Birthday Surprise Bouquet Pemberian Kecil Tapi Bermakna
BIRTHDAY SURPRISE BOUQUET, PEMBERIAN KECIL TAPI BERMAKNA | Al-kisah terlalu serabut dan sibuk dengan proses pindah rumah minggu lalu, saya seperti tak berpijak di bumi yang nyata.. Pagi ini baru teringat birthday adik bongsu dah berlalu semalam.. I can't believe I forgot my sister 's special day. I feel bad about it, tanpa berlengah terus capai phone dan wish her happy belated birthday..
Masih tetap rasa bersalah, so I decided to send her birthday surprise bouquet. Tapi masihkah ada yang sudi ambil order last minute dan hantar dalam hari yang sama before 4.30 p.m? Just tawakkal.. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan.. Hasil pencarian, saya dapat khidmat surprise delivery dengan hanya sekali percubaan.
Surprise birthday delivery for my sisterInilah feedback saya terima dari my adik bongsu :
FeedbackSaya kenang jasa adik bongsu ni, Allah takdirkan dia masih single untuk menjaga orang tua di kampung. Lately ayah saya tak sihat dan bermacam-macam ragam lagi dia perlu hadapi ditambah pula kerja hakiki sebagai Lecturer. Saya faham, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya tak dapat balik kampung sekerap mungkin. Adik bongsu ini harapan saya. Walaupun begitu, kami adik-beradik sama-sama memenuhi kekurangan yang ada untuk saling bekerjasama. Bab tenaga, kewangan, perhatian dan keperluan dibahagi sama. Jadi tak hairanlah mengapa dia rasa terharu apabila mendapat penghargaan seperti itu, pemberian kecil bagi saya tapi bermakna untuk dia..
Keadaan ini mengingatkan saya tentang petikan dari tulisan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Saya kongsi di sini sebagai renungan kita bersama :
"Seorang anak belum diuji selagi kedua-dua ibu bapanya belum mencapai usia tua. Sebab itu, Allah SWT memberi peringatan jelas kepada hamba-Nya bergelar anak supaya berbuat baik kepada orang tua, khususnya ketika mereka mencapai usia tua.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” - (Surah al-Isra’, ayat 23)
Sekiranya berpeluang menziarahi orang sakit di hospital, buatlah pemerhatian dan lakukanlah muhasabah diri. Secara lumrahnya, golongan yang berusia memenuhi ruang hospital dengan segala macam penyakit.
Pelbagai ragam dan keadaan dapat disaksikan. Kebanyakan mereka adalah ibu bapa kepada anak yang sudah berkeluarga dan berkerjaya menyebabkan ada yang tidak mampu menjaga orang tua mereka.
Buat anak-anak, sedarlah kalian hanya mempunyai seorang ibu dan seorang ayah. Tidak ada yang dapat menggantikan tempat itu apabila mereka tiada lagi di dunia ini.
Rebutlah peluang berbakti kepada orang tua selagi Allah SWT izinkan. Memang mudah menyatakan sayangnya kita kepada orang tua, namun belum tentu kasih sayang itu dibuktikan dengan ikhlas apabila kedua-dua mereka dalam keadaan uzur dan menunjukkan pelbagai ragam.
Rasulullah SAW menyatakan dengan jelas kelebihan yang diperoleh anak yang mampu berbakti kepada kedua-dua orang tuanya. Ibnu ‘Umar pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perbuatan yang disukai oleh Allah? Baginda bersabda yang bermaksud: “Solat pada waktunya.” Ditanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.” Kemudian ditanya lagi: “Kemudian apa?” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Satu hadis diriwayatkan Ahmad menjelaskan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh rugi seorang lelaki (begitu juga perempuan) yang sempat hidup bersama kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripadanya, kemudian kedua-duanya tidak menjadi sebab (untuknya) masuk ke syurga.”
Semua orang tahu mengenai kelebihan menjaga ibu bapa ketika mereka mencapai usia tua. Namun, tidak ramai sanggup melakukan amal bakti kepada kedua-dua orang tuanya.
Berbaktilah kepada ibu bapa sejak diri mampu hidup berdikari dan ketika mereka masih sihat. Antara perkara yang perlu sentiasa dititikberatkan ialah soal komunikasi.
Walaupun dihambat dengan tugasan dan kerjaya masing-masing, berusahalah menghubungi mereka selalu bagi bertanya khabar serta berkongsi berita gembira. Melalui cara itu, ibu bapa dapat merasai kedudukan mereka begitu istimewa di sisi anak-anak.
Kadang-kadang, anak lebih selesa berkongsi kegembiraan dengan rakan sedangkan ibu bapa adalah orang yang sepatutnya wajar mendapat perkhabaran gembira itu.
Jika berpeluang pulang ke kampung, jangan malu memeluk ibu bapa. Peluk dan ciumlah mereka sebagai tanda dalamnya cinta dan kasih sayang kita terhadap mereka.
Bukan setiap masa mereka harapkan, cukuplah seketika tapi berkala ketika bersama mereka di kampung. Doakan selalu supaya ibu bapa sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan hidup.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” - (Surah al-Isra’, ayat 24)
Selain itu, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah mendidik anak menghormati dan menyayangi datuk dan nenek mereka. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidaklah seorang pemuda menjaga seseorang yang sudah tua melainkan Allah menetapkan seorang pemuda yang akan menjaganya ketika (dia) tua kelak.” - (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Jika hari ini kita berbakti kepada kedua-dua orang tua, pasti kita juga akan mendapat penjagaan yang sama oleh anak sendiri pada kemudian hari.
Justeru, rebutlah peluang berbakti kepada kedua-dua orang tua kerana peluang hanya datang sekali. Apabila ia berlalu, peluang itu pasti tidak akan berulang kembali.
Usah malu memiliki orang tua yang sedang uzur kerana pada merekalah letaknya peluang mendapat syurga dengan segala kenikmatannya."
Apabil menghayati nukilan di atas hati rasa sebak dan dalam diam menitiskan airmata. #sayu.
Doa saya kepada adik bongsu : Semoga diberikan kesihatan, kesabaran, dipermudahkan urusan, diluaskan pintu rezeki dan dilimpahi rahmat Illahi.. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan mendapat redha dan balasan syurga, aamiin.
Setakat ini sahaja perkongsian saya Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Regards,
Loading...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ladyinredplanner.blogspot.com/2019/07/birthday-surprise-bouquet-pemberian-kecil-tapi-bermakna.html