Apa Yang Menarik Di Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kotaraya Kuala Lumpur sememangnya mempunyai pelbagai lokasi dan produk menarik yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ibu kota Malaysia ini merupakan salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. Kali ini, aku nak kongsikan dengan anda beberapa perkara atau lokasi menarik yang anda boleh lawati. Mungkin ada yang belum tahu tentang apa yang aku nak kongsikan ini.
ROYAL MALAYSIA POLICE MUSEUM
Artikel Berkaitan : [ Apa Yang Ada di Muzium Polis Diraja Malaysia? ]
Ramai sebenarnya yang masih belum tahu tentang kewujudan muzium yang menempatkan pelbagai khazanah dan juga sejarah bagi badan beruniform Polis Diraja Malaysia ini. Lokasi yang berdekatan dengan Masjid Negara, muzium ini menempatkan pelbagai sejarah kepolisan di negara kita yang bermula sejak zaman kesultanan melayu Melaka sehinggalah kini
Antara Koleksi dan Pameran di Muzium ini.
Menempatkan tiga galeri berasingan dan juga pameran luar, sememangnya pengunjung yang datang pasti akan terpukau dan juga berasa bangga dengan Polis Diraja Malaysia. Yang lebih menarik adalah tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Muzium Polis Diraja Malaysia ini
LOKASI :
HAUNTU MALAYSIA KL
Rasai pengalaman seram yang unik dan 'asli' dengan Hauntu Malaysia KL. Salah satu tarikan terbaru di Kuala Lumpur, Hauntu merupakan gabungan teater, 'role play' dan penceritaan yang memberikan pengunjung pengalaman baru yang belum pernah ada di Kuala Lumpur
Pengunjung dapat merasai pengalaman seperti memasuki ke sebuah filem seram apabila dapat berinteraksi dengan pelakon, juga menyelesaikan cerita yang berkisarkan tentang sebuah hotel. Hauntu ini dibuka setiap hari, dengan hanya tiket berharga RM58 seorang sahaja
LOKASI :
KWAI CHAI HONG
Kwai Chai Hong pastinya merupakan lokasi yang akan digemari oleh mereka yang suka bergambar kerana lokasi ini sangat 'insta-worthy'. Mempunyai pelbagai hasil seni yang menarik dan menggambarkan kehidupan masyarakat di sini
Antara yang menarik di sini
Lebih menarik lagi, setiap mural yang dihasilkan disertakan dengan QR Code dan anda hanya perlu scan sahaja QR Code tersebut untuk mengetahui kisah disebalik lukisan tersebut. Lokasi Kwai Chai Hong berdekatan sahaja dengan MRT Pasar Seni
LOKASI :
BINGKA KL
Siapa yang sukakan hasil seni yang lain daripada yang lain? Bingka KL merupakan satu syarikat yang menghasilkan produk dengan hasil seni yang bercirikan Malaysia! Bermula pada Disember 2015, Bingka KL mengetengahkan seni Malaysia melalui produk yang dihasilkan melalui Silkscreen Process
Kepada yang berminat untuk menempah dan juga membeli barangan hasil daripada Bingka KL bolehlah mengunjungi laman web mereka iaitu https://www.bingka.my/.
CRAZE POP
Crazepop merupakan satu studio yang menghasilkan cake pop terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Bermula pada tahun 2011 oleh Nurliza Mohd Jonis, Crazepop menawarkan pelbagai jenis cake pops, cakesicles, baked donuts dan pelbagai lagi mengikut citarasa pelanggan
Nurliza juga membuat kelas mengajar cara pembuatan cake pop ini. Kepada mereka yang berminat untuk menempah cake pop atau sebagainya, anda bolehlah menghubungi Whatsapp : 019 -334 8010 dan boleh melihat pelbagai hasil seni yang lain di laman Instagram mereka iaitu www.instagram.com/crazepop/
LOKASI :
Credit picture to tripsavvy.com
#KualaLumpur4All #GayaTravel #VisitKL #AboutKL #VisitMalaysia2020 #VM2020
Artikel ini dihasilkan dari program Kuala Lumpur For All! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 24 hingga 26 Ogos 2019 anjuran Kuala Lumpur Tourism Bureau dan Gaya Travel Magazine .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/11/apa-yang-menarik-di-kuala-lumpur.html