Kedah Menyelongkar Tamadun Kedah Tua Di Tapak Arkeologi Sungai Batu


Kedah | Menyelongkar Tamadun Kedah Tua Di Tapak Arkeologi Sungai Batu 

Sungai Batu 788BCLebih 1500 tahun dahulu atau 788 sebelum masehi penjelajah dunia dan pedagang datang berdagang besi di pusat besi dunia di Kalah/Kataha/Kataram dan Queada, yang merujuk kepada Sungai Batu di Kedah Tua. Rekod Arab (Hoyland and Gilmour 2006; Krenkow, 1936; Rahman, 1955,1959) rekod Tamil (Nilakanta Sastri, 1038,1949; Thani Nagayam, 1968) dan di dalam rekod-rekod luar, nama kawasan tamadun awal Sungai Batu dikenali melalui dialek penulis rekod. Tamadun ini berusia 3000 tahun

"Kalah" pada masa itu telahpun melebur besi untuk memenuhi permintaan tamadun dunia yang lain contohnya untuk berperang bagi mempertahankan tanah air mereka dan sebagainya. Di dalam catatan Al-Kindi pada abad ke-9 juga pernah menyebutkan bahawa kualiti pedang yang terbaik diperbuat dari besi Yemen, Qalai (Kalah) dan Hindi. Saintis Arab juga mengatakan besi terbaik di dunia ialah Kalkalah

Dalam satu puisi Tamil 'Pattinappalai' ada menyatakan pedagang India telah mengimport besi dari 'Kataram' untuk membuat pedang. Ia berasal daripada perkataan 'kazh' iaitu besi hitam yang merujuk Kedah Tua. Sebenarnya, banyak nama yang digunakan oleh pedagang-pedagang bagi merujuk kerajaan purba itu sebagai 'lubuk besi'. Ini termasuklah, Kataha yang bermaksud 'the bowl of iron' di dalam bahasa Sanskrit

''Sungai Batu''' terletak di Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Sungai ini penting kerana adanya tapak arkeologi dan pelabuhan entrepot kuno yang dicatatkan sebagai tamadun tertua di semenanjung Malaysia. Sungai Batu berfungsi sebagai pusat peleburan besi, pelabuhan kapal dagangan dan juga pentadbiran pelabuhan. Juga telah dijumpai 4 hingga 7 buah kapal dagang dengan anggaran sepanjang 100 kaki setiap kapal yang berusia kira-kira 2500 tahun yang masih tertanam dan karam di dasar tasik di tengah hutan kelapa sawit. Runtuhan beberapa kuil Hindu-Buddha kurun ketujuh dan kelapan juga ditemui. Tapak yang terletak di Merbok, Kedah, dipercayai wujud sejak 535 sebelum masehi lagi

Sungai Batu terkenal sebagai tempat peleburan bijih besi sehingga menjadi besi yang berkualiti tinggi sebelum ditempa dan dieksport ke timur dan barat seluruh dunia. Besi ini dinamakan "qalai" secara umum berwarna hitam dan sering digunakan untuk pembuatan senjata kerana gred kualitinya yang tinggi. Besi yang dilebur dijadikan jongkong tetapi bukanlah jongkong bersegi seperti yang ada sekarang. Menurut pakar arkeologi, segala yang terhasil daripada proses peleburan dan mengalir keluar daripada relau, tidak kiralah apa bentuk sekali pun, ia adalah jongkong besi. Biasanya, ia berbentuk seperti sisa besi tetapi selepas dilakukan eksperimen, sah itulah jongkong besi pada zaman tersebut. Perdagangan ini telah wujud di Sungai Batu seawal 3 M

Tapak Arkeologi Sungai BatuDi kawasan seluas 4 km persegi ini terdapat 87 tapak yang telah dikesan.  Dari kawasan bersejarah ini ke Gunung Jerai terdapat lagi 37 tapak. Di bawah jalan sahaja ada lima tapak. Apa yang dijumpai di sini ialah bangunan pentadbiran, tempat ritual, jeti dan tempat peleburan bijih besi. Keseluruhannya di tapak ini ada 17 loji peleburan, 13 pusat pentadbiran, tapak ritual dan 10 jeti. Jeti paling lama 582SM. Para pengkaji mengguna teknologi geofilm scanning untuk mengenalpasti tapak-tapak ini

Lawatan ke tapak arkeologi ini diketuai oleh Dato’ Dr. Mokhtar Saidin. Penerangan beliau membuka mata dan membuktikan bahawa orang dahulu kala bukanlah lemah, kita dah maju. Malah meriam di Bukit Melawati pun dah wujud semasa melawan Belanda.
Di bawah khemah yang dibina menggunakan peruntukan Universiti Sains Malaysia, ada satu tapak arkeologi yang agak besar. Mahai oih khemah tu... RM600 ribu habis kat situ je. Di situ dijumpai bata yang dibentuk pada abad ke-8 manakala bata lapisan bawah dibuat pada 110 masehi. Di situ juga dijumpai tembikar yang dasarnya berbentuk bulat menandakan adanya ritual tetapi hasil semakan ia bukan Hindu-Buddha. Dipercayai mereka menganut animisme. Setelah semua struktur dibuka, ia jelas menunjukkan ciri-ciri pelabuhan. Untuk lebih difahami, kawasan ini ialah seperti Bayan Baru, Pulau Pinang, yang lengkap semua fasiliti.
Di sini dahulu ada pelabuhan besar dan hebat berkait industri besi. Di depan tapak besar ini ada tasik yang dahulunya sedalam 30 meter dan disahkan ada lima kapal karam di dalamnya. Pengkaji pernah terjumpa tiang layar dan paku tetapi belum sampai ke badan kapal. Menurut Dr. Mokhtar, jika hendak dibawa keluar, kos yang diperlukan sekurang-kurangnya RM2 juta ringgit. Untuk 52 tapak ini sahaja RM10 juta telah dibelanjakan. 
Cabaran lain dalam proses ekskavasi ialah, di sebelah tapak arkeologi Sungai Batu ini telah ada penempatan manusia. Ada rumah yang sangat hampir yang telah hangat dibincangkan di media sosial. 




Dato’ Dr. Mokhtar Saidin sedang memberi penjelasan.
Atap daripada kaolin.
Industri Peleburan Bijih Besi Yang MajuDalam hikayat Merong Mahawangsa diceritakan kucing berjalan di atas bumbung (dalam cerita kungfu Cina ada kejadian ini 😊). Sungai batu ketika itu ialah sebuah bandar yang sibuk dan kaya. Semua bangunan menggunakan atap genting dan ada pelapik tiang. Asas atap ini ialah laterit kemudian lumpur tanah liat dan damar. Dibuat bersaiz lapan inci dan ada lubang untuk sambungan. Tanah liat di sini adalah jenis terbaik yang dipanggil kaolin. 
Di bawah tanah tu juga ditemui bangunan yang dibina pada 847SM. Paling banyak ada lapan bilik, lain-lain empat bilik. Di sana ada relau, tuyere dan bahan mentah. Di sekeliling relau ditemui abu dan sisa besi. Besi terbaik adalah dari sini. Direkodkan dalam Kalah, pedang dari sini boleh mematahkan pedang lain. Kadar ferum dalam besi ini melebihi 70%

Industri peleburan bijih besi berlaku dari kurun ke-3 hingga ke-8. Sungai Batu merupakan stor tuyere dan dipercayai terdapat dua juta tuyere di sini menjadikan kita sebagai pembekal utama Ketika melebur 4 hingga lima tuyere diperlukan. Tanpa tuyere besi tak boleh dileburkan sebab ia digunakan untuk mengepam oksigen. Kembung pipi memasing agaknya. Bayangkanlah betapa panasnya tempat tu

Kegemilangannya pusat peleburan Sungai Batu mula merosot pada awal abad 4 masehi apabila laut dgn daratan semakin jauh dan menyebabkan Sungai Batu mula hilang peranannya dan aktiviti peleburan terus terhenti sehinggalah tapak peleburan dan pemprosesan besi ditemui pada tahun 2007 oleh pasukan Prof Dato’ Dr. Mokhtar Saidin atas arahan Jawatan Warisan Negara apabila Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu melengkapkan data Lembah Bujang bagi dijadikan pusat pelancongan wilayah utara

Dirumuskan punca pelabuhan ini ditinggalkan ialah kerana:1. Sedimen - Ia semakin jauh dari laut
2. Serangan dari Cholla dan Sriwijaya

Untuk melihat gambaran keadaan pusat peleburan besi Sungai Batu lebih seribu tahun dahulu boleh klik pautan di bawah ini. Video ini didedikasikan buat Bangsa Melayu, bangsa pelebur besi dan bangsa pelayar dunia pertama oleh Arkitek Sungai Batu
https://www.facebook.com/watch/?v=261580082149621




Relau.


Sisa/jongkong besi.
Pelancongan Arkeologi
Dengan adanya dua lapangan terbang antarabangsa di wilayah utara, kita seharusnya menggunakan kelebihan ini untuk menarik peminat arkeologi dan pelancongan bersejarah melawat Jerai Geopark untuk menyebarluaskan apa yang ada di situ

Negara China berjaya menghasilkan pendapatan yang besar dengan mempromosikan program begini. Malaysia juga patut mengambil tindakan sama sebagai salah satu cara untuk menghapuskan miskin tegar dan meningkat taraf kehidupan golongan berpendapatan rendah. Golongan muda boleh dilatih menjadi pemandu pelancong berlesen. Geopark ialah program negara, penduduk sekitar juga akan mendapat tempias kemakmuran ekonomi nanti

Antara usaha yang telah dilakukan, Persatuan AncKed Sungai Batu telah mencipta pakej menarik untuk pelancong terutamanya golongan belia. Sesuai dengan zamannya pelawat boleh mengimbas kod QR untuk melihat bagaimana keadaan tapak itu dahulu kala menggunakan teknologi AI. Untuk lebih faham dua orang pemandu pelancong di situ berkelulusan Phd, dua orang lagi Master dan penduduk tempatan yang dilatih dengan baik. 
Satu lagi aktiviti interaktif yang boleh dibuat di sini ialah belajar bagaimana proses ekskavasi dengan teknik yang betul (sabar sungguhlah ahli arkeologi ni), membuat bata menggunakan tanah liat dan bagaimana relau serta tuyere digunakan dalam proses peleburan

Jika berminat dengan lawatan istimewa dan pengalaman baru ini sial berhubung dengan Puan Saerah di 018-9189035.Diberi peluang membuat bata.
Hasil 'seni' kami 😁
Sungai Batu tamadun tertua di Asia Tenggara.



© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/12/kedah-menyelongkar-tamadun-kedah-tua-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Kedah Muzium Arkeologi Lembah Bujang

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 213 hits
MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG Pembaca yang mengikuti blog ini sejak sekian lama pasti tahu bahawa aku suka juga ke muzium tapi muzium bertema Dalam lawatan Jejak Arkeo di Kedah kami dibawa ke satu satunya muzium di Malaysia yang mempamerka...
Arab Kitchen Sungai Petani Kedah

Arab Kitchen Sungai Petani Kedah

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum hai hang pa Ini hari nak share tempat makan best dekat Sungai Petani Kebetulan balik dari hari tu Itu yang tersinggah Mudah nak cari Tepi jalan Laluan utama nak ke Butterworth ikut jalan lama Dekat aje dengan Tol Sungai Peta...
Jerai Geopark Kedah Apa Yang Menarik Di Padang Tok Sheikh Estuari Sungai Merbok

Jerai Geopark Kedah Apa Yang Menarik Di Padang Tok Sheikh Estuari Sungai Merbok

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 288 hits
Jerai Geopark Kedah Apa Yang Menarik Di Padang Tok Sheikh Estuari Sungai Merbok Dari Pulau Pinang kami terus naik ke Jerai Hill Resort di Gunung Jerai Sejuk oih nyaman Aku suka suasana di sini dengan pokok bunga berwarna warni Waktu tu pela...
Family Camping Journey Pak Uda D Tamu Campsite Tapak Campsite Betul Betul Tepi Sungai

Family Camping Journey Pak Uda D Tamu Campsite Tapak Campsite Betul Betul Tepi Sungai

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 172 hits
Assalamualaikum Bagi melepaskan gian 5 bulan tak camping untuk bulan Jun kami banyak pegi camping Awal bulan jun hari tu kami di Singgah Riverside Campsite Ulu Yam 2 minggu lepas itu kami ke nbsp Pak Uda d Tamu Campsite yang terletak di Bat...
Ag Holds Sole Power To Prosecute Dr Mahathir Over Pulau Batu Puteh Not Govt Says Law Minister

Ag Holds Sole Power To Prosecute Dr Mahathir Over Pulau Batu Puteh Not Govt Says Law Minister

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 252 hits
Minister in the Prime Minister s Department Datuk Seri Azalina Othman Said today said that only the attorney general has the authority to prosecute former two time prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad over the loss of Malaysia s claim to ...
Dewan Rakyat Adjourns With Batu Puteh Rci Motion Still Pending

Dewan Rakyat Adjourns With Batu Puteh Rci Motion Still Pending

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 140 hits
PARLIAMENT Despite fiery speeches from both sides of the Parliament divide no decision was reached regarding the government s motion to back the Royal Commission of Inquiry on Batu Puteh Middle Rocks and South Ledge Instead at the end of th...
Tiga Bekas Menteri Ph 1 0 Dedah Penipuan Mahathir Isu Batu Puteh

Tiga Bekas Menteri Ph 1 0 Dedah Penipuan Mahathir Isu Batu Puteh

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 152 hits
SITI NUR ZAWANIDecember 12 2024Tiga orang bekas menteri sewaktu Pakatan Harapan 1 0 menepis kenyataan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Jemaah Menteri waktu itu bersetuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan semakan Pulau Batu...
Rci Batu Puteh Saya Serah Kepada Ahli Parlimen Untuk Bincang Pm Anwar

Rci Batu Puteh Saya Serah Kepada Ahli Parlimen Untuk Bincang Pm Anwar

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 136 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis pelancaran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia pada Khamis Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 12 Dis Perdana Menteri Datu...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Create Buzz And Attract Investors

Govt Sets Provisional Anti Dumping Duties On Pet Imports From China Indonesia

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Tepat Pada Masanya Apabila Kucing Cuba Menyelit Dalam Tv Adegan Drama Korea

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak

Malaysia Open 2025 Jadual Badminton Keputusan Terkini

Visit Malaysia 2026 Pelancaran Kempen Logo Maskot Lagu

Eur Usd 7 Januari Laporan Inflasi Jerman Mengubah Keadaan

Lunch Birthday Nolie