Foto Orang Ramai Berbaris Di Kedai Pajak Gadai Undang Sebak Warganet
Selepas kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah 46 hari melaksanakan langkah pencegahan tersebut untuk membendung wabak pandemik Covid-19, orang ramai mula dilihat keluar dari rumah untuk menjalankan urusan harian mereka.
Namun begitu, terdapat beberapa foto yang berlegar di media sosial yang memaparkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkara tersebut telah menimbulkan beberapa pandangan orang ramai mengenai nasib mereka yang berbaris itu. Apa tidaknya, ada yang berpendapat bahawa berkemungkinan mereka itu memerlukan wang untuk menyara kehidupan.
Menjengah ke laman Twitter, terdapat beberapa warganet yang berkongsikan suasana di pelbagai tempat yang menunjukkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai.
Perkongsian warganet kebanyakannya telah mengundang pelbagai reaksi sedih.
Sedihnya lalu pekan Rawang tadi, ramainya beratur depan Ar Rahnu & Pajak Gadai.
Tak pernah nampak keadaan macam tu sebelum ni
— ᏦujᎥᎬ (@kujie) May 4, 2020
Sedih je tengok orang beratur panjang kat kedai pajak gadai.
Harap harap tak gadai barang kemas kahwin. 😢 pic.twitter.com/ZaNYYNpvVz
— Friends of Joni (@_joni_joni_joni) May 4, 2020
Bagi sesetengah daripada kita, PKP ini mungkin tidak banyak memberi kesan daripada segi kewangan kepada kita kerana ada sebahagian majikan yang membenarkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah dan secara tidak langsung, gaji tidak dipotong dan dibekukan.
Namun bagi mereka yang bekerja sendiri dan mengharapkan gaji harian pula, mata pencarian mereka ini mungkin telah terganggu berikutan daripada pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.
Ramai ramai beratur kt pajak gadai bukan suka suka tp terpaksa. Itu yg ada benda nak digadai. Yang takda 😔
— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) May 4, 2020
Disebabkan oleh itu, hari ini di media sosial dapat dilihat dibanjiri dengan foto anggapan warganet berkenaan orang ramai yang dikatakan terkesan dan memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
Sumpah sedih bila tengok gambar orang beratur dekat kedai pajak gadai. Ramai yang terdesak sampai terpaksa gadai barang kemas sendiri 😔😭 haish pic.twitter.com/ovNJ6KloV1
— MIGRAINE BUKAN MANUSIA (@IniAlannn) May 4, 2020
Mungkin ada diantara mereka ini yang terpaksa menggadai barang kemas pusaka mahupun barang kemas hasil hantaran daripada perkahwinan mereka. Pun begitu, perkara tersebut tidak dapat dipastikan. Ini kerana mungkin juga ada diantara mereka yang mahu menebus barang kemas dan bukanlah memajaknya.
Pemandangan paling sedih setakat ini.
Kali pertama saya jejak kaki kedai pajak adalah masa nak posting ke Johor. Mak saya suruh gadai rantai pusaka dia. Berjurai air mata dr rumah sampai la dlm perjalanan.
(Cont)@NoorAminAhmad pic.twitter.com/DMPcm26Mow
— Keyboard Gangster (@_shamseng_) May 4, 2020
People queuing up in front of pawn shop. pic.twitter.com/KB7UB9QOkE
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) May 4, 2020
Assalammualaikum dan apa khabar semua… 4 Mei 2020 kerajaan melonggarkan PKP . Rakyat terus ke kedai pajak gadai… wallahualam pic.twitter.com/HN5tYwlIL4
— amir aziz melaka (@world6388yahoo) May 4, 2020
Sehubungan dengan itu, kita sentiasalah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan marilah kita bersama-sama berdoa agar wabak virus yang diturunkan ini dapat berakhir dalam masa yang singkat supaya orang ramai yang berada dalam kesusahan susulan daripada penularan wabak virus ini dapat mencari rezeki semula demi meneruskan kelangsungan hidup.
Sedihlah tgk timeline pic org beratur kedai pajak gadai. And I’m complaining about workload, back pain & cannot meet deadline. I should be bersyukur instead😔.
— kopi ais (@nh_no23) May 4, 2020
Sumber: Twitter
The post (Video) Foto Orang Ramai Berbaris Di Kedai Pajak Gadai Undang Sebak Warganet appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/05/04/video-foto-orang-ramai-berbaris-di-kedai-pajak-gadai-undang-sebak-warganet/