Kebocoran Air Di Klia Berpunca Daripada Kesilapan Kontraktor Ketika Kerja Baik Pulih Bumbung Mahb


Kebocoran Air Di KLIA Berpunca Daripada Kesilapan Kontraktor Ketika Kerja Baik Pulih Bumbung – MAHB
PUTRAJAYA, 15 November (Bernama) — Insiden kebocoran air di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam berpunca daripada kesilapan kontraktor semasa kerja-kerja baik pulih bumbung dan pengalisan air yang sedang dijalankan.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati insiden itu berlaku ketika kerja-kerja baik pulih bumbung secara besar-besaran sedang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan berterusan bagi menangani infrastruktur yang semakin uzur.
Menurut MAHB, kontraktor terbabit sedang menutup serta melindungi saluran perparitan di atas bumbung apabila aktiviti kilat semakin aktif di sekitar lapangan terbang, dan selaras dengan prosedur keselamatan, semua kerja dihentikan serta-merta manakala para pekerja diarah mengosongkan kawasan bumbung.
“Dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengosongkan kawasan berikutan cuaca yang semakin buruk, kontraktor terbabit gagal menanggalkan papan lapis yang digunakan sebagai penutup sementara saluran perparitan. Keadaan ini menyebabkan satu daripada sistem perparitan bumbung tersumbat,” menurut kenyataan itu.
Keadaan itu menghalang aliran air hujan yang lebat, menyebabkan ia bertakung di atas bumbung sebelum meresap ke siling sehingga mengakibatkan kebocoran dan menjejaskan sebahagian daripada kawasan balai berlepas.
MAHB memaklumkan bahawa pasukan respons di lapangan berjaya membersih serta memulihkan kawasan yang terjejas dalam tempoh sejam setengah dan selepas itu, operasi diteruskan dengan selamat serta lancar seperti biasa. Pengendali lapangan terbang itu turut memaklumkan bahawa kegagalan kontraktor mematuhi protokol kerja asas, khususnya ketika menanggalkan penutup sementara saluran perparitan, telah dikenal pasti sebagai punca langsung insiden tersebut dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang ‘tidak boleh diterima’ bagi kerja-kerja membabitkan infrastruktur kritikal lapangan terbang.
“KLIA dipertanggungjawabkan oleh orang ramai untuk mengekalkan piawaian tertinggi, dan kami komited memastikan semua kontraktor serta rakan kongsi mematuhi piawaian tersebut. KLIA sedang mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor terbabit bagi menangani kelemahan ini,” menurut kenyataan itu.
MAHB memaklumkan bahawa pihaknya turut bekerjasama dengan kontraktor terbabit untuk memperkukuh prosedur kerja termasuk pemeriksaan ramalan cuaca secara mandatori sebelum memulakan aktiviti di atas bumbung dan menambah baik protokol kecemasan bagi pemberhentian kerja ketika cuaca buruk.
Kerja-kerja baik pulih bumbung itu adalah sebahagian daripada projek selama setahun yang bermula pada April lepas untuk membaiki dan mengaliskan air di bumbung terminal utama sekali gus menjadi komponen penting dalam program pembaharuan infrastruktur Malaysia Airports yang lebih menyeluruh.
BACA: Gunung Berapi Berlumpur Meletus, Api Menjulang Setinggi Dua Meter BACA: MAHB Giat Tangani Kebocoran Di Terminal 1 KLIA BACA: Aerotrain KLIA: MAHB Sedia Kerjasama Dengan SPRM Sumber: Bernama
The post Kebocoran Air Di KLIA Berpunca Daripada Kesilapan Kontraktor Ketika Kerja Baik Pulih Bumbung – MAHB appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/15/kebocoran-air-di-klia-berpunca-daripada-kesilapan-kontraktor-ketika-kerja-baik-pulih-bumbung-mahb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bumbung Klia Bocor Kecuaian Kontraktor Tertinggal Plywoo Sebab Utama

Bumbung Klia Bocor Kecuaian Kontraktor Tertinggal Plywoo Sebab Utama

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 202 hits
Bumbung KLIA mengalami kebocoran yang didakwa berpunca daripada kontraktor yang meninggalkan plywood menutup saluran ketika kerja waterproofing Ketika ribut kuat melanda kontraktor bertindak mengosongkan kawasan bumbung mengikut prosedur ke...
Air Selangor Perkukuh Pembangunan Loji Air Pulih Guna Air Sokong Pertumbuhan Digital Ekonomi Mampan Selangor

Air Selangor Perkukuh Pembangunan Loji Air Pulih Guna Air Sokong Pertumbuhan Digital Ekonomi Mampan Selangor

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 189 hits
Air Selangor Perkukuh Pembangunan Loji Air Pulih Guna Air Sokong Pertumbuhan Digital Ekonomi Mampan Selangor Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sedang memperkukuh pembangunan Loji Air Pulih Guna yang akan membekalkan air pulih guna bagi keguna...
Gigih Tolak Air Pekerja Klia Raih Pujian Ramai

Gigih Tolak Air Pekerja Klia Raih Pujian Ramai

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 238 hits
Gigih Tolak Air Pekerja KLIA Raih Pujian Ramai Semalam tular di media sosial kejadian bumbung bocor di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlaku berikutan hujan lebat Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mal...
Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 295 hits
Malaysiakini nbsp Berlaku kebocoran air hujan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang yang menyaksikan air hujan mencurah membasahi lantai Difahamkan ia berlaku di kawasan pelepasan di aras 5 KLIA menjelaskan bahawa kejadian...
Waterfall In Klia Mahb Cites Contractor Error During Roofing Works

Waterfall In Klia Mahb Cites Contractor Error During Roofing Works

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 240 hits
Malaysia Airports Holdings Bhd has confirmed that a water leakage incident at KLIA Terminal 1 yesterday was caused by an error by a roofing contractor working on active restoration works In a statement MAHB said the incident occurred during...
Mahb Scrambles To Fix Klia Aerotrain Failures After Repeated Breakdowns

Mahb Scrambles To Fix Klia Aerotrain Failures After Repeated Breakdowns

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 201 hits
MALAYSIA Airports Holdings Bhd has demanded immediate corrective action from its aerotrain contractors following repeated breakdowns that have dented public confidence in the Kuala Lumpur International Airport transport system Preliminary a...
Aerotrain Klia Mahb Sedia Kerjasama Dengan Sprm

Aerotrain Klia Mahb Sedia Kerjasama Dengan Sprm

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 142 hits
Aerotrain KLIA MAHB Sedia Kerjasama Dengan SPRM SEPANG 14 November Malaysia Airports Holdings Bhd belum menerima sebarang permintaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat projek Aerotrain bernilai RM456 juta di Lap...
Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan

Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 184 hits
Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan Selepas beriadah dan bersukan pilihan minuman sebenarnya memainkan peranan penting Rasa penat yang menekan dada badan yang lesu dan kepala yang sedikit berdenyut memb...
Murid 11 Tahun Lemas Ketika Serta Program Sokongan Keyakinan Air

Murid 11 Tahun Lemas Ketika Serta Program Sokongan Keyakinan Air

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 230 hits
Murid 11 Tahun Lemas Ketika Serta Program Sokongan Keyakinan Air KUALA LUMPUR 8 Nov Seorang murid lelaki berumur 11 tahun dari sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur meninggal dunia semalam selepas dua hari mendapat rawatan setelah lemas...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

Najib Guilty In 1mdb Case Major Milestone In Fight Against High Level Corruption

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari