5 Kesilapan Anak Muda Tentang Kwsp


Kesilapan anak muda tentang KWSP sering berlaku akibat kurangnya pendedahan dan pemahaman mengenai pentingnya simpanan persaraan dari usia muda.
Ramai dalam kalangan generasi muda memandang ringan kepentingan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai instrumen simpanan jangka panjang, malah menganggapnya sebagai sekadar potongan gaji wajib yang mengurangkan pendapatan bulanan. 
Kesilapan anak muda tentang KWSP ini menyebabkan mereka tidak mengambil serius jumlah caruman yang dibuat setiap bulan.
Dengan purata jangka hayat rakyat Malaysia yang semakin meningkat, perancangan persaraan yang kukuh dari peringkat awal kerjaya menjadi semakin penting untuk mengelakkan krisis kewangan di usia emas.
1. Menganggap KWSP Sekadar Simpanan Biasa
Kesilapan paling biasa dalam kalangan generasi muda tentang KWSP ialah menganggap KWSP hanya satu potongan wajib yang menyakitkan gaji bulanan.
Ramai melihat caruman KWSP sebagai beban dan bukan sebagai sebahagian daripada kekayaan jangka panjang.
Sikap ini berlaku kerana anak muda lebih fokus pada keperluan segera seperti membayar bil, membeli gajet atau menikmati gaya hidup.
Mereka tidak menyedari bahawa simpanan KWSP akan menjadi penyelamat ketika memasuki usia persaraan yang memerlukan sumber kewangan stabil.
2. Tidak Menyemak Penyata KWSP Secara Berkala
Satu lagi kesilapan anak muda tentang KWSP ialah tidak menyemak penyata KWSP mereka secara berkala.
Ramai yang tidak tahu bahawa mereka boleh memantau baki simpanan melalui aplikasi KWSP atau laman web rasmi, tidak seperti dahulu di mana anda perlu menghadirkan diri ke kaunter cawanngan KWSP.
Dengan tidak menyemak penyata, anak muda mungkin tidak sedar jika terdapat masalah seperti majikan gagal mencarum atau jumlah caruman tidak konsisten.
Kesilapan ini boleh menyebabkan kerugian besar kerana caruman yang sepatutnya masuk tidak direkodkan dan sebenarnya sudah banyak terjadi kes di mana majikan culas atau dengan sengaja tidak mencarumkan simpanan pekerja walaupun telah membuat pemotogan gaji.
Menyemak penyata KWSP secara berkala adalah langkah penting untuk memastikan simpanan sentiasa dikreditkan dengan betul dan berkembang seperti yang dirancang.
Untuk maklumat lanjut, rujuk artikel dari laman web KWSP, Cara Mudah Untuk Semak & Muat Turun Penyata KWSP Secara Dalam Talian
3. Mengeluarkan Simpanan KWSP Tanpa Perancngan Rapi
Akaun 3 atau Fleksibel telah diwujudkan untuk memberikan fleksibili kepada golongan muda untuk mengeluarkan simpanan bagi keadaan terdesak.
Namun selepas itu, timbul pula kecenderungan anak muda untuk mengeluarkan simpanan KWSP walaupun bukan dalam situasi kritikal dan ramai beranggapan bahawa wang dalam KWSP boleh dijadikan “backup” untuk membeli barangan mewah, bbercuti dan sebagainya.
Kesilapan ini sering berpunca daripada tekanan rakan sebaya dan keinginan untuk mengejar gaya hidup mewah tanpa mempertimbangkan keupayaan kewangan sebenar.
Terdapat salah faham bahawa simpanan KWSP boleh diisi semula dengan mudah pada masa hadapan, sedangkan realitinya peluang untuk memulihkan simpanan yang telah dikeluarkan amat terhad memandangkan tempoh pertumbuhan yang lebih singkat.
Artikel berkaitan: i-Saraan Plus KWSP 2026 – Pendaftaran, Semakan & Kelebihan
4. Mengabaikan Kepentingan Mengoptimumkan Caruman Kesilapan anak muda tentang KWSP yang ketara ialah mengabaikan peluang untuk mengoptimumkan caruman mereka mengikut keperlangan kewangan semasa.
Ramai tidak sedar bahawa mereka mempunyai fleksibiliti tertentu dalam mengurus caruman KWSP, termasuk membuat caruman tambahan secara sukarela untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka.
Caruman tambahan ini boleh dibuat melalui potongan gaji tambahan atau pembayaran sekali gus secara terus kepada KWSP.
5. Tidak Memahami Struktur Akaun KWSP KWSP mempunyai struktur akaun yang berbeza seperti Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Ramai anak muda tidak mengambil masa untuk memahami bagaimana setiap akaun ini berfungsi.
Kesilapan anak muda tentang KWSP ini menyebabkan mereka tidak tahu bahawa setiap akaun mempunyai tujuan tertentu dan syarat pengeluaran yang berbeza.
Sebagai contoh, Akaun Persaraan adalah untuk kegunaan selepas umur 55 tahun, manakala Akaun Fleksibel membenarkan pengeluaran lebih awal untuk keperluan tertentu.
Dengan tidak memahami struktur ini, anak muda mungkin membuat keputusan yang salah tentang pengeluaran dan perancangan kewangan mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kesilapan-anak-muda-tentang-kwsp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesilapan-anak-muda-tentang-kwsp

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Kesilapan Pengeluaran Kwsp Selepas Umur 55 Tahun

5 Kesilapan Pengeluaran Kwsp Selepas Umur 55 Tahun

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 176 hits
Apabila seseorang pencarum mencapai umur 55 tahun mereka diberi pilihan untuk membuat pengeluaran KWSP sama ada secara penuh sebahagian atau melalui bayaran bulanan Menurut panduan rasmi KWSP semua simpanan daripada Akaun Persaraan Akaun Se...
Netizen Dan Rakyat Tempatan Jadi Barua Anak Muda Kita Jadi Mangsa

Netizen Dan Rakyat Tempatan Jadi Barua Anak Muda Kita Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 158 hits
Kenapa kejadian 1 berlaku Sebab kejadian 2 dilayan macam kes besar Semua media lapor dan semua netizen marahkan pekerja Kononnya customers are always right Bila pekerja dibuang semua gembira kononnya mereka dah buat satu jasa besar dalam du...
Police S Integrity At Stake Muda Says Over Durian Tunggal Shooting

Police S Integrity At Stake Muda Says Over Durian Tunggal Shooting

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 124 hits
Alarmed by the conflicting accounts surrounding the fatal police shooting in Durian Tunggal Malacca Muda said the integrity of the police is at stake As such Muda information chief Leben Siddarth urged the government to investigate the case...
Makan Bijak Bersama Ayam Brand Libatkan Lebih 6 300 Minda Muda Kreatif

Makan Bijak Bersama Ayam Brand Libatkan Lebih 6 300 Minda Muda Kreatif

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 141 hits
Selangor KL Putrajaya 1 Disember 2025 Pemakanan seimbang memainkan peranan penting dalam perkembangan fizikal dan kognitif kanak kanak Hidangan berkhasiat membantu untuk menguatkan tubuh badan meningkatkan daya tumpuan serta mengekalkan ten...
Siswazah Perlu Bijak Suai Diri Dengan Perubahan Semasa Titah Raja Muda Perlis

Siswazah Perlu Bijak Suai Diri Dengan Perubahan Semasa Titah Raja Muda Perlis

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 254 hits
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah dalam era dunia tanpa batasan siswazah tidak boleh lagi bergantung pada kelulusan akademik semata mata Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor Universi...
Borussia Dortmund Sambar Bakat Muda Negara Qaseh Rania

Borussia Dortmund Sambar Bakat Muda Negara Qaseh Rania

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 193 hits
Borussia Dortmund Sambar Bakat Muda Negara Qaseh Rania Bakat sensasi bola sepak wanita negara Qaseh Rania sah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab gergasi Jerman Borussia Dortmund Menerusi hantaran di Facebook pemain berus...
Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Resipi Snek Homemade Sihat Paling Digemari Anak Anak Ketika Cuti Sekolah

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar

Papagomo Didakwa Terima Sumbamgan Bayar Saman Anwar Tanpa Kemas Kini Perniagaan

Ford Ranger Wildtrak Vs Ford Ranger Raptor Which Pickup Suits Your Lifestyle

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Trump Umum Serangan Besar Besaran Terhadap Isil Di Syria

Cabaran Pekerjaan Menjelang Tahun 2026

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini