Kecoh Di Parlimen Yb Jerit Derhaka


PARLIMEN | Dewan Rakyat menyaksikan gema suara ahli parlimen yang menjeritkan kata "derhaka" selepas kenyataan Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah "amat dukacita" dengan pembatalan Ordinan Darurat.

Pada awalnya, para ahli parlimen sedang mengajukan soalan mengenai dasar kerajaan menangani wabak Covid-19, sebelum tiba-tiba ramai yang tunduk melihat peranti elektronik dan telefon bimbit masing-masing.

Ketika itu, kenyataan tegas Istana Negara bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat sudah menular di media sosial.

Agong dalam kenyataan Istana Negara itu juga menyatakan kekecewaan baginda terhadap kerajaan kerana telah menolak titahnya untuk membenarkan parlimen membahaskan peraturan ordinan darurat, yang merupakan proses sewajarnya untuk pembatalan undang-undang itu.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (Port Dickson - PKR) kemudian secara rasmi memaklumkan kepada Dewan Rakyat mengenai kenyataan Istana Negara itu, dengan pujian dari bangku pembangkang.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon, yang mempengerusikan sidang itu, nampaknya tidak menyedari titah Agong itu ketika Anwar mula membaca keseluruhan kenyataan.

Ketika dia membaca kenyataan itu, beberapa ahli parlimen menjerit "derhaka! Derhaka!".

Beberapa ahli parlimen juga menuntut agar speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kembali ke Dewan Rakyat dan mengambil alih tempat dari Rashid.

Azhar, seorang peguam terlatih, telah lama membela keputusan kerajaan untuk tidak membahaskan Ordinan Darurat pagi ini.

Dia telah memetik Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan keputusan kerajaan itu.

Kenyataan Istana Negara yang menegur kerajaan beberapa jam kemudian menjadikan keputusan itu dipertikaikan.

Ahli-ahli parlimen kerajaan terdiam sepanjang perkembangan perbincangan mengenai kenyataan Agong di Dewan Rakyat ini. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak ada ketika itu.

Namun, beberapa ahli parlimen menyasarkan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri.

"Bera (kawasan parlimen Ismail), cakaplah sesuatu," terdengar jeritan seorang ahli parlimen.

Ismail antara pemimpin utama yang berusaha menyekat usaha Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk-BN), yang juga presiden Umno, daripada mencuba mengeluarkan Umno daripada kerajaan PN.

Zahid tidak hadir sidang parlimen hari ini memandangkan dia sedang pulih daripada jangkitan Covid-19.

Isnin lalu, Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan mendakwa kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat, tanpa perlu kelulusan undian parlimen mahupun perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Perlembagaan Persekutuan menghendaki pembatalan Ordinan Darurat dilakukan melalui Parlimen.

Langkah itu secara meluas dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan undian di Dewan Rakyat apalagi di tengah-tengah majoriti kerajaan yang tidak pasti.

Berikutan pengumuman pada Isnin, penjelasan kerajaan PN pada hari-hari berikutnya membingungkan kerana tidak dapat memberikan jawapan langsung jika Ordinan Darurat telah dibatalkan.

Muhyiddin dianggarkan memiliki majoriti empat kerusi di Dewan Rakyat.

Pun begitu, ini menjadi tidak menentu apabila Zahid mengumumkan pada 8 Julai bahawa Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Umno mempunyai 38 Ahli Parlimen, yang majoritinya didakwa tidak sealiran dengan Zahid.

Namun, dengan majoriti tipis Muhyiddin, Zahid hanya memerlukan segelintir ahli parlimen Umno sahaja untuk menggulingkan Muhyiddin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/kecoh-di-parlimen-yb-jerit-derhaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Parlimen Kecoh Perdana Menteri Tidak Hadir

Sidang Parlimen Kecoh Perdana Menteri Tidak Hadir

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 382 hits
ARIF ATANSesi penggulungan perbahasan Pelan Pemulihan Negara dalam Sidang Khas Parlimen petang ini kecoh apabila ketidakhadiran Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dipersoal Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Parli...
Pm Mahiaddin Kabinet Dipandang Hina Derhaka Perintah Agong Tutup Parlimen

Pm Mahiaddin Kabinet Dipandang Hina Derhaka Perintah Agong Tutup Parlimen

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 292 hits
Kerajaan Perikatan Nasional yang telah hilang keabsahan dehaka kepada Yang di Pertuan Agong serta mengunci Parlimen sewajarnya dipandang hina oleh rakyat Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Malaysia mempunyai Yang di Pertu...
Pn Derhaka Terhadap Agong Percubaan Jahat Mandulkan Fungsi Parlimen

Pn Derhaka Terhadap Agong Percubaan Jahat Mandulkan Fungsi Parlimen

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 219 hits
ARIF ATANSekretariat Senator Pakatan Harapan Plus menyifatkan Yang di Pertuan Agong telah murka susulan kenyataan pihak kerajaan berhubung pembatalan semua Ordinan Darurat yang belum lagi mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Ketuanya Senat...
Jangan Derhaka Titah Agong Tolak Soal Jawab Di Parlimen

Jangan Derhaka Titah Agong Tolak Soal Jawab Di Parlimen

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 332 hits
Tiada perbahasan Parlimen Jangan derhaka titah Agong PH Kerajaan Perikatan Nasional digesa tidak menderhakai titah Yang di Pertuan Agong dengan membuka Parlimen hanya bagi mendengar taklimat daripada para menteri Majli Presiden Pakatan Hara...
Kecoh Dalam Dewan Parlimen Netizen Kasihan Lihat Penterjemah Bahasa Isyarat

Kecoh Dalam Dewan Parlimen Netizen Kasihan Lihat Penterjemah Bahasa Isyarat

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 449 hits
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat telah berlangsung sejak dari pagi tadi dan tidak sampai sejam bersidang suasana dalam dewan tersebut bertukar panas apabila berlaku pertikaman lidah antara Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun dan wakil r...
Tiada Perbahasan Parlimen Jangan Angkuh Derhaka Titah Agong Ph

Tiada Perbahasan Parlimen Jangan Angkuh Derhaka Titah Agong Ph

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 242 hits
Kerajaan Perikatan Nasional digesa tidak menderhakai titah Yang di Pertuan Agong dengan membuka Parlimen hanya bagi mendengar taklimat daripada para menteri Majli Presiden Pakatan Harapan memberi amaran agar kerajaan PN berhenti mencabul in...
Apa Salahnya Parlimen Kecoh Mempersoal Penipuan Dan Auta

Apa Salahnya Parlimen Kecoh Mempersoal Penipuan Dan Auta

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 179 hits
Speaker adalah orang pertama yang perlu disingkir Titah Agong supaya ujudnya persidangan Parlimen yang berintegriti diabai
Apa Akan Berlaku Di Parlimen 26 Julai Nanti

Apa Akan Berlaku Di Parlimen 26 Julai Nanti

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 348 hits
SUSUPAN PAGISIDANG khas parlimen selama enam hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos nanti dinanti dan ditunggu dengan penuh suspen Semua orang tidak sabar untuk melihat apa yang berlaku di parlimen pada tarikh itu Mungkin akan berlember...
Ramai Lagi Ahli Parlimen Akan Diugut Syed Saddiq

Ramai Lagi Ahli Parlimen Akan Diugut Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 303 hits
Ramai lagi ahli Parlimen akan diugut Syed Saddiq KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat pendedahan ramai lagi wakil rakyat dalam kalangan ahli Parlimen akan disiasat dan didakwa atas tuduhan rasuah dalam masa ...
Aesthetic Clinic Malaysia Top Treatments What To Expect In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang 2025

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pulang Ke Luar Negeri

Biodata Rita Nadira

Biodata Anna Jobling Pelakon Model Popular Malaysia

Kilafairy Terus Istiqamah Bertudung Doakan Saya Terus Kuat

Understanding Baccarat Rtp How Bcrgame16 Gives You An Edge

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang