Kedah Ada Kes Baharu Covid 19
Assalamualaikum dan selamat petang kepada anda semua.Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Negeri Kedah ada kes baharu COVID-19 angkara pemilik kedai yang tidak kuaritin diri datang ke premis beliau di Napoh Jitra. Ini membuat Naim rasa risau akan keselamatan Naim sekeluarga kerana tidak tahu kemana tempat mereka telah pergi selepas duduk di premis kedai makan tersebut. Di dalam berita Sinar Harian pada tarikh 23 Julai di bawah ini
Klik pada gambar di atas untuk berita yang selanjutnya.Kerena beliau tidak berada di rumah untuk kuaritin selama 14 hari. Ini membuat masyarakat Jitra rasa marah terhadap beliau. Kita tak tahu , siapa yang akan menjadi pembaca virus kepada kita semua.
Kubang pasu sudah menjadi zon KUNING buat masa sekarang ini. Sudah lah hari Jumaat ini kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha dan menlakukan ibadat Qurban. Tambahan pula, ada kes baharu ini akan menjadi satu masalah kepada masyarakat sekitarnya.Lebih risau akan menjadi sesak jika anak-anak perantauan akan pulang ke kampung masing-masing .
Buat masa ini , segera patuhi S.O.P yang telah kerajaan sarankan kepada kita semua demi kesejateraan kita jua. Install MySejatera pabila check in di kedai atau pasar raya besar, jika premis itu tiada jangan segan untuk menulis nama dan number telefon untuk kegunaan kelak. Sekarang masa kita sentiasa patuhi S.O.P dan sentiasa memakai mask demi keselamatan diri kita hatta keluarga kita. Semoga Allah melindungi kita semua daripada terkena virus ini dan kita berdoa semoga virus ini segera lenyap di muka bumi.
sumber gambar :- i) Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
ii) Sinar Harian online
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2020/07/kedah-ada-kes-baharu-covid-19.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)