Kuala Lumpur New Street Art At Kwai Chai Hong


New street art at Kwai Chai Hong | Di Kuala Lumpur ada beberapa bangunan lama yang berusia ratusan tahun. Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan beberapa lagi menjadi destinasi wajib pelancong asing terutamanya dari barat. Namun adakah itu sahaja yang kita miliki?
Kuala Lumpur banyak menyimpan sejarah. Lebih seratus tahun dahulu ramai orang China datang ke tanah bertuah ini untuk menjadi pelombong bijih timah. Mereka berhijrah ke bumi bertuah ini kerana waktu itu mereka dilanda kemiskinan dan masalah kecanduan di negara asal. Datangnya mereka membawa sekali agama dan budaya. Populasi ketika itu didominasi lelaki dari puak Kantonis dan Hakka, anak isteri ditinggalkan di kampung halaman. Tinggi cabaran yang mereka hadapi ketika memulakan kehidupan di negara asing, dengan tak berduitnya...ditindas.. diperas.. gangguan penyakit... sakit kerana tak cukup zat dan sebagainya. Life was tough back then

Kalau kita lihat gambar lama dan membaca cerita mengenai Kuala Lumpur dahulu kala sudah pasti kita dapat membayangkan bagaimana keadaannya. Selain daripada itu filem lama juga banyak membantu kita mendalami suasana ketika itu. Untuk lawatan berjalan kaki secara berpandu boleh ikuti Kuala Lumpur Free Heritage, Culture and Nature Guided Walk


Bangunan sebelum perang dunia di China townSiapa yang tak tahu Jalan Petaling (Petaling Street) yang terkenal sebagai tempat untuk membeli barangan tiruan dengan harga Yahudi. Situlah tumpuan pelancong selain Pasar Seni membawa ke Straits Trading Building, Masjid Jamek dan sekitarnya. Ramai yang hanya makan dan berbelanja di sana sedangkan di satu lorong ada seni jalanan yang menarik

Selepas hampir seratus tahun berlalu, sedikit demi sedikit bangunan sejarah semakin terpinggir malah ada yang hilang. Di China town KL, Lorong Panggung telah ditransformasikan menjadi sebuah hasil seni agar sejarahnya tidak hilang ditelan zaman. Kwai Chai Hong, lokasinya bebetul di belakang Four Points by Sheraton yang belum siap lagi tu.



Mungkin ada yang nak tahu mengapa diberikan nama Lorong/Jalan Panggung? kerana... dahulunya jalan ini membawa ke panggung wayang

Usaha lima pelabur mengkaji sejarah tempat ini, membeli bangunan lama dan memajukannya harus dipuji. Dengan bajet persendirian sebesar RM1.6 juta, ini bukan sikit punya pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga. Bangunan di Lorong Panggung ini telah wujud sejak 1884 dan 1906 lagi iaitu sebelum perang dunia pertama. Sebelum 1884 semua bangunan di sini diperbuat daripada kayu dan dijadikan kawasan penempatan manusia. Jika diperhatikan kedai-kedai di sini tiada kaki lima. Ada empat kedai yang menghadap belakang kedai lain

Pekan Cina ini dahulunya dipanggil Chee Chong Kai kerana di sini ada kilang ubi kayu. Para petani dan pemborong akan membawa ubi ke sini untuk diproses dijadikan tepung. Peneroka dari Cina yang datang ke Nam Yong (Malaya) akan memilih tempat yang ramai kaum sebangsa mereka jadi berkumpullah mereka di Chee Chong Kai ini.


Kwai Chai Hong tapi tiada hantuBagaimana pula boleh dapat nama Kwai Chai Hong ni? Kwai kan bermaksud hantu?

Takde hantu pun... biasalah orang mulut tua tua dedulu yang jaga bebudak kecil yang nakal...

Jahat macam hantu!
Anak hantu!
Eh kau pergilah situ.. ada hantu!

hahahaa... ni zaman sekehlogi.


Untuk memasuki lorong belakang ini kita akan melalui satu pintu gerbang dan jambatan kayu. Sengaja dibina arch so that people will notice it. Menarik juga sebab ada pokok buluh dan tanglung di situ, ada lah feel masuk chinatown. Tiles yang dipasang pada pintu gerbang itu pun diambil dari bangunan lama yang runtuh.


Owh.. sebenarnya bila kita masuk dari Jalan Panggung sudah ada satu mural besar hasil kerja seorang artis Rusia. Nampak sama seperti yang di Pulau Pinang atau Ipoh tu. Di jambatan Kwai Chai Hong tu ada gambar pasangan yang sedang dating. Jika nak tahu apa yang diperbualkan sila scan QR code di sebelahnya. Gaya bahasanya macam di tahun 60an sangat.


Model @fredofs
Di situ juga ada satu tiang lampu yang lebih seratus tahun usianya. Tiangnya diperbuat daripada cast iron cuma bahagian bawah sahaja baharu supaya ia berfungsi semula. Dah tak boleh guna wiring lama tu... nak repair kosnya tinggi dan melibatkan yang lain. Bermula 1904 lampu-lampu jalan di Jalan Petaling telah ditukar dari lampu minyak tanah kepada berkuasa elektrik.

Kemudian ada gambar kanak-kanak bermain guli. Selepasnya lukisan seorang tukang tulis surat. Pada zaman itu tukang tulis surat ialah seorang yang berpelajaran kerana dia boleh menulis dan membaca berbanding dengan ramai lagi yang buta huruf. Servisnya sangat diperlukan untuk menghantar berita ke tanah air di China. Bahasa yang digunakan sangat halus sama seperti kita dahulu yang menghantar surat berkanda dinda 😁. Bila sampai ke penerima, mereka juga memerlukan khidmat orang lain untuk membacanya. Beruntunglah jika si pembaca tu jujur tapi kalau sebaliknya, nasiblah.

Jika dalam surat dari Malaya tu berbunyi, "saya sunyi di sini dan akan berkahwin lain"
tapi si pembaca berasa simpati dan menyampaikan, "saya tahu awak sunyi di sana tapi berharap tunggu kepulangan saya" hahahaa... mereputlah kau.





Kedatangan ramai lelaki dari negara asing ini telah membuka satu jenis 'pekerjaan' lain. Pelacuran menjadi lumrah ketika itu malah sekarang pun masih wujud di China town dan di kawasan lain juga. Ini digambarkan dengan wanita yang sedang melambai memanggil pelanggan dengan sapu tangan. 
Aku rasa tempat ini menarik untuk selfie dan makan-makan kerana ada restoran hispter di situ. Jika rajin berjalan sebenarnya ada lagi mural di jalan menghala ke monorel dan di tebing sungai berhadapan LRT Pasar Seni.

Kwai Chai Hong, another interesting place in Kuala Lumpur which is #dekatje . Jika anda dari Chow Kit atau Bukit Bintang, anda juga boleh menggunakan monorel dan turun di Stesen Maharajalela.

























© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/11/kuala-lumpur-new-street-art-at-kwai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Magical Christmas Fabulous New Year Delights At Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

A Magical Christmas Fabulous New Year Delights At Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 428 hits
Hari Natal 2019 bakal tiba tak lama lagi Untuk article kali ni saya nak kongsikan kegembiraan bersama korang tentang tawaran menarik sempena Krismas dan Tahun Baru dari Hotel terkemuka Terletak di tengah tengah Kuala Lumpur iaitu Sheraton I...
Wni Meninggal Saat Mengantre Urus Paspor Di Kbri Kuala Lumpur

Wni Meninggal Saat Mengantre Urus Paspor Di Kbri Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 311 hits
KBRI Kuala Lumpur langsung menghubungi Polis Diraja Malaysia dan ambulans Petugas medis yang datang melakukan pemeriksaan dan memastikan dia sudah meninggal
Kbri Kuala Lumpur Wni Meninggal Saat Antre Paspor Punya Penyakit Jantung Kronis

Kbri Kuala Lumpur Wni Meninggal Saat Antre Paspor Punya Penyakit Jantung Kronis

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 248 hits
Tolong dipahami almarhum meninggal karena penyakit jantung kronis kata Fungsi Penerangan dan Sosial Budaya KBRI Kuala Lumpur Yusron B Ambary kepada Liputan6 com Jumat
Lokasi Parking Motor Di Pusat Beli Belah Mid Valley Kuala Lumpur

Lokasi Parking Motor Di Pusat Beli Belah Mid Valley Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 1455 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan sekalian Alhamdulillah hari ini aku nak kongsi satu cerita dan mungkin sedikit panduan yang berguna buat mereka yang menggunakan motor dalam kehidupan seharian iaitu berkenaan dimana...
Teman Suami Ke Klinik Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur

Teman Suami Ke Klinik Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 468 hits
TEMAN SUAMI KE KLINIK NEUROSURGERI HOSPITAL KUALA LUMPUR Sepatutnya appointment lagi 8 bulan tapi sebab ada perkara yang buat Is nak jumpa Pakar Neuro maka kami minta appointment lain Sampai awal Is dapat nombor giliran yang pertama Alhamdu...
Myhealth Retreat Di Kuala Lumpur Dari 13 15 Disember 2019

Myhealth Retreat Di Kuala Lumpur Dari 13 15 Disember 2019

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 384 hits
Hello pembaca kesayangan Imej dari googleKebanyakan dari kita ada masalah menurunkan berat badan kan Ataupun jika ada yang berjaya menurunkan berat badan cabaran seterusnya adalah mengekalkan berat badan Masalah berat badan yang selalu yo y...
4 Tempat Korang Boleh Beli Funko Pop Di Kuala Lumpur

4 Tempat Korang Boleh Beli Funko Pop Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 710 hits
Uncle suka kumpul Funko Pop Pada yang tak tahu Funko Pop adalah keluaran Funko Inc sebuah syarikat Amerika yang mengeluarkan koleksi pop budaya berlesen yang terkenal dengan patung patung vinil yang berlesen dan bobbleheads Di samping itu F...
Best Western Food To Try In Kuala Lumpur

Best Western Food To Try In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 1447 hits
Best Western Food To Try in Kuala Lumpur Kuala Lumpur syurga makanan Itu 3 patah kata yang MF boleh gambarkan dengan Kuala Lumpur Kenapa Dengan pengalaman 5 tahun di Kuala Lumpur cukup bermakna untuk katakan memang seronok dok di KL sebab t...
Legenda Kuala Lumpur Kongsi Nikmat Selaku Juara Piala Malaysia Tiga Tahun Berturut Turut

Legenda Kuala Lumpur Kongsi Nikmat Selaku Juara Piala Malaysia Tiga Tahun Berturut Turut

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 681 hits
Menang Piala Malaysia dalam masa tiga tahun berturut turut kita rasa satu benda yang luar biasa rasa macam Malaysia ni kita yang punya Itulah gambaran perasaan bekas pemain Kuala Lumpur Subardron Abdul Aziz yang menyifatkan trofi Piala Mala...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik