Kedah Muzium Arkeologi Lembah Bujang


MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG | Pembaca yang mengikuti blog ini sejak sekian lama pasti tahu bahawa aku suka juga ke muzium tapi muzium bertema. Dalam lawatan Jejak Arkeo di Kedah, kami dibawa ke satu-satunya muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi

Sebenarnya sebelum ke sini aku agak skeptikal dengan lampu dan susun atur dalam muzium sebab pernah melawat satu muzium tu lahaiii...macam filem seram okeh! hahahhah... dengan kelamnya dengan signage/banner terlipatnya... staf ramai pengunjung tak ramai tapi tak boleh bagi elok. Jadi bila masuk ke muzium di Lembah Bujang ini aku terkejut tengok ruang dalamannya. Tak sangka hiasannya moden dan mudah dibaca serta difahami. Sebahagian dari koleksi ini dipamerkan di dalam 2 buah galeri yang dibina khas dengan teknik-teknik pameran yang berinformatif

Berjalan ke kawasan bertanah di belakang muzium, ada batu-batu hitam yang apa namanya entah, pernah juga dilihat di tempat lain tapi kita ni takde ilmu...batu nampak sebagai batu je lah


Apa yang Menarik? What's Interesting About Bujang Valley Archaeological Museum?Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi terletak berhampiran di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, 23 km dari Bandar Sungai Petani, Kedah. Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang. Muzium Arkeologi Lembah Bujang telah dibuka dengan rasminya pada 23 Januari 1980 oleh Kebawah Duli Yang maha mulia Al-Sultan Almu’tasimu Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman

Muzium ini memaparkan perspektif sejarah arkeologi, antropologi dan sosiologi masyarakat Melayu yang tinggi dan lama di Asia Tenggara. Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat penempatan, perdagangan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dengan monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM). Ia kemudiannya berlanjutan sehingga kepada "Empayar Sri Vijaya". Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi ditapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400 km persegi

Koleksi Muzium ArkeologiArtifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan penting melibatkan pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu nusantara yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan eksotik untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin, para pedagang akan berada di Lembah Bujang beberapa ketika sehingga perubahan angin sesuai untuk mereka belayar kembali ke tempat asal membawa barang dagangan yang lain pula

Hasil penyelidikan dan kajian mengesahkan Lembah Bujang sebagai pelabuhan dagang yang penting di Asia Tenggara dari kurun kedua hingga ke-14. Artifak tersebut termasuk patung-patung Hindu-Buddha, pasu, manik, tuye dan barangan kaca ditemui ketika kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi ditapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi


Untuk maklumat yang lebih banyak jemput baca di Jabatan Muzium Malaysia.

Garisan yang terdapat pada batu-batu besar di sungai juga memberi makna tertentu untuk dikaji.
Salah seorang pegawai yang memberi taklimat. Kalau tak silap En Ashraf nama beliau. Tanyalah apa sahaja yang berkaitan dengan arkeologi.





Antara artifak yang dipamerkan.

Di belakang muzium arkeologi yang pertama di Malaysia ini pengunjung dapat melihat sendiri tinggalan candi lama seperti Candi Pendiat, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pengkalan Bujang, and Candi Bendang Dalam yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang menunjukkan wujudnya kepercayaan agama Hindu/Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang

.Candi Bukit Batu Pahat. Kita tak dibanarkan naik ke atas.
Batu binaan Candi Pendiat sama seperti di binaan bersejarah Melaka.



Foto : fb MALB
Cara untuk ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Dari Lebuh raya Utara-Selatan, sila keluar di plaza tol Sungai Petani Utara atau Selatan dengan memandu menghala ke bandar Sungai Petani sebelum melalui pekan Semeling untuk terus ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah

Pilihan lain, boleh menaiki bas atau teksi dari bandar Sungai Petani. 


Alamat:
Muzium Arkeologi Lembah Bujang, 08400 Pekan Merbok, Kedah
Tel: +6011-33091160
Emel: [email protected]


Selepas melawat muzium boleh ke Pantai Merdeka makan makan, naik ke Gunung Jerai Resort atau berkelah di Taman Rekreasi Tupah.




© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/11/kedah-muzium-arkeologi-lembah-bujang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Mb Sanusi Why Blame Me For Dubai Firm Quitting Rm40b Langkasuka Project Ask Muhyiddin And Tengku Zafrul Instead

Kedah Mb Sanusi Why Blame Me For Dubai Firm Quitting Rm40b Langkasuka Project Ask Muhyiddin And Tengku Zafrul Instead

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 231 hits
Then prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin together with Datuk Seri Azmin Ali and Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Noor witnessing an agreement between Bin Zayed International and Widad Business Group in March 2021 Picture by Ahmad ...
Take Responsibility For Langkasuka Project Failure Kedah Govt Told

Take Responsibility For Langkasuka Project Failure Kedah Govt Told

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 198 hits
A still from the project video shows an artist s impression of the reclamation project at Padang Matsirat in Langkawi ALOR SETAR Kedah Umno has called for the state government to take responsibility for the failure of the mega Langkasuka La...
Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 402 hits
Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor has been told to name the alleged mastermind plotting to sabotage investments in Kedah State Umno information chief Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin said he believed Sanusi s claim was...
Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 176 hits
K PRAGALATHNovember 26 2024Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Datuk Mahfuz Omar dan ketua penerangan UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin telah mencabar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan pihak pihak yan...
Kedah Pondok Usang Tempat Seludup Migran Diserbu Polis 4 Tekong Darat Dicekup

Kedah Pondok Usang Tempat Seludup Migran Diserbu Polis 4 Tekong Darat Dicekup

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 137 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myBARANGAN yang dirampas susulan penahanan empat lelaki disyaki tekong darat di kawasan kebun getah di Bukit Tangga dekat Jitra FOTO Ihsan PolisJitra Polis menahan 10 warga asing termasuk empat daripadanya tek...
Kedah Satu Malam Di The Jerai Hill Resort

Kedah Satu Malam Di The Jerai Hill Resort

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 229 hits
Kedah Satu Malam Di The Jerai Hill Resort Tak nak cerita banyak kawasan peranginan ni memang best Sejuk Boleh bawa kereta sendiri sampai atas Kalau datang dengan bas kena naik van dari tempat parkir di bawah sana dengan tambang RM8 atau RM1...
Penginapan Santai Berkonsep Teratak Desa Di Kedah Bungalow Mat Hj

Penginapan Santai Berkonsep Teratak Desa Di Kedah Bungalow Mat Hj

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 125 hits
Tempat penginapan unik di Kedah yang berbentuk teratak desa Bungalow Mat Hj Limah Kg Besar Padang Hang Alor Setar Kedah Kalau korang cari pengalaman penginapan yang lain dari yang lain Bungalow Mat Hj Limah ni pilihan yang awesome Dengan su...
Valeria Bella Joget Bujang Mayuh Pantang Chord

Valeria Bella Joget Bujang Mayuh Pantang Chord

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 125 hits
C m G C m C m G C m F m C m G C m F m C m G C m C m Sigat amat meh nuan bujang G Sekali meda ngasuh tegepang G Nuan ngasuh ati enda lantang A G C m Sampai ngasuh ku lemi tulang C m Sapa meh nama nuan Bujang G Sigat di peda mayuh pantang G D...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan