Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras


Ayamas, Cik iena yakin ramai yang mengenai jenama Legend ini. Tapi disini Cik iena ingin berkongsi pengalaman Cik iena bersama teman teman makan malam di salah sebuah Kedai Ayamas di Taman Suntex Cheras. Walaupun dunia sedang hangat dilanda pandemic covid namun kehidupan seharian perlu ditersukan
 
  Cik iena memang work from home jadi bila dah lama work from home agak bosan juga. Sekali sekala Cik iena ajak kawan-kawan pergi beriadah atau makan namun masih mengikup SOP ya. Kalau terperap dirumah pun boleh menyebabkan kemurungan kan lagi lagi yang tinggal bujang seperti Cik iena dan rakan-rakan pejabat
 Jadi baru-baru ini Cik iena bersama rakap pejabat keluar makan malam di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras. Lokasi restoran terletak berdekatan MRT Taman Suntek menjadikan ianya sangat mudah diaksess oleh sesiapa sahaja walaupun pengguna kenderaan awam
 Sebelum Cik iena kongsikan pengalaman makan malam di Kedai Ayamas taman Suntek, Cik iena ceritakan terlebih dahulu mengenai Kedai Ayamas


KEDAI AYAMASKedai Ayamas merupakan kedai berkonsep moden yang menjual produk-produk berasaskan ayam yang mana ianya dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat kepada KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan juga anak syarikat milik penuh Johor Corporation
  Kedai Ayamas  adalah kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang  lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. Dengan tagline "More Than Just Chicken", KEDAI AYAMAS juga menawarkan pelanggan produk makanan “Ready-To-Eat” seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman. 
 
Kedai Ayamas menekankan 3 aspek utama iaitu 3H iaitu “Healthy, Hygenic and Halal”.Untuk pengetahuan , terdapat 61 rangkaian Kedai Ayamas di seluruh negara yang terdiri daripada 33 kedai yang dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan 28 kedai yang dikendalikan oleh Pemegang Lesen melalui Program Perlesenan KEDAI AYAMAS
 
Produk-produk  Ayamas dibekalkan dari kilang yang telah mendapat akreditasi jabatan veterinary dan Kedai Ayamas sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal JAKIM. Produk Ayamas dijamin halal oleh JAKIM dan mematuhi keperluan badan statutori dan undang-undang Malaysia. Ayam panggang ayamas diperap daripada bahan-bahan segar,berkualiti dan semestinya di jamin HALAL dan TOYIBBA sejak 1988 lagi

 Selain Kedai Ayamas, mereka juga terlibat dalam aktiviti perniagaan borong dengan pembekalan ayam segar dan produk sejuk beku HALAL kepada pengedar dan kedai makanan dan minuman lain di seluruh Malaysia



KONSEP KEDAI AYAMAS1. KEDAI - menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.
2. KIOS - menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih fokus pada bawa pulang.
3. RESTORAN - menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan direstoran.



Makan di Kedai Ayamas bersama Teman di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Lokasi Kedai Ayamas Taman Suntex terletak berdekatan MRT Taman Suntek .Lokasi ini amat mudah untuk diakses oleh sesiapa sahaja mahupun and ayang menaiki kenderaan awam. Daripada MRT Taman Suntex anda hanya perlu jalan kaki untuk ke Kedai Ayamas Taman Suntek
 
  Bagi anda yang menaiki kenderaan sendiri pula terdapat banyak parking dikawasan Kedai Ayamas. Semasa kehadiran Cik iena Cik iena parking betul betul hadapan kedai. Dua lagi sahabat Cik iena datang ke sini menariki MRT
  Sebelum Cik iena kongsikan antara menu yang Cik iena cuba Cik iena ceritakan terlebih dahulu menu-menu utama di Kedai Ayamas




MENU UTAMA DI KEDAI AYAMAS Ayam panggang Kedai Ayamas merupakan tarikan utama yang didatangkan dengan tiga rasa yang unik. Terdapat 3 jenis pilihan ayam panggang iaitu ‘Golden, Pepper dan Percik”


Golden- rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu
Ayam Panggang Golden
Pepper- diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat
Ayam Panggang Pepper
Percik- Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.


Ayam Panggang Percik



KEUNIKAN AYAM PANGGANG KEDAI AYAMAS Ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga. Kualitinya terjamin serta pastinya Halal dan Toyibba


Ayam Panggang Golden, Pepper dan Percik
HIDANGAN LAIN DI AYAMAS Kedai Ayamas juga menyediakan ayam panggang secara berkala (LIMITED TIME OFFER) untuk jangka masa tertentu. Jadi anda dapat merasai pelbagai jenis rasa istimewa ayam panggang. Selain itu Kedai Ayamas juga menyediakan pelbagai aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sausage, nugget dan burger, dan lain lain produk yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga 
Nikmati Keenakan Ayam Panggang  di Kedai Ayamas

Antara menu yang Cik iena dan rakan rakan cuba di Kedai Ayamas Taman Suntex adalah Ayam panggang Golden, pepper dan percik. Selain itu kami juga mencuba menu lain seperti topinos, muffin, mini pie, sardin rools, curry puff, ayam goreng dan biskut mentega.


Antara menu yang Cik iena makan bersama teman teman di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
  Ayam panggang Golden , Pepper dan PErcik masing masing mempunyai keunikan rasa yang tersendiri. Walaubagaimanapun ketiga tiga jenis ayam panggang ini sememangnya sedap berasa dan juicy. Memang terasa perapan ayam tersebut
 
Dinner bersama teman teman di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
  Antara ketiga jenis ayam panggan ini, Ayam panggang yang menjuarai carta top hati Cik iena adalah ayam panggang percik.  Untuk Adik Cik iena iaitu Deqnor dan juga rakan pejabat Cik iena iaitu naja, masing masing mempunyai citarasa yang sama seperti Cik iena dengan memilih Percik sebagai perasa ayam panggang pilihan kami. Berbeza dengan rakan pejabat Cik iena iaitu Zai, beliau lebih menggemari Ayam panggang Golden
 
Dinner bersama teman di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras

Jadi anda bagaimana pula? setiap orang pasti mempunyai citarasa yang berbeza namun ketiga tiga jenis ayam pannggan ini sememangnya sangat sedap dan juicy. Tekstur ayam yang lembut walaupun dibahagian isi tetap rasa perapan ayam tersebut
 
Ayam Goreng Kedai Ayamas yang sedap, rangup, juicy,lembut dan pedas
  Selain daripada ayam panggang, Ayam goreng Kedai ayamas juga sedap, rangup garing dan pedas. Sememangnya menepati citarasa orang Malaysia yang sukakan pedas.

Antara menu lain yang Cik iena gemari juga adalah topinos yang dijual disini. Cik iena yakin dan pasti penggemar cheese pasti akan suka topinos. Tidak terlepas juga sardin rolls disini juga sedap beserta muffin serta mini pie. Curry puff disini juga tidak kurang hebatnya lagi sedap jika dijamu ketika masih panas. Biskut mentega yang di jual di Kedai Ayamas ini juga sangat sedap, Cik iena sendiri sempat beli untuk bawa pulang


Curry Puff dan sardin rolls

Mini Pie, Muffin dan Topinos
 Untuk pengetahuan menu menu yang ditawarkan disetiap cawangan Kedai Ayamas adalah berbeza mengikut lokasi berdasarkan permintaan pelanggan. Di Kedai Ayamas Taman Suntek tidak terdapat menu Western seperti Kedai Ayamas lain. Nampaknya lepas ni Cik iena perlu ke Kedai Ayamas lain untuk menikmati hidangan western dari Kedai Ayamas yang dikabarkan sedap oleh rakan-rakan Cik iena yang pernah mengunjungi Kedai Ayamas
 
Biskut mentega dari kedai Ayamas yang wajib anda beli kerana ianya sememangnya sedap.
 


SET MEAL FOR 1
  Secara keseluruhannya pengalaman makan malam di Kedai Ayamas taman Suntek memang menyeronokkan, disamping menikmati aneka hidangan yang lazat. Staff disini juga peramah dan tidak sombong untuk menjawab pertanyaan pertanyaan Cik iena mengenai Kedai mereka.  Berikut Cik iena kongsikan gambar menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras yang sempat Cik iena ambil
 


Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras

Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras

Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras





 

Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras

  
Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras


Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras 
 
Bukan setakat makan malam di Kedai Ayamas Cik iena juga sempat membeli makanan sejuk beku dan biskut mentega dari Kedai Ayamas . Cik iena memang suka beli makanan sejuk beku kerana penyediaannya sangat mudah. Bila sibuk masak Cik eina akan sarapan makanan sejuk beku saha. Mudah sahaja hanya masuk dalam air fyer dan cik iena boleh sambung kerja . bila dah berbunyi ceketing dah boleh makan
 
  Sepanjang keberadaan Cik iena disana cik iena dapati sangat ramai pelanggan yang walk in untuk take away ayam panggang Ayamas. Rider rider penghantaran makanan juga kerap masuk ke Kedai Ayamas. Dalam keadaan sekarang sangat ramai yang membuat pilihan untuk membuat pesanan melalui Grab mahupun food panda. 






VLOG DINNER BERSAMA TEMAN DI KEDAI AYAMAS TAMAN SUNTEK CHERAS




 
PROMOSI DI KEDAI AYAMAS“15th and 30th offer” menawarkan harga Diskaun istimewa untuk Ayam Panggang . RM24.90 untuk Golden and Pepper Roaster manakala RM25.90 bagi percik roaster
Promosi “Thursday special” bermula dengan harga RM15.50 bagi 1 set hidangan lengkap
Promosi sepanjang hari seperti “Set Jimat” yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM11.50 sahaja

KHIDMAT PENGHANTARANSelain menawarkan makanan di restoran, Kedai Ayamas juga menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui grab food dan food panda
KEDAI AYAMAS BRINGBACKMEMORIES & MAKANSAMASAMA CAIMPAIGN 




Kedai Ayamas telah berada di pasaran lebih 30tahun. Bermula dengan hanya menghidangkan 1 menu iaitu Golden  Roaster, kini terdapat 2 lagi pilihan rasa ayam panggang yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia iaitu Pepper Roaster & Percik Roaster.  Kedai Ayamas juga kini menawarkan pelbagai variasi menu yang sesuai dengan permintaan semasa seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal) &  snackers ( sardine roll & chicken pie ).   

 

Selama lebih 30 tahun ini, pasti pelbagai kenangan anda bersama Kedai Ayamas. Terus mencipta kenangan bersama Kedai Ayamas dengan kongsikan gambar anda menikmati hidangan Kedai Ayamas dan hashtag #bringbackmemories #makansamasama. 2 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen akan berlansung selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020. 

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN KEDAI AYAMASSelain dari perkhidmatan-perkhidmatan diatas Kedai Ayamas juga mempunyai perkhidmatan lain iaitu  Penjualan secara borong dan Francise.

Bagi anda yang berminat untuk mengambil barangan secara borong dari Kedai Ayamas Sila hubungi talian berikut untuk maklumat lanjut berkaitan belian secara borong. Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Mr Hisham-+60 19-323 0478Mr Ricky- +60 12-387 4133Mr Ganesh- +60 19-371 5121Mr Khairudin - +60 19-277 1785 Puan Khadijah - +60 19-661 6159FRANCISE juga merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan.KEDAI AYAMAS sememangnya berdaftar dengan KPDNHEP sebagai pemberi Francais di bawah nama KEDAI AYAMAS. Kepada anda yang berminat sila hubungi talian dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Francais KEDAI AYAMAS
 Mr Iswazi - +60 19-267 6200Mr Zulhilmi - +60 13-393 2465
Untuk maklumat lanjut mengenai Kkedai Ayamas Ikuti mereka di FB , INSTAGRAM & YOUTUBE 
Website : www.kedaiayamas.my/
Facebook : Kedai Ayamas -Ayamas RoastersInstagram : @kedai_ayamasYoutube : Kedai Ayamas Roasters




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2020/11/kedai-ayamas-taman-suntek-cheras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bring Back Memories Bersama Kedai Ayamas

Bring Back Memories Bersama Kedai Ayamas

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 534 hits
Bring Back Memories bersama Kedai AyamasAssalamualaikum Kedai Ayamas ni memang dekat betul dengan rumah Ayue Tiap kali nak ke kedai mesti akan lalu sini Tiap kali tu juga lah mesti Ayue teringat memori dengan arwah ayah Ayue masa kecil dulu...
Jom Makan Sama Sama Di Kedai Ayamas

Jom Makan Sama Sama Di Kedai Ayamas

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 516 hits
Jom Makan Sama Sama Di Kedai Ayamas Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Dah lama rasanya tak makan ayam panggang dekat KEDAI AYAMAS Sebab teringin nak makan jadi Momi carilah cawangan KEDAI AYAMAS yang berada berdekatan Momi untuk dine in ...
Ekosistem Hasilkan Makanan Secara Mampan Dirintis Di Taman Tampines

Ekosistem Hasilkan Makanan Secara Mampan Dirintis Di Taman Tampines

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 190 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Majlis Bandaran Tampines melancarkan satu ekosistem bagi menghasilkan makanan secara mampan di peringkat masyarakat yang pertama di Singapura Ia termasuk kolam ternakan ikan tilapia kebun sayur sayuran bertingkat b
30 Pengusaha Bas Sekolah Bakal Tutup Kedai Rayu Bantuan Kerajaan

30 Pengusaha Bas Sekolah Bakal Tutup Kedai Rayu Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 485 hits
November 19 2020 Lebih ramai pengusaha bas sekolah dijangka tutup kedai kerana tidak dapat beroperasi susulan penutupan sekolah dan pelaksanaan PKPB di kebanyakan negeri PETALING JAYA Bermula awal tahun depan lebih ramai pengusaha bas sekol...
Kenapa Dap Tentang Pengharaman Jualan Arak Di Kedai Serbaneka Mbc

Kenapa Dap Tentang Pengharaman Jualan Arak Di Kedai Serbaneka Mbc

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR Langkah proaktif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengumumkan garis panduan baharu penjualan minuman keras harus disambut baik Pengumuman penguatkuasaan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan kedai serbaneka di Kuala ...
Kedai Repair Telefon Dan Laptop Terbaik Di Mrfix Gadget Bangi

Kedai Repair Telefon Dan Laptop Terbaik Di Mrfix Gadget Bangi

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 541 hits
Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi l Assalamualaikum Sejak PKP awal tahun ni memang anak anak belajar dari rumah je Dan cikgu cikgu pula akan mengajar melalui video call So nak tak nak memang kena bagi anak anak p...
Kedai Di Kl Tiada Masalah Larangan Jual Minuman Keras

Kedai Di Kl Tiada Masalah Larangan Jual Minuman Keras

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 414 hits
Kedai Ubat dan Pasar Mini Foh Hin di Kuchai Lama mungkin perlu menjual semua minuman keras ini pada harga murah KUALA LUMPUR Nampaknya timbul sedikit kebimbangan dalam kalangan peruncit berhubung pengumuman kedai ubat Cina runcit dan serban...
Mufti Perlis Zahirkan Kesyukuran Kerajaan Larang Penjualan Minuman Keras Di Kedai Runcit Dan Serbaneka

Mufti Perlis Zahirkan Kesyukuran Kerajaan Larang Penjualan Minuman Keras Di Kedai Runcit Dan Serbaneka

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 411 hits
KUALA LUMPUR 17 Nov Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menghalang larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka mendapat reaksi positif pelbagai pihak
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan