Kedah Meredah Jeram White Water Rafting Di Sungai Sedim


Meredah jeram @ White water rafting di Sungai Sedim |  Bebaru ni aku berpeluang mengikuti Southern Kedah Eco Exploration yang cover kawasan Baling dan Kulim. Mestilah aku exited pasai nak kelik kampung.. last balik bulan Mac hari tu yang sangkut dalam traffic jam sampai 12 jam. Serik mak hahahah... giler betul tak pernah pernah kena cenggitu.
Kedah antara negeri yang besar juga di Malaysia ni. Gelaran lainnya, jelapang padi Malaysia. Dialek agak berbeza di antara bahagian selatan dan utara, yang di Baling bunyinya macam Pattani sket. Kedah pernah melantik Menteri Besar yang sama dua kali, Perdana Menteri asai Kedah pun memerintah dua kali malah Sultan Kedah menjadi Yang Dipertuan Agong pun dua kali... kau mampooo? haa..

Kami melawat beberapa tempat sempena kempen Visit Malaysia 2020. Diantara lokasi dan aktiviti menarik yang kami pergi/buat ialah makan dalam sungai di Dusun Tok Wak Desa Sentosa, ladang lebah kelulut di Rumah Ndoi, mandi air panas dan bermalam di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Ulu Legong Hot Spring), Tree Top Walk dan meredah jeram di Sungai Sedim. Sayangnya Tourism Malaysia tak bawa ke kedai pinggan mangkuk di pekan Baling 😃. Kedai Cina di pekan lama tu memacam ada, kau sebut je. Walaupun memasing berniaga dalam satu lot kedai je... mak ayah je mereka tak jual. Serius beb, Corelle Arcopal dan ntah apa apa lagi yang harganya lebih murah daripada Padang Besar dan Langkawi, considering kau kena bayar tambang feri pulak kan? Fuhh..kempen sangat ni

Bab Baling tu kita cerita kemudian. Ni aku nak berkisah tentang white water rafting, penyebab utama aku join trip ni


MEREDAH JERAM DI SUNGAI SEDIMKali pertama aku ke Sedim ni waktu memula Tree Top Walk (jambatan gantung) siap. Lama giler dah, belum kena tiket masuk lagi. Waktu tu memang teringin sangat nak mandi manda dan ada dengar ada aktiviti redah jeram di situ

"White water rafting" termasuk dalam kategori sukan ekstrem tetapi ia semakin popular sebagai satu aktiviti bersama teman dan keluarga. Aktiviti mendebarkan ini semakin mendapat tempat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja golongan muda tetapi yang lebih dewasa juga. Dari sudut perniagaan ia biasanya dikategorikan kepada fun rafting (basic), intermediate and upper stream. Yang kami lakukan di Sungai Sedim hari tu setakat fun je la.. asas... 900 meter je kerana kami tak cukup masa. Kalau nak buat full trip akan mengambil masa dua jam manakala yang lebih ekstrem lima jam, bermula di hulu sana. Lima jam oii...

Pada 1997 Sungai Sedim telah diiktiraf 10 terbaik dunia dalam kategori creek. Creek ni maksudnya sungai yang lebih kecil dan dangkal (bukan tempat semua dangkal ye)

Dari hulu sungai nak sampai ke Tree Top Walk tu 7km so upper stream package 9km lebih kurang. Jauh? Eleh.. bukannya jalan kaki.. ikut je arus tu dengan panduan guide berpengalaman selama tujuh tahun. Linda, guide kami tu dulunya adalah atlet kebangsaan. Untung kami. Aku lagi untung, tiga partner 'sekapal' aku pilih yang pandai berenang hehee... risaulah juga kot kot anak aku dapat mak tiri... kah! 😃
Sebelum bermula guide kami Abam Ceri ajarkan cara yang betul memakai jaket keselamatan, helmet, bagaimana untuk mengapungkan diri, cara memegang tali keselamatan, cara selamat memegang pendayung supaya tak mencederakan peserta lain, forward, backward, apa yang perlu dibuat bila guide jerit BOOM, PUMP..

Kami juga diminta untuk membuat demonstrasi cara menyelamatkan diri seperti yang diajarkan dan kena terjun dari tebing yang tingginya hanyalah dua meter dari permukaan air. Dua meter je tingginya tapi Ya Allah... kecut perut aku hahah... Masa ni terasa insaf sekejap sebab dulu masa anak-anak Set A yang masih bersekolah rendah disuruh coach terjun dari papan anjal 3 dan 5 meter mereka takut. Dah berulang-kali suruh tak buat juga aku pun pergi dekat, buntangkan mata dan buat isyarat tangan (turun!). Bila diri sendiri yang kena baru tahu bagaimana perasaannya 😂😂 Insaf mak, nak hahahah..


Abam Ceri menunjukkan cara terjun. Kalau life jacket dipasang dengan betul pasti terapung

Larat deme ni tarik aku eh? 😀

Tengok betapa gembiranya kami... best giler



Tamat meredah jeram kami kena angkat rakit getah naik ke darat. Berat weh... 
Rafting kali ni best sebab air sungai banyak. Masa buat di Gopeng dulu musim panas, jenuh jugalah pump pump pump bila raft tersangkut kat batu. Cuma tak puas sebab... baru syok melalui jeram yang agak bahaya eh, dah habis?? I recommend you to do the two hours full trip. Pasti berbaloi


TIPS SEBELUM/SEMASA MEREDAH JERAM1. Ambil tahu serba sedikit tentang white water rafting. Pengkelasan sungai adalah seperti di bawah. Sebagai beginner, sungai di Kelas 2 dan 3 paling sesuai

2. Buat sedikit latihan kecergasan seminggu dua sebelum meredah jeram sebab kita kan menggunakan banyak tenaga sewaktu berdayung. Kekuatan tangan, kaki, keupayaan bangun duduk kena test

3. Kenali karektor sungai. Selepas hujan paras sungai meningkat maka ia mungkin menjadi sangat ekstrim tetapi ia mungkin juga tidak berjeram kerana batu dilitupi air. Manakala di musim panas, air sungai yang sedikit mungkin sangat meletihkan sebab raft kita tu asyik tersangkut di batu je. Jenuh pump! pump! (henjut) nak bagi ia bergerak

4. Jangan meredah jeram seorang diri. Mementang kau forever alone

5. Pakai sunblock. Walaupun rasa sejuk je disimbah air, di atas matahari memancarkan cahayanya. Kita nak beraktiviti selama dua jam

6. Pakai kasut yang sesuai seperti beach shoes atau Adidas kampung (kasut getah yang bagus cengkaman) untuk mengelakkan kecederaan kaki in case kita terjatuh dalam sungai. Aku cari di dua Mr Diy tapi takde saiz kancil kecil itu sebab aku pakai Crocs. Tak selesa pakai buaya tu

7. Guide/skipper/kapten akan memberikan taklimat keselamatan. Dengar bebetul, jangan dok bersembang. Cara memakai jaket keselamatan dan helmet perlu diambil berat. Salah pegang tali keselamatan boleh terbelit nanti. Dia pesan, jika terjatuh dalam air jangan panik tetapi dengan tenang apungkan badan, luruskan kaki tinggi dari air, kedudukan jangan melawan arus. Usaha naik balik ke dalam rakit

SENTIASA alert dengan arahan guide sewaktu dalam raft memasing

7. Lakukan aktiviti regangan dalam 10 minit


SKALA ANTARABANGSA TARAF KESULITAN SUNGAI DALAM ACARA REDAH JERAM (International Scale of River Difficulty in white water rafting. They range from simple to very dangerous and potential death or serious injuries.)

Ini sebagai pengetahuan am supaya kita bersedia dan tidak takut tak tentu fasal

Kelas 1: Sedikit kawasan deras, perlukan sedikit pergerakan (Tahap kemahiran: Sangat asas)
Kelas 2: Sedikit berarus deras, mungkin sedikit berbatu, mungkin memerlukan sedikit pergerakan (Tahap kemahiran: Kemahiran mendayung asas)
Kelas 3: Ombak kecil, mungkin jatuhan kecil tetapi tidak merbahaya. Perlukan pergerakan (Tahap kemahiran: Sedikit pengalaman dalam arung jeram
Kelas 4: Berjeram, arus sederhana, mungkin berbatu dan sedikit jatuhan, pergerakan tajam mungkin diperlukan (Tahap kemahiran: Berpengalaman luas dalam berakit)
Kelas 5: Berjeram, arus kuat dengan jumlah besar, kemungkinan ada batu besar dan bahya, jatuhan yang banyak, perpulakn kemahiran bergerak. (Tahap kemahiran: Penguasaan penuh arung jeram)
Kelas 6: Jeram dianggap sangat bahaya sehingga tidak dapat dikemudi secara selamat. Pengemudi boleh menjangkakan untuk menghadapi jeram yang mencabar, gelombang besar, batu besar dan bahaya besar, dan/atau kejatuhan besar yang akan memberikan impak yang teruk melampaui kemampuan struktur dan penilaian kesan hampir semua peralatan rafting. Melangkah ke kelas 6 menambah kemungkinan untuk berakhir dengan kecederaan serius atau kematian berbanding dengan kelas yang lebih rendah. (Tahap kemahiran: Penguasaan penuh arung jeram. Namun begitu ia mungkin tetap tidak selamat)

Sungai Sedim
AKTIVITI SELAIN MEREDAH JERAM DI SUNGAI SEDIM
Macam-macam.... diantaranya:
1. Boleh mandi air terjun di kampung sebelah. Tingginya 5-7m.
2. Mendaki Gunung Bintang. Gunung in bersambung dengan Gunung Inas di Baling (owh ini bukan untuk saya, mau terjelir lidah den)
3. Teambuilding


BAGAIMANA UNTUK KE SEDIM?
1. Memandu sendiri.
Dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tu sila keluar di Seberang Jaya dan masuk ke Butterwoth-Kulim Expressway (BKE), terus menuju ke Kulim Hi Tech Park lansung ke Karangan.

2. Kalau naik KTMB ETS, stesen terdekat Sungai Petani.
Seronok naik keretapi, takdelah kebaih pungkok duduk je. Pemandangan pun menarik. Selain tu kita akan melalui terowong keretapi terpanjang di Malaysia, sepanjang 3.1km di Bukit Berapit, berhampiran Bukit Gantang, Perak. Dalam ETS kantin ada.. surau ada.. tandas pun selesa. Cuma tu lah masih ada yang tak berapa reti menggunakannya, habis basah lantai.

3. Kalau naik bas, boleh turun di Kulim/Sungai Petani/Butterworth
Banyak bas ke tiga stesen ni setiap hari tapi jangan kau percaya perjalanan enam jam dari TBS ke Kulim. Dua bulan lepas aku naik bas pagi KL-Kulim 8 1/2 jam baru sampai. Hawau.

Pengangkutan dari/ke stesen bas/keretapi Kulim/Sungai Petani boleh diurus dengan dua syarikat di bawah dengan bayaran tertentu. Kena ada prior arrangment lah, Stesen Keretapi Sungai Petani tu 40 minit dari Sedim.


Sila berhubung dengan memana dua syarikat ini untuk tempahan slot:1) Syarikat Perusahaan Azam Travel Sdn Bhd (ada dormitory + 2 private room)15C, Bangunan PKNKJalan Tunku Abidah09000 KulimKedah
Tel: +604 4901588WA: +6019 4901588Emel: [email protected] / [email protected]: The Tree Top Walk Sg Sedim
2) Sedim Rainforest Resort (ada private room)Hutan Lipur Sungai SedimKarangan09000 KulimKedah
Tel: +019 4804166Emel: [email protected]: Sedim Rainforest Resortwww.sedimrainforest.blogspot.comwww.sedimoutdoor.com

HARGA PAKEJ
Harga pakej bermula daripada RM180 seorang dengan minima empat orang, siap refreshment


Jemput baca juga di sini:
Berkayak di Sungai Berang, Terengganu
Berkayak di Phattalung, Thailand
White water rafting di Sungai Kampar, Perak











© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/10/kedah-meredah-jeram-white-water-rafting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Pengalaman Baru Makan Dalam Sungai Di Dusun Tok Wak Desa Sentosa Ulu Legong

Kedah Pengalaman Baru Makan Dalam Sungai Di Dusun Tok Wak Desa Sentosa Ulu Legong

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 766 hits
Pengalaman Baru makan dalam sungai di Dusun Tok Wak Desa Sentosa Ulu Legong Program South Kedah Eco Exploration anjuran Tourism Malaysia membawa kami hingga ke Sungai Petani menggunakan keretapi Tiada lagi dah koc yang boleh buka tingkap tu...
Politikus Pdip Kritik Anies Lebih Fokus Formula E Ketimbang Naturalisasi Sungai

Politikus Pdip Kritik Anies Lebih Fokus Formula E Ketimbang Naturalisasi Sungai

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 175 hits
Ima menyarankan Anies melaksanakan hal hal yang fundamental yang dibutuhkan masyarakat daripada hal hal yang sifatnya untuk memuaskan pemilihnya
Hutan Lipur Sungai Gabai Terokai Keindahan Alam Dan Piknik Bersama Keluarga

Hutan Lipur Sungai Gabai Terokai Keindahan Alam Dan Piknik Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 822 hits
Kali ini saya nak kongsi pengalaman saya piknik bersama keluarga di Hutan Lipur Sungai Gabai Seingat saya saya dah beberapa kali datang piknik dekat tempat ini Waktu pertama kali datang ada masalah dengan kamera yang saya gunakan Saya rasa ...
Number Of Flood Evacuees In Sungai Siput Rises To 212

Number Of Flood Evacuees In Sungai Siput Rises To 212

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 254 hits
Flood evacuees at a relief centre in Sungai Siput Perak IPOH The number of flood evacuees in Sungai Siput rose to 212 this morning from 207 yesterday A District Disaster Management Committee Secretariat spokesman said three more families we...
Baru 200 Kubik Sampah Bambu Diangkat Dari Sungai Cikeas Bekasi

Baru 200 Kubik Sampah Bambu Diangkat Dari Sungai Cikeas Bekasi

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 228 hits
Tim gabungan baru mengangkat sekitar 200 kubik sampah bambu dari Sungai Cikeas di Kecamatan Jatiasih Kota Bekasi Tak ada akses untuk alat berat menjadi kendala utama proses pembersihan sampah di sungai alam tersebut
Tips Bercuti Ketika Penamat Tour Of Peninsular 2019 Peringkat Keempat Sungai Koyan Ke Tanah Rata

Tips Bercuti Ketika Penamat Tour Of Peninsular 2019 Peringkat Keempat Sungai Koyan Ke Tanah Rata

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 442 hits
Jika anda berada di Cameron Highlands pada pagi 18 Oktober 2019 ini yakni hari Jumaat anda berpeluang menyaksikan aksi Garisan Penamat Tour Of Peninsular 2019 untuk kayuhan Peringkat keempat Peringkat Keempat Tour of Peninsular ini menyaksi...
Sungai Musi Dikepung Kabut Asap Kemenhub Keluarkan Imbauan Keselamatan Pelayaran

Sungai Musi Dikepung Kabut Asap Kemenhub Keluarkan Imbauan Keselamatan Pelayaran

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 198 hits
Kementerian Perhubungan dalam hal ini Direktorat Jenderal Perhubungan Laut melalui Kantor Kesyahbandaran dan Otoritas Pelabuhan Kelas II Palembang telah menerbitkan surat edaran tentang Antisipasi Datangnya Cuaca Buruk Kabut Asap
Body Of Man Found In Sungai Rajang Sibu

Body Of Man Found In Sungai Rajang Sibu

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 450 hits
The body of a man with tattoos on both shoulders was found tied to bricks at a private jetty on the Sungai Rajang near Jalan Lanang late this afternoon The body was found entangled in a net mounted near a fuel vessel by an angler who passed...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya