Covid 19 Kes Positif Baharu Melonjak Kepada 21 Hari Ini




KUALA LUMPUR - Selepas mencatat hanya satu kes semalam, angka positif COVID-19 di Malaysia melonjak kepada 21 kes hari ini dengan 15 daripadanya kes import melibatkan warganegara Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam kes lagi merupakan penularan tempatan melibatkan warganegara dengan tiga daripadanya ialah Kluster PUI Sivagangga di Kedah.
"Sementara tiga kes lagi melibatkan dua kes di Sabah iaitu masing-masing kes saringan prapembedahan di Hospital Queen Elizabeth dan satu saringan praprosedur di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah serta satu kes saringan prapembedahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru," menurutnya dalam kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau juga berkata kes positif COVID-19 di Malaysia ialah sebanyak 9,023 dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 196.
Terdapat 18 kes pulih dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 8,702 atau 96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, katanya.
Memperincikan lebih lanjut, Dr Noor Hisham berkata terdapat dua kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, beliau berkata tiada pertambahan kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 125 kes atau 1.385 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Menjelaskan mengenai 15 kes positif import yang mendapat jangkitan di luar negara, Dr Noor Hisham berkata warganegara terlibat adalah mereka yang pulang ke Malaysia dari Yaman (12 kes), Papua New Guinea (satu kes), Ivory Coast (satu kes) dan United Kingdom (satu kes).
"Semua kes import ini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mereka telah diasingkan di pusat kuarantin selepas ketibaan di pintu masuk KLIA, justeru tidak membawa risiko jangkitan kepada masyarakat setempat," katanya.
Bagi perkembangan Kluster PUI Sivagangga, Dr Noor Hisham berkata setakat ini, sejumlah 1,647 orang disaring dalam kluster itu dan 24 didapati positif, 754 negatif manakala 869 masih menunggu keputusan ujian.
Bagi tiga kes baharu kluster itu, beliau berkata kesemuanya dikenal pasti melalui saringan kontak rapat kes positif kluster tersebut dan mereka adalah kes generasi kedua.
"Dua daripada kes tersebut adalah kontak rapat kepada kes ke-9,000 dengan kedua-duanya adalah anak kepada kes tersebut (kes ke-9,021 dan ke-9,022).
“Seorang daripada anak beliau mengalami gejala saluran pernafasan pada 30 Julai namun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan.
"Kes ketiga (kes ke-9,023) pula adalah kontak rapat kepada kes ke-8976 yang mengalami gejala demam serta gejala saluran pernafasan pada 2 Ogos dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Taman Selasih, Kulim," katanya.
Dr Noor Hisham berkata mesej tular berkaitan kes ketiga yang mengandungi maklumat terperinci mengenai kawasan yang didakwa telah dikunjungi pesakit adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan mesej itu. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/covid-19-kes-positif-baharu-melonjak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 13 Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 13 Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 287 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR Sebanyak 13 kes baharu telah dilapo...
Dua Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Empat Hari Berturut Kurang Lima Kes

Dua Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Empat Hari Berturut Kurang Lima Kes

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 300 hits
SHAH ALAM 7 OGOS Bilangan kes aktif di Selangor kekal kurang lima kes dalam tempoh empat hari berturut turut Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor berkata dua kes baharu membabitkan kes import hari ini menjadikan empat kes aktif dire...
Kkm Sahkan Lagi 23 Kes Baharu Positif Covid 19 Termasuk 17 Kes Tempatan

Kkm Sahkan Lagi 23 Kes Baharu Positif Covid 19 Termasuk 17 Kes Tempatan

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 319 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat 17 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid 19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8 594 ...
Dua Kes Positif Covid 19 Tiada Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Dua Kes Positif Covid 19 Tiada Kematian Di Rekodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 340 hits
PUTRAJAYA Dua kes positif COVID 19 dilaporkan hari ini iaitu kes penularan dalam negara melibatkan rakyat tempatan kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Katanya kes berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes positif Mal...
Covid 19 Kes Baharu Meningkat Kembali Jumlah Positif Mencecah 39 Kes

Covid 19 Kes Baharu Meningkat Kembali Jumlah Positif Mencecah 39 Kes

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 307 hits
Walaupun tiada sidang media dibuat bagi perkembangan Covid 19 hari ini namun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi memuat naik laporan semasa melibatkan pendemik tersebut di media sosial mereka Sebentar tadi pihak KKM telah memakl...
Terkini Covid 19 21 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini Termasuk 16 Kes Jangkitan Tempatan

Terkini Covid 19 21 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini Termasuk 16 Kes Jangkitan Tempatan

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 318 hits
PUTRAJAYA 24 Julai Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 21 kes baharu COVID 19 dicatatkan hari ini Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID 19 kini meningkat ke 8 861 kes Dalam masa sama kes aktif dengan keboleh...
25 Kes Positif Baharu Covid 19 Termasuk 12 Kes Dari Saringan Kluster Pui Sivagangga

25 Kes Positif Baharu Covid 19 Termasuk 12 Kes Dari Saringan Kluster Pui Sivagangga

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 401 hits
Sebanyak 25 kes positif jangkitan baharu Covid 19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9 063 kes setakat Jumaat Menerusi perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia oleh itu jumlah kes aktif dengan ke...
Terkini Hanya 1 Kes Baharu Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

Terkini Hanya 1 Kes Baharu Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 219 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 16 pesakit Covid 19 yang telah discaj dan hanya 1 kes positif baharu Covid 19 dicatatkan hari ini Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM jumlah discaj baharu itu menjadikan...
Terkini 15 Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk 10 Kes Jangkitan Tempatan

Terkini 15 Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk 10 Kes Jangkitan Tempatan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 344 hits
Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa seramai pesakit dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar wad Ini menjadikan jumlah kumulatif 8713 kes sembuh meningkat kepada Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi