Kedah Hapus Kira Pinjaman Pendidikan Sppnk Babitkan 45 Peminjam


 zuhayati
Tambah peruntukan RM1 juta bantu pelajar lanjut pengajian di IPT awam, swasta ALOR SETAR – Kedah bersetuju menghapuskan kira pinjaman Pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) bernilai RM631.657.14.
Penghapusan berkenaan membabitkan 45 peminjam dan inisiatif dibuat atas beberapa faktor termasuklan peminjam meninggal dunia, sakit kronik.
Selain itu, penukaran pinjaman kepada pelajar cemerlang serta pemberian pengurangan bayaran balik diskaun 50 peratus, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
“Bermula Ogos 2021 sehingga Disember 2021, hapus kira pinjaman atas faktor peminjam meninggal dunia telah diberikan kepada waris dan penjamin seorang peminjam SPPNK yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
“Sehingga 4 Disember lepas, empat peminjam yang menghidap penyakit kronik juga telah diberikan hapus kira pinjaman SPPNK mereka,” katanya seperti dipetik Sinar Harian, hari ini.
Insentif hapus kira turut diberikan melibatkan pinjaman berubah kepada biasiswa bagi peminjam yang mendapat keputusan cemerlang dengan PNGK 3.75 ke atas bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta dalam negara.
“Pemberian pengurangan bayaran balik pinjaman sebanyak 50 peratus pula diberikan kepada peminjam yang mendapat PNGK 3.5 sehingga 3.74 bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta dalam negara,” katanya.
Dalam masa sama, garis panduan baharu Perjanjian Pinjaman Tahun 2022 telah dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah.
Katanya, berdasarkan garis panduan baharu, peminjam dengan keputusan PNGK 3.75 ke atas bakal mendapat diskaun 50 peratus dan diskaun 25 peratus bagi mereka memperoleh PNGK 3.50 hingga 3.74.
Malah, kerajaan negeri turut bersetuju menambah RM1 juta lagi peruntukan untuk bantuan pelajar melanjutkan pengajian di IPT awam dan swasta dalam negara sahaja.
“Setiap mereka akan mendapat RM300 dengan syaratnya mereka rakyat Kedah, dilahirkan di Kedah dan bermastautin di negeri ini.
“Tetapi kita juga selaras dengan pejabat zakat, kalau dia dapat bantuan daripada pejabat zakat dia tak boleh mohon dah yang ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/kedah-hapus-kira-pinjaman-pendidikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Jangka Lebih Banyak Kluster Baharu Babitkan Institusi Pendidikan

Sabah Jangka Lebih Banyak Kluster Baharu Babitkan Institusi Pendidikan

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 190 hits
Masidi Manjun berkata saringan kontak rapat dalam kalangan penghuni asrama di enam sekolah dan ia menunjukkan akan berlaku peningkatan kluster KOTA KINABALU Lebih banyak kluster Covid 19 membabitkan institusi pendidikan dijangka muncul di S...
Lonjakan Kluster Pendidikan 62 Kluster Dalam Seminggu

Lonjakan Kluster Pendidikan 62 Kluster Dalam Seminggu

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 267 hits
Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai Covid 19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 15 Jan hingga pukul 11 59mlm 21 Jan 2022
Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2022

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2022

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 657 hits
Jadual pinjaman peribadi Bank Rakyat atau Bank Rakyat personal loan untuk tahun 2022 sebagai rujukan anda Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza Apabila sampai di tahap keadaan yang terdesak untuk memerlukan wang satu cara yang boleh...
Perjelas Kenapa Genting Hk Diberi Pinjaman Tanpa Jaminan Anwar Beritahu Tengku Zafrul

Perjelas Kenapa Genting Hk Diberi Pinjaman Tanpa Jaminan Anwar Beritahu Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 280 hits
January 27 2022 6 52 PMKetua Pembangkang Anwar Ibrahim mendesak Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz segera menjawab persoalan mengapa bank dibenarkan memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong PETALING JAYA Pembangkang me...
Kenyataan Media Dsai Mengapa Pnb Khazanah Dan Kwsp Beri Pinjaman Kepada Syarikat Perjudian

Kenyataan Media Dsai Mengapa Pnb Khazanah Dan Kwsp Beri Pinjaman Kepada Syarikat Perjudian

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 305 hits
Kenyataan Media 27 Januari 2022 MENGAPA PNB KHAZANAH DAN KWSP BERI PINJAMAN KEPADA SYARIKAT PERJUDIAN Saya ikuti pendedahan terkait tiga bank Malaysia Malayan Banking Berhad Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad yang dijangka mengalami k...
Terima Kasih Datuk Reezal Atas Penangguhan Pinjaman

Terima Kasih Datuk Reezal Atas Penangguhan Pinjaman

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 203 hits
Terima kasih Datuk Reezal atas penangguhan pinjaman Disebabkan pandemik Covid 19 baru baru ini banyak projek perumahan di seluruh negara tertangguh terutamanya disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja Antara projek yang tertangguh termasukla...
Tidak Patuh Sop Punca Kluster Pendidikan Meningkat

Tidak Patuh Sop Punca Kluster Pendidikan Meningkat

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 166 hits
Kuala Lumpur Ketidakpatuhan prosedur operasi standard semasa dan di luar waktu persekolahan formal terutama ketika di asrama antara faktor peningkatan kluster institusi pendidikan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata faktor lain dike...
Situasi Pendidikan Selepas Dua Tahun Pandemik

Situasi Pendidikan Selepas Dua Tahun Pandemik

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 338 hits
Jurang penguasaan pelajaran masih wujud walaupun pembelajaran secara fizikal sudah bermula dengan kerjasama semua pihak ia mungkin cukup dalam usaha menanganinya sekali gus membantu murid menampung masa yang terbang akibat Covid 19 Murid se...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asian K Pop Stars As A Platform For Uniting New Talents Across Asia

Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno