Kecil Tapi Sangat Terang Usb Led Light
assalamualaikum 😊
bersiaran dari ofis ye. sesungguhnya kami sekeluarga menjalani hari mcm biasa.
tidak bercuti 😄😄😄. simpan cuti utk acara lain yg lebih penting di kemudian hari.
cuti saya pun tak byk, kan...
kpd friends yg bercuti panjang, sempena esok pertabalan Agong baru kita, selamat bercuti.
moga yg indah-indah saje ye utk korang.kebetulan, saya dan mr.asben, both of us ada keje ofis yg wajib diselesaikan ari ni
tak le terasa terkilan sgt tak bercuti
Izzat pun mcm biasa ke skola. takde pe pe yg tidak lancar pepagi tadi
💪💪💪
maka, nak la share something beri manfaat and idea kpd org lain di pagi Isnin yg marveles ni
nak share satu lagi benda kecil yg sungguh praktikal --- USB Led Light
beli di mr.D.I.Y jer. murah... dah lama ye beli ni. mencari lagi satu nak beli, dah xde jual dah
sedih. frust
sesungguhnya saya sgt suka me'review' sesuatu tu setelah saya gunakan dan ia bertahan lama.
barulah boleh recommend pada semua.
barulah berbaloi - alah membeli, menang memakai.
matlamat asal, USB led light ni saya beli utk diletakkan di tepi desktop
sedia maklum la juga kan bahawa saya bergelumang dgn assignments selama 22 bulan (sept 2017 - jun 2019). alhamdulillah, da tamat dah pengajian 28 jun yg lepas
waktu yg sgt ideal utk saya membaca buku, research secara online, menaip merangka ayat demi memenuhi kriteria 7000 perkataan - tgh malam membawa ke awal pagi
siang hari otak saya semcm kurang aktif berfungsi utk belajar dan membaca buku.
otak saya lebih nak fikirkan nak masak apa, lipat baju, kemas dapur, amik anta anak skola,...
sgt sgt occupied otak saya ni time siang hari.maka, di tgh malam lah (iaitu selepas jam 11 mlm) saya mula bersendirian dan mengarang
tempat terletaknya desktop saya, lighting nyer kurang cerah. sakit mata bila mengadap cahaya dari skrin komputer semata-mata
bertambah pula saya yg sedia rabun ni, aduhai 😖😞😓😓 seksa pemandangan
sebab tu la, saya mencari benda begini yg sememangnya byk membantu saya 👍
mudah. cucuk jer di slot usb tu.
tadaaaaaa... nampak kan betapa terangnya persekitaran desktop saya.
sgt membantu menerangi pemandangan saya.
then... nak la dijadikan cerita.
satu mlm tu Izzat nak buat homework di ruang tonton tv. biasanya, saya suruh dia buat homework di yg satu lagi. lampu di situ cukup terang.
side tonton tv sini, pencahayaan nyer kelam jer. malap jer buku Izzat.
😒 😕😕 tak puas hati lah!
mr.asben's idea - cucukkan di powerbank saya 👌 😃. semua pink!
terang, kan? 😃
pastikan powerbank bernyawa lagi lah kan.
mudah. portable 😍.
👇👇👇
now, di rumah baru, benda ni terus berbakti dgn jayanya
ia menjadi lampu tidur di bilik kami. cahayanya menerangi seluruh bilik
tak perlu lah beli lampu tidur yg spesifik. jimat duit. jimat ruang 👌👌
hanya menggunakan pineng extension socket hijau saya 👍
tadaaaaaaa... menerangi bilik di waktu mlm. alhamdulillah 👌
kalau ke mr.D.I.Y, ada byk jenis lagi benda gini
tepuk dada, tanya selera
yg ini menarik perhatian saya kerana :ada 10 led light yg jelas.flexible!!! ni best. mudah nak sesuaikan dgn tempat dan kawasan yg perlukan pencahayaan tambahan.sesuatu yg praktikal bagi saya krn mudah dibawa dan mudahalih. contoh, nak update blog dlm kereta (mlm) 😃 --- laptop, this ohsem USB led light & internet.tak perlukan byk ruang 👍.
harga yg saya beli, sgt la dah lupa
seingatnya, not more than RM20. ni la akibat bila excited sgt, buka kotak brg terus buang
dah la bila nak buat review gini, details brg pun takde 😆 ha ha ha ha..
di LAZADA dan SHOPEE pun ada menjualnya. belas-belas harganya
aneka jenis USB led light. yg kecil. yg besar. terpulang kpd kita, nak yg bagaimana
👌👌👌
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/07/kecil-tapi-sangat-terang-usb-led-light.html