai

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 708 hits
Beratur panjang di kedai pajak gadai Ingatkan kat kedai no ekor je berbaris jarak 1 meter Mungkinkah Mak Cik Kiah atau Pak Salleh berada dalam kalangan yang berbaris itu Apa yang penting kerajaan Melayu Islam tanpa DAP Makcik Kiah pasai apa...
Ramai Ke Pajak Gadai Selesai Urusan Tertangguh Kata Persatuan

Ramai Ke Pajak Gadai Selesai Urusan Tertangguh Kata Persatuan

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 387 hits
Tiada yang luar biasa tentang kunjungan ramai pelanggan ke beberapa premis pajak gadai semalam dan hari ini dengan Persatuan Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia menganggapnya sebagai rutin biasa Presiden persatuan Tan Ho Keng berkata pelanggan ...
Pajak Gadai Sesak Mana Fakta Presiden Pkr

Pajak Gadai Sesak Mana Fakta Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 291 hits
Pajak Gadai Pandangan Presiden PKR dipertikai KEMAMAN Presiden Parti KeADILan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim ditempelak kerana bercakap mengenai pajak gadai sesak ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tanpa fakta jelas Pengerusi Jawa...
Pajak Gadai Bukan Islam Caj Riba Kepada Pelanggan

Pajak Gadai Bukan Islam Caj Riba Kepada Pelanggan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 399 hits
BANGI 13 Ramadan 1441H Rabu Premis pajak gadai milik bukan Islam telah mengenakan cas riba kepada pelanggan kata Naib Pengerusi Majlis Ulama Islam ISMA Ustaz Mohd Suhail Mohd Sufian Berdasarkan Akta Pajak Gadai 1972 undang undang menetapkan...
Pajak Gadai Emas Dalam Islam

Pajak Gadai Emas Dalam Islam

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 1183 hits
Pajak Gadai Emas Dalam IslamBagi yang ada emas tak kisah la gelang rantai cincin goldbar ke asalkan emas tulen boleh gadai Inilah kelebihan yang ada emas Nilainya tak beku Emas kita wujud dan kita kontrol 100 Kalau simpan duit untuk investm...
Pakej Ransangan Lesu Pakej Pajak Gadai Ambil Alih

Pakej Ransangan Lesu Pakej Pajak Gadai Ambil Alih

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 302 hits
Via WhatsApp Selama 2 bulan rakyat disajikan dengan pakej prihatin dan ikan patin Pak Din yang konon berjumlah RM250 bilion Semua orang sudah tahu angka RM250 bilion itu adalah auta Kerajaan cuma sediakan RM25 bilion Daripada peruntukan RM2...
Pajak Gadai Diserbu Realiti Kemiskinan Beralihlah

Pajak Gadai Diserbu Realiti Kemiskinan Beralihlah

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 328 hits
Orang ramai sedang beratur panjang di kedai pajak gadai selepas dibenarkan beroperasi Sikit Tazkirah Ekonomi Terharu melihat pajak gadai diserbu Syahir SulaimanRAMAI yang terkejut dan terharu melihat fenomena yang berlaku pada hari pertama ...
Pu Rahmat Rasa Sayu Lihat Orang Ramai Ke Kedai Pajak Demi Teruskan Kehidupan

Pu Rahmat Rasa Sayu Lihat Orang Ramai Ke Kedai Pajak Demi Teruskan Kehidupan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 385 hits
Pendakwah bebas PU Rahmat rasa tersentuh apabila melihat beberapa gambar orang ramai sedang beratur panjang yang tular di media sosial untuk memajak barangan peribadi demi mencari wang bagi meneruskan kehidupan mereka Perkongsian itu telah ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp