Kedah Tapak Perkhemahan Lengkap Di Ladang Kelulut Rumah Ndoi Ulu Legong


Tapak perkhemahan lengkap di ladang kelulut Rumah Ndoi, Ulu Legong | Halluuu.... nak sambung cerita tentang apa yang ada di Baling khususnya bisnes yang diusahakan Paklong. Kalau dah baca previous post tahulah siapa Paklong tu.


Bersemangat kami ke Rumah Ndoi nak bersarapan makan pek-nga

Pek-nga siapa punya ntah ni siap cicah madu dan susu. Aku makan gitu je... dah secukup rasa

Pagi keesokannya kami ke rumah Paklong, Rumah Ndoi, untuk bersarapan. Menu utama? Pek-nga.

Pek-nga ialah singkatan kepada tempek di belanga- lempeng tepung bercampur kelapa parut. Sedap, lemak. Disebabkan aku memang suka makanan berasaskan tepung, pek-nga memang ngam ditekak digandingkan pula dengan kopi panas pekat memikat. Fuhh...sedap baq hang! Tak sentuh pun nasi lemak dan biskut manis. Makan pula di open space atas bukit... seronok betul.

Paklong juga penternak lebah kelulut secara besar-besaran di Rumah Ndoi, 220m dari Dusun Tok Wak tempat kami makan dalam sungai tu. Dalam perjalanan hendak ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong kita akan nampak Rumah Ndoi di sebelah kiri. Kenderaan hanya boleh diparkir di bawah sahaja melainkan motor

Rumah Ndoi ini melengkapkan pakej makan dalam sungai dan riadah yang dijalankan Paklong. Kalau tak silap nak berkhemah di Dusun Tok Wak pun boleh tapi yang di Rumah Ndoi ni dah siap khemah a-la glamping yang boleh memuatkan dua orang dewasa. Nak tidur dalam hammock pun boleh, siap kelambu Paklong bagi. Nyaman sungguh camping di sini.

Yang bagusnya, tempat hammock digantung tu ada 12 plug point, dia maklum sangat yang hangpa ni nak update status terkini 😁. Yang di khemah pun ada juga. Setakat nak charge handphone memasing tak perlu bawa extension cable lagi dah



Paklong sedang menerangkan tentang hasil keluaran ladangnya

Terdapat 271 sarang kelulut di sekeliling rumah Paklong. Menurutnya, satu camca madu kelulut dikatakan bersamaan empat camca madu lebah tualang. Lebah pekerja adalah lebah betina dan ia boleh terbang sejauh 3km radius (tapi ada yang kata 200m radius je). Lebah jantan buat apa? Biasalah sembang politik kat kedai kopi eh bagi benih jerrr... sungguh, mengawan je kerjanya

Lebah kelulut yang nama saintifiknya Trigona Spp ada tiga jenis iaitu Itama Mega, Toracica dan Apicalis. Yang kami tengok dan sedut jenis Itama Mega. Kelulut tidak menyengat dan akan menghasilkan madu yang khasiatnya amat baik untuk kesihatan. Kelulut sentiasa bertelur dan menetas. Proses pembiakannya cepat tetapi seekor kelulut mempunyai jangka hayat 80 hari sahaja

Persekitaran yang sesuai untuk pembiakan kelulut ialah kawasan yang agak redup dan persekitaran ditumbuhi pokok bunga kerana tanaman berkenaan banyak nektar. Rasa madu kelulut atau tualang sangat bergantung kepada tumbuhan/nektar yang disedut. Kalau banyak buah belimbing atau mangga rasa madu akan masam


KHASIAT MADU KELULUT & BEE POLLEN
Menyedut madu terus dari sarang kelulut

Bee pollen

Madu kelulut telah diiktiraf sebagai Superfood Malaysia oleh MARDI dan Kementerian Pertanian Malaysia. 
Ia tinggi bahan antioksidan ringkas ( asid fenolik) berbanding madu tualang dan bahan ini mudah serap badan (0.5 jam hingga 1 jam), jika betul teknik pengambilannya seperti tidak memakan protein dan lemak bersama-sama madu kelulut. Antara bahan antioksidan dalam madu tualang pula adalah flavonoid. Tetapi, struktur kimianya agak besar berbanding asid fenolik dalam madu kelulut tetapi tetap akan diserap dalam badan

Paklong juga menjual bee pollen. Bagaimana bee pollen terhasil

Sewaktu lebah menghisap nektar dari bunga, serbuk sari bersama nektar dan air liur lebah terkumpul kemudian disimpan pada kantung pollen yang terdapat pada kakinya. Bee Pollen adalah unsur reproduksi jantan pada tumbuhan yang berbentuk debu halus yang berwarna kuning keemasan

Bee pollen dipercayai mengandungi zat penting seperti asam amino, vitamin, mineral, enzim, protein, karbohidrat dan lemak. Ia kerap dicadang sebagai makanan tambahan untuk menjaga dan meningkatkan stamina, mengatasi gangguan pada perut, asma, alergi serta mengurangi efek samping kemoterapi. 
Nasihat saya, walaupun hasilan lebah dikatakan makanan sunah, adalah lebih baik mendapatkan nasihat doktor sebelum memakan bee pollen. Makanan sunah ke... herba ke... ubat perlu ditentukan dosnya sebelum dimakan, sama seperti ubat yang didapati dari klinik. Wanita hamil serta menyusukan anak dan orang yang alergik terhadap madu, elakkan memakan bee pollen kerana berisiko membahayakan nyawa. Begitu juga pesakit yang memakan ubat pencair darah warfarin, kemungkinan bee pollen dapat meningkatkan risiko perdarahan. Apa apa hal pun sila rujuk kepada doktor dulu ya. Jangan kita salahkan bee pollen pula nanti sedangkan kita yang tak makan mengikut aturan. Prevention is always better than cure

Bee polen dijual RM800 sekilogram di ladang ini sedangkan harga pasarannya ialah RM2000- 3000. Murahhhh..

Madu kelulut pula dijual RM150 sekilogram di ladang. Bila dah bawa ke pameran di Kuala Lumpur ofkos jadi mahal. Jauh tau Baling-KL, kos logistik kena ambil kira

Produk jualan Paklong: kopi kampung (sedap baq hang!), kopi madu, madu kelulut dan kosmetik


Ermm...pakcik kayo Paklong ni


(Paklong) Mohd Akhir bin IsmailLadang Lebah KelulutUlu Legong09100 BalingKedah
Tel: 019 5088258Emel: [email protected]: Mohd Akhir Ismail

Next, kolam air panas Ulu Legong. Next lagi, ronda-ronda Kuala Lumpur
Next punya next, 4x4 trip di Perak

InsyaAllah

















© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/10/kedah-tapak-perkhemahan-lengkap-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Pengalaman Baru Makan Dalam Sungai Di Dusun Tok Wak Desa Sentosa Ulu Legong

Kedah Pengalaman Baru Makan Dalam Sungai Di Dusun Tok Wak Desa Sentosa Ulu Legong

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 760 hits
Pengalaman Baru makan dalam sungai di Dusun Tok Wak Desa Sentosa Ulu Legong Program South Kedah Eco Exploration anjuran Tourism Malaysia membawa kami hingga ke Sungai Petani menggunakan keretapi Tiada lagi dah koc yang boleh buka tingkap tu...
Pimpinan Mpr Akan Sambangi Rumah Sby Undang Ke Pelantikan Presiden Wapres

Pimpinan Mpr Akan Sambangi Rumah Sby Undang Ke Pelantikan Presiden Wapres

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 203 hits
Secara non formal saya sudah bertemu dengan beliau dan beliau menyatakan kesediaannya hadir kata Bamsoet
Sambangi Rumah Ma Ruf Pimpinan Mpr Sampaikan Prosesi Pelantikan

Sambangi Rumah Ma Ruf Pimpinan Mpr Sampaikan Prosesi Pelantikan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 176 hits
Sambangi Rumah Ma ruf Pimpinan MPR Sampaikan Prosesi Pelantikan Ia mengungkapkan dalam pertemuan malam ini juga untuk membahas kesiapan MPR dalam pelantikan presiden wakil presiden dari segi keamanan Selain itu juga akan memberitahukan pros...
Pemprov Dki Jakarta Akan Gandeng Swasta Bangun Rumah Dp Nol Rupiah

Pemprov Dki Jakarta Akan Gandeng Swasta Bangun Rumah Dp Nol Rupiah

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 180 hits
Anies mengatakan pihaknya belum bisa melibatkan swasta karena belum ada bukti bahwa Pemprov DKI berhasil melaksanakan program tersebut pada tahun lalu
Pks Soroti Lambatnya Rumah Dp 0 Rupiah Dan Pelayanan Warga Dki

Pks Soroti Lambatnya Rumah Dp 0 Rupiah Dan Pelayanan Warga Dki

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 182 hits
DP nol rupiah itu disegerakan dengan proses lebih cepat lagi Dan juga tentu hal hal yang kira kira mengganggu percepatan harus segera diatasi termasuk koordinasi dengan teman teman DPRD ujarnya
Wangikan Rumah Dengan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner

Wangikan Rumah Dengan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 604 hits
Wangikan Rumah Dengan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner Sejak jadi surirumah sepenuh masa ni kelam kabut dengan perihal rumah Semestinya kalau dah duduk sehari hari tak kan tergamak nak tengok lantai bukan saja kotor tapi bau yan...
Berhati Hati Di Luar Rumah

Berhati Hati Di Luar Rumah

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 293 hits
Assalamualaikum Lama tak update blog ni alhamdulillah akhirnya saya sudah habis tahun 1 di UTM Skudai Yeyy yeeyy cuti untuk 2 bulan Tanam anggur di rumah sajalah Okay kat sini sebenarnya ain nak nasihat sikit kepada awak di luar sana HATI H...
Demo Mahasiswa Di Jember Ricuh 2 Orang Dirawat Di Rumah Sakit

Demo Mahasiswa Di Jember Ricuh 2 Orang Dirawat Di Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 275 hits
Hingga berita ini diturunkan Kapolres Jember AKBP Alfian Nurrizal masih menjenguk dua orang mahasiswa yang sedang dirawat tersebut Keduanya yakni Rangga Everestiyantoro dan Latifurrahman
Kubah Masjid Terbang Dan 20 Rumah Rusak Akibat Puting Beliung Di Bogor

Kubah Masjid Terbang Dan 20 Rumah Rusak Akibat Puting Beliung Di Bogor

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 210 hits
Hujan lebat disertai angin puting beliung menerbangkan sebuah kubah masjid di Kelurahan Bubulak Kecamatan Bogor Barat Kota Bogor Selasa Puting beliung tidak hanya menerbangkan kubah masjid tetapi juga menumbangkan pohon dan menerbangkan ata...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp