Kecederaan Adib Bukan Macam Dipukul Kata Doktor



(TMI) – KECEDERAAN yang menyebabkan ahli bomba Muhammad Adib Mohd Kassim maut ketika rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman tidak selaras dengan kes serangan biasa, kata doktor.
S Anand yang merupakan pakar bedah kardiothoracic di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) memberitahu mahkamah hari ini Adib mengalami kecederaan parah di dada selepas melihat imbasan CT dan x-ray.
“Dalam pengalaman saya kecederaan teruk begini biasanya disebabkan kemalangan kenderaan motor,” katanya.
Beliau menyimpulkan bahawa dari pemeriksaan x-ray bahawa pertahanan diri tidak terlibat dalam kes ini.
“Ia kecederaan terpencil. Bukti kecederaan pertahanan diri tidak jelas dalam kes ini,” katanya kepada koroner Rofiah Mohamad Mansor.
Adib mengalami patah tulang rusuk kanan dan kecederaan pada paru-paru ketika dibawa ke hospiyal.
Anand berkata, terdapat pelbagai mekanisme termasuk serangan yang boleh membawa kepada trauma dada yang tumpul seperti menghancurkan tulang rusuk, jatuh dari ketinggian, pecutan pesat, nyahpecutan dan serangan.
“Kebanyakan kecederaan Adib tertumpu pada bahagian dadanya dan ia tidak konsisten dengan serangan.
“Tidak mustahil tetapi jelas bahawa pertahanan diri tidak terlibat dalam kes ini,” katanya.
“Kecederaannya terbatas di bahagian dada dan pada pengalaman saya agak luar biasa untuk mengalami trauma besar pada satu bahagian badan yang dikaitkan dengan serangan,” katanya.
Malah katanya, dia boleh menyimpulkan apa yang menyebabkan kecederaan Adib adalah kesan halaju tinggi.
“Tetapi saya tidak boleh mengatakan punca itu,” katanya.
Anand menjawab soalan disampaikan oleh peguam kerajaan Zhafran Rahim Hamzah di hadapan koroner Rofiah Mohamad Mansor.
Dia juga turut membentangkan siasatan imbasan CT Adib yang menunjukkan banyak tulang rusuk patah.
“Imbasan yang dilakukan ke bahagian hati tidak menunjukkan sebarang kerosakan,” katanya.
Anand memberitahu mahkamah Adib terpaksa dipindah ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana dia memerlukan mesin sokongan extracorporeal (ECLS) yang tidak terdapat di SJMC.
Katanya, dia sudah berunding dengan dengan dua doktor pakar lain di IJN.
“Memindahkan Adib dari ICU ke van IJN perjalanan singkat tetapi mengambil masa lama,” katanya.
Terdahulu Dr Nantha Kumeran memberitahu mahkamah Adib mengalami patah tulang rusuk kanan dan cedera dia paru-paru ketika dibawa ke hospital.
Beliau yang berada di dalam bilik kecemasan berkata ketika Adib dibawa masuk, beliau melihat lebam di sebelah kanan dada lelaki itu.
“Apabila saya sentuh sebelah kanan dadanya saya dapat dengar bunyi retak, ia seperti tulang rusuknya patah,” katanya.
Beliau juga pada awalnya menyangkakan ia adalah pneumothorax (paru-paru bocor).
Dr Nantha memberitahu mahkamah dia tidak melihat apa-apa lebam atau tanda lain di bahagian abdomen selain sebelah kanan tubuh mangsa.
Katanya, beliau kemudian memanggil juru x-ray dan melakukan intubasi untuk Adib yang ketika itu susah untuk bernafas.
Dr Anand juga mengesahkan bahawa Adib telah diintubasi ketika dia dipanggil oleh Dr Nantha untuk memeriksa mangsa.
Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa tekanan darah Adib rendah dan dia tidak bertindak balas.
Inkues itu diadakan kerana tiada penemuan konklusif dalam siasatan mengenai bagaimana Adib tercedera semasa rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Seafield di Subang Jaya pada 27 dan 28 November tahun lepas.
Siasatan polis mendedahkan terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan kematian anggota bomba berusia 24 tahun itu: sama ada dia dipukul oleh orang ramai atau dilanggar oleh trak bomba.
Adib dimasukkan ke hospital selama tiga minggu, walaupun mula sedar dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan, beliau meninggal dunia pada 17 Disember akibat kegagalan paru-paru.
Inkues bersambung pada Isnin.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/21/kecederaan-adib-bukan-macam-dipukul-kata-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 470 hits
Pemandu jentera bomba Md Eliza Mohd Noor berkata pegawai penyelia operasi memberitahu supaya mereka tidak keluar dari kenderaan kerana keadaaan tidak mengizinkan SHAH ALAM Pemandu jentera bomba Fire Rescue Tender yang tiba untuk memadam keb...
Inkues Adib Orang Awam Kata Seorang Anggota Bomba Dipukul Saksi

Inkues Adib Orang Awam Kata Seorang Anggota Bomba Dipukul Saksi

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 383 hits
MALAYSA GAZETTE Amirrul Adli M Yussli 26 pelatih pramugara di syarikat penerbangan AirAsia berkata beliau juga melihat anggota bomba itu yang memakai pakaian celoreng duduk dalam keadaan melunjurkan kaki SHAH ALAM Seorang saksi memberitahu ...
Adib Beritahu Dia Dipukul Kata Pakar Ijn

Adib Beritahu Dia Dipukul Kata Pakar Ijn

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 371 hits
Faiz Zainudin SHAH ALAM Anggota bomba yang maut Muhammad Adib Mohd Kassim sempat memberitahu seorang kakitangan di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur bahawa beliau dipukul Saksi ke 14 yang juga Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik IJ...
Ada Kesan Tapak Kasut Di Rusuk Kanan Adib Kata Saksi Inkuesadib Justice4adib

Ada Kesan Tapak Kasut Di Rusuk Kanan Adib Kata Saksi Inkuesadib Justice4adib

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 526 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190218 inkues adib kesan tapak kasut jpg fit 600 2C400 ssl 1Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu terdapat kesan lebam pada rusuk kanan ang...
Adib Ditarik Dan Dipukul Perusuh

Adib Ditarik Dan Dipukul Perusuh

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 297 hits
MOHD YUNUS YAKKUB dan TAUFIK SALIMIN 12 Februari 2019 5 40 PM SHAH ALAM Seorang pegawai perubatan dan pemandu van Ban shy tuan Perkhidmatan Kecemasan mende
Pelik Adib Hanya Cedera Bahagian Rusuk Doktor Pakar Pula Dedah Sesuatu Selepas Rawat Adib

Pelik Adib Hanya Cedera Bahagian Rusuk Doktor Pakar Pula Dedah Sesuatu Selepas Rawat Adib

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 665 hits
Ada beberapa faktor boleh menyebabkan keced3raan pada bahagian dada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 dipercayai akibat objek tumpul ketika rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya pada 27 November tahun la...
Orang Kata Anak Kedua Ni Special Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

Orang Kata Anak Kedua Ni Special Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 622 hits
ORANG kata perangai anak kedua ni lain daripada yang lain Mereka punya sifat yang tersendiri Adakalanya mereka cukup disenangi oleh semua anggota keluarga tidak kurang juga yang menjengkelkan sehingga langsung tidak disenangi oleh adik bera...
Siapa Yang Buat Adik Aku Macam Ni Pelajar Junior Dipukul Senior Sebab Tak Puas Hati

Siapa Yang Buat Adik Aku Macam Ni Pelajar Junior Dipukul Senior Sebab Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 610 hits
Siapa yang buat adik aku macam ni Pelajar junior dipukul senior sebab tak puas hati Please someone yang kenal student KV Kajang boleh PM aku Aku just nak tahu je siapa yang buat kat adik aku macam ni This boy budak lagi kau senior tak payah...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya