Covid 19 Malaysia Catat Kes Baharu Dua Angka Tiga Hari Berturut Turut


PUTRAJAYA  -- Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilapor di Malaysia hari ini masih pada dua angka iaitu hari ketiga berturut-turut, pada 15 kes dengan 11 melibatkan penularan dalam negara.  
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 8,815 kes dengan 130 kes kebolehjangkitan.
“Daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja, iaitu dari Belanda, Arab Saudi, United Kingdom dan Indonesia.

“Daripada 11 kes penularan di dalam negara, 10 adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan satu kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan kemasukan baharu ke Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Semuja, Sarawak,”  katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.
Pada 19 Julai, Malaysia mencatatkan 15 kes positif baharu diikuti 21 kes positif semalam (20 Julai).
Katanya daripada 10 kes penularan tempatan, lapan dilaporkan di Sarawak dan masing-masing satu di Selangor dan Sabah.
“Di Sarawak, lima kes dilaporkan daripada Kluster Sentosa (kluster baharu), satu kes daripada Kluster Stutong, satu kes daripada Kluster Pusat Perubatan Kuching dan satu kes saringan kendiri iaitu individu yang  merupakan penjaga kepada pesakit yang dirawat di sebuah pusat perubatan. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
“Di Selangor, ia adalah satu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dimasukkan ke Hospital Ampang manakala kes di Sabah pula adalah kes saringan Influenza Like Illness (ILI), dan dimasukkan ke Hospital Tawau,” katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat tujuh kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan didiscaj ialah sebanyak 8,562 kes atau 97.1 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan.
“Sehingga kini, hanya empat kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 kekal sebanyak 123 kes,” katanya.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham turut melahirkan kebimbangan dengan perkembangan terkini pandemik COVID-19 di negara ini berikutan jumlah kes harian yang meningkat, khususnya kes penularan dalam negara.
Katanya jumlah kes aktif telah menurun kepada 63 kes pada 9 Julai lepas, namun mula meningkat dan jumlah kes aktif kembali melebihi 100 kes pada 19 Julai dan kini mencecah 130 kes.
“Sehingga 21 Julai, jumlah kluster yang aktif ialah 19 kluster dengan 13 kluster baharu diumumkan dalam tempoh 10 hari ini. Tiga daripada 13 kluster ini berkaitan dengan penularan tempatan kes COVID-19 daripada kes import iaitu Kluster PUI Novgorod, PUI Shirala dan PUI Pitakwa.
“Kluster Jupiter tidak mengakibatkan penularan tempatan memandangkan ia melibatkan kluster terpencil di atas sebuah kapal yang sedang berlabuh,” katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan menyambut baik keputusan kerajaan mewajibkan prosedur Kuarantin Wajib 14 hari kepada warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara di stesen kuarantin berkuat kuasa 24 Julai, seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau yang mengharapkan keputusan itu dapat mengelakkan kewujudan kluster lain, turut mengingatkan masyarakat terdapat sembilan kluster melibatkan kes tempatan yang tiada kaitan dengan kes import pada masa ini.
“Ini menunjukkan masyarakat sememangnya telah mulai alpa dan leka, lalu mula menghindari prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” tegasnya. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/07/covid-19-malaysia-catat-kes-baharu-dua.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Kelantan Dan Dua Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 Kelantan Dan Dua Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 245 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman Facebook mereka telah berkongsi maklumat mengenai pecahan kes baharu Covid 19 hari ini Dalam maklumat yang dikongsikan KKM hanya terdapat pertambahan 9 kes pada hari ini lima kes tempatan dan emp...
Covid 19 Thailand Catat Tiga Kes Baharu Keseluruhan 3 249 Kes

Covid 19 Thailand Catat Tiga Kes Baharu Keseluruhan 3 249 Kes

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 279 hits
BANGKOK 20 JULAI Thailand melaporkan tiga kes baharu Covid 19 kesemuanya warga negara itu yang kembali dari luar negara dan tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 3 249 dengan 58 kematian ...
Terkini Kembali Dua Angka 18 Kes Baharu Covid 19 Termasuk 8 Kes Penularan Tempatan

Terkini Kembali Dua Angka 18 Kes Baharu Covid 19 Termasuk 8 Kes Penularan Tempatan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 210 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat 18 kes positif pada hari ini Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bertambah menjadi 8755 kes Menerusi infografik yang disampaikan oleh KKM pertambahan pesakit sembuh pada har...
Taiwan Catat Sifar Kes Baharu Covid 19 Hari Ke 5

Taiwan Catat Sifar Kes Baharu Covid 19 Hari Ke 5

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 233 hits
Taiwan catat sifar kes baharu Covid 19 hari ke 5 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Jul 2020 11 32PM
Dua Hari Berturut Kes Covid 19 Menaik Jangan Alpa

Dua Hari Berturut Kes Covid 19 Menaik Jangan Alpa

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 318 hits
Nampaknya trend kes baharu sejak dua hari yang lepas semakin menaik pada dua lepas Naim pernah publish artikel yang bertajuk Nampak nya kita jangan terlampau selesa buat masa ini Patuhilah S O P demi kesejahteraan masyarakat sekeliling kita...
Covid 19 Hari Kedua Catat Lebih 20 Kes

Covid 19 Hari Kedua Catat Lebih 20 Kes

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 251 hits
MALAYSIAKINISebanyak 23 lagi kes baru Covid 19 dilapor setakat jam 12 tengah hari tadi yang menyaksikan hari kedua berturut turut jumlah kes positif merekodkan lebih 20 kes Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripa...
Covid 19 Kes Baharu Kekal Dua Digit

Covid 19 Kes Baharu Kekal Dua Digit

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 228 hits
SHAH ALAM 21 JULAI Kes baharu Covid 19 kekal dua angka selepas 15 kes dilaporkan hari ini dengan 11 penularan tempatan kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 10 kes dalam negara membabitkan warganegara dan satu ...
Pkp Fasa Satu Jika Kes Covid 19 Cecah Tiga Angka Kata Ismail Sabri

Pkp Fasa Satu Jika Kes Covid 19 Cecah Tiga Angka Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 275 hits
Kerajaan tiada pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu bagi membendung penularan Covid 19 kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto oleh Yusof Mat IsaKOTA BHARU 26 Julai Kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerak...
Covid 19 Dua Lagi Kluster Tamat 28 Hari Tiada Kes

Covid 19 Dua Lagi Kluster Tamat 28 Hari Tiada Kes

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR 18 JULAI Dua lagi kluster Covid 19 iaitu Kluster warga emas Kuala Selangor dan Kluster Labu Lanjut Sepang ditamatkan tempoh pemantauan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selepas 28 hari tiada rekod kes positif baharu dicatatka...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih