Kedah Dipaksa Jadi Miskin Ya Ampusalam


 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1247401/kedah-dipaksa-jadi-miskin




'Kedah dipaksa jadi miskin'


Mei 15, 2024 




ALOR SETAR: Kedah memohon ganti rugi sebanyak RM200 juta setahun dari kerajaan Persekutuan berikutan kehilangan pendapatan demi mengekalkan tanah sawah bagi menjamin keselamatan makanan negara.


Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata permohonan ganti rugi itu dianggap munasabah kerana permintaan membangunkan tanah sawah bagi tujuan perumahan, industri dan komersial meningkat setiap tahun.


"Kita minta RM200 juta setahun, kalau kita bangunkan tanah (sawah) sedia ada yang diluluskan (lebih 10,000 hektar) dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD) setiap tahun, kita akan dapat RM100 juta (setahun) untuk tanah itu.


"Peningkatan permintaan kepada tanah sawah untuk perumahan, industri dan komersial juga meningkatkan cukai tanah.


"Kita juga ada pelaburan datang, macam mana kita nak imbangi kehilangan kita dengan permintaan terhadap tanah untuk aktiviti selain padi, jadi kita minta RM200 juta (setahun)," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.


Muhammad Sanusi berkata Kedah kehilangan cukai pembangunan berkenaan yang jumlahnya adalah RM1,000 per hektar berbanding hanya RM15 per hektar kerana mengusahakan sawah.


Katanya, adalah tidak adil untuk membuat perbandingan Kedah sebagai negeri miskin sedangkan negeri ini 'diarahkan' menjadi miskin.


"Sampai masa dibuat perbandingan dia kata kita miskin, miskin kerana suruh kami tanam padi. Cukai tanah sawah padi, satu hektar RM15, cukai untuk tanah industri, satu hektar RM1,000.


"Itu (cukai) yang kita lepaskan, bila saya kata kita dimiskinkan, orang marah, itu satu jenis paksaan. Kita diarahkan untuk menjadi miskin (tanam padi) tapi orang tak faham," katanya.


Muhammad Sanusi berkata adalah menjadi harapan kerajaan negeri agar Kerajaan Persekutuan untuk berkongsi tanggungjawab bersama-sama melindungi bekalan makanan negara.


Pada 4 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan bersedia meluluskan penukaran status tanah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), kepada pembangunan komersial sebagai salah satu inisiatif membantu meningkatkan pendapatan Kedah yang memainkan peranan besar dalam keselamatan makanan negara.


Bagaimanapun, Pengerusinya Datuk Dr Ismail Salleh dilaporkan berkata tindakan menukar status tanah sawah kepada pembangunan komersial dikhuatiri memberi impak besar terhadap jaminan keselamatan makanan negara.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/kedah-dipaksa-jadi-miskinya-ampusalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penantian Panjang Shohib Selama 26 Tahun Enggak Nyangka Nelayan Miskin Bisa Naik Haji

Penantian Panjang Shohib Selama 26 Tahun Enggak Nyangka Nelayan Miskin Bisa Naik Haji

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 184 hits
Shohib mengungkapkan rasa syukurnya bisa ke Baitullah karena hidupnya sebagai nelayan serba pas pasa
Dipaksa Layan Nafsu 35 Lelaki Sehari

Dipaksa Layan Nafsu 35 Lelaki Sehari

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 194 hits
Mary Victoria Dassam hmetro com myJohor Bahru Guna taktik tawar kerja kosong sebagai operator kilang dan pembantu rumah di negara ini dengan gaji lumayan Mangsa yang berjaya dibawa masuk ke negara ini sebaliknya dikurung dan dipaksa bekerja...
Saya Miskin Dulu Luah Perasaan Syukur Ma Dongseok Kongsi Detik Awal Pertemuan Dengan Isteri

Saya Miskin Dulu Luah Perasaan Syukur Ma Dongseok Kongsi Detik Awal Pertemuan Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 309 hits
Sukanya tengok kehidupan bahagia Ma Dong seok bersama isteri tercintanya Ye Jung hwa kini Artikel Berkaitan Baru baru ini Ma Dong seok telah terlibat dengan satu temu bual khas di mana pelakon itu meluahkan rasa syukurnya kerana filem The R...
Video Curhat Mahasiswa Uny Dipaksa Kampus Tak Bersuara Kritis Ukt Naik Gila Gilaan

Video Curhat Mahasiswa Uny Dipaksa Kampus Tak Bersuara Kritis Ukt Naik Gila Gilaan

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 135 hits
Sejumlah mahasiswa dari berbagai universitas menyampaikan unek uneknya dalam rapat di Komisi Pendidikan DPR Kamis
Seandainya Akhirat Tidak Ada Org Zalim Menang Terus Yang Miskin Kalah

Seandainya Akhirat Tidak Ada Org Zalim Menang Terus Yang Miskin Kalah

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 197 hits
EMAS TIDAK BERHARGA KALAU TIDAK MENINGGALKAN TEMPATNYA AWALNYA DI DALAM PASIR DAN BATU
Tips Mudah Jadi Miskin

Tips Mudah Jadi Miskin

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 259 hits
Sumber Google Picture1 Berbelanja Seperti Tiada Esok Bagimu Belanja habis semua pendapatan yang anda perolehi hari ini Tak perlu simpan duit walaupun sedikit Duitkan tak boleh dibawa mati Masa inilah nak nikmati hidup sebaik dan semewah yan...
Kedah S Harmony Stability Draw In Investors Says Sanusi

Kedah S Harmony Stability Draw In Investors Says Sanusi

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 300 hits
Kedah menteri besar Sanusi Nor expressed hope that Kedahans would not have to leave the state for good job opportunities SHAH ALAM Kedah s harmony and stability are the two main reasons the business community is investing in the state says ...
Investor Partnering Benefits Risks

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambut Raya Aidiladha Di Bandar

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Selesai Urusan Pasport