Air Selangor Perkukuh Pembangunan Loji Air Pulih Guna Air Sokong Pertumbuhan Digital Ekonomi Mampan Selangor


Air Selangor Perkukuh Pembangunan Loji Air Pulih Guna (WRP) Air, Sokong Pertumbuhan Digital & Ekonomi Mampan Selangor
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) sedang memperkukuh pembangunan Loji Air Pulih Guna (WRP) yang akan membekalkan air pulih guna bagi kegunaan industri dan pusat data di seluruh Selangor.
Langkah ini menandakan satu pencapaian penting dalam pengurusan air mampan dan inisiatif ekonomi kitaran di Malaysia.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Air Selangor dalam menyediakan penyelesaian air yang inovatif dan berdaya tahan bagi memperkukuh asas ekonomi Selangor serta menyumbang kepada matlamat ketahanan iklim negara dan meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim.
YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor berkata, “Selangor merupakan negeri paling bersedia dan paling berdaya saing di Malaysia dalam membangunkan infrastruktur bagi pusat data serta industri mampan.
“Dengan sumbangan sebanyak 26.2% kepada KDNK Malaysia pada tahun 2024 dan menarik lebih RM100 bilion pelaburan tahun lalu, Selangor terus menerajui pertumbuhan ekonomi negara.
“Inisiatif ini mengukuhkan lagi kedudukan Selangor sebagai peneraju serantau dalam transformasi digital hijau, memastikan kemajuan ekonomi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar bergerak seiring.”
WRP ini turut akan menyokong (2) dua pembangunan utama pusat data yang bakal dilaksanakan di Selangor, susulan majlis menandatangani perjanjian yang disaksikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), serta YBhg Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, sekali gus memperkukuh kedudukan Selangor sebagai destinasi utama pelaburan infrastruktur digital di rantau ini.
Adam Saffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor berkata, “Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam mencapai kemampanan air kitaran di Malaysia.
Dengan memproses dan mengguna semula air terawat bagi kegunaan industri kami dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air minum di samping menggalakkan pertumbuhan industri yang lebih bertanggungjawab.
“Melalui pendekatan pengurusan air yang mampan dan inovatif, Air Selangor memainkan peranan penting dalam membentuk transformasi Selangor ke arah ekonomi digital yang berdaya tahan dan berdaya saing,” tambah Adam.
Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui Central Water Reclamation Sdn Bhd (CWR), usahasama antara Air Selangor (60%) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) (40%) serta Air Lestari Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang memfokuskan kepada penyelesaian air mampan, termasuk reka bentuk, pembangunan dan operasi sistem rawatan serta rawatan pulih guna air.
Usaha ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia oleh utiliti air negeri bagi membekalkan air pulih guna kepada sektor industri dan pusat data.
Inisiatif ini turut memperkukuh kedudukan Selangor sebagai nadi ekonomi negara dan destinasi pilihan bagi pelaburan bernilai tinggi.
Awal bulan ini, Air Selangor juga menyokong pembangunan Pusat Data Eco Green Premium Basis Bay di Cyberjaya, sebuah projek yang selaras dengan aspirasi Selangor dalam memacu agenda kelestarian dan inovasi.
Dengan menukar air kumbahan terawat kepada sumber industri bernilai, inisiatif ini menyumbang kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi kitaran, memperkukuh keselamatan bekalan air, serta meningkatkan kemampanan sektor industri di Selangor.
Pembinaan WRP dijangka bermula pada tahun 2026, manakala operasi komersial disasarkan pada tahun 2028. Setelah siap, loji ini akan menjadi penanda aras baharu bagi penyelesaian air industri mampan di Malaysia dan membuktikan bahawa kemajuan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar boleh bergerak seiring.
The post Air Selangor Perkukuh Pembangunan Loji Air Pulih Guna (WRP) Air, Sokong Pertumbuhan Digital & Ekonomi Mampan Selangor appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/14/air-selangor-perkukuh-pembangunan-loji-air-pulih-guna-wrp-air-sokong-pertumbuhan-digital-ekonomi-mampan-selangor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Digital Perkenal Standard Siri Ms 2574 Perkukuh Keselamatan Kepercayaan Ekosistem Ekonomi Digital

Kementerian Digital Perkenal Standard Siri Ms 2574 Perkukuh Keselamatan Kepercayaan Ekosistem Ekonomi Digital

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 168 hits
Kementerian Digital Perkenal Standard Siri MS 2574 Perkukuh Keselamatan Kepercayaan Ekosistem Ekonomi Digital KUALA LUMPUR 18 Nov 2025 Kementerian Digital telah melancarkan dokumen Standard Malaysia Siri MS 2574 satu langkah strategik untuk...
Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 244 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor yang berlangsung di Glenmarie Ballroom Glenmarie Hotel Golf Resort Shah Alam Majlis anjuran Air Selangor ini diadakan sebagai tanda peng...
Belanjawan 2026 Mcmc Perkukuh Keterangkuman Digital Dan Kesalinghubungan Negara

Belanjawan 2026 Mcmc Perkukuh Keterangkuman Digital Dan Kesalinghubungan Negara

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 189 hits
CYBERJAYA 11 Okt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyambut baik penekanan Kementerian Komunikasi dalam Belanjawan 2026 yang memberi fokus kepada usaha memperkukuh kesalinghubungan komunikasi memperluas pembangunan infrastrukt...
Kebocoran Air Di Klia Berpunca Daripada Kesilapan Kontraktor Ketika Kerja Baik Pulih Bumbung Mahb

Kebocoran Air Di Klia Berpunca Daripada Kesilapan Kontraktor Ketika Kerja Baik Pulih Bumbung Mahb

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 183 hits
Kebocoran Air Di KLIA Berpunca Daripada Kesilapan Kontraktor Ketika Kerja Baik Pulih Bumbung MAHB PUTRAJAYA 15 November Insiden kebocoran air di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam berpunca daripada kesilapan kontr...
Pm Anwar Jumpa Datuk Bandar Kl Baharu Perkukuh Rancangan Pembangunan

Pm Anwar Jumpa Datuk Bandar Kl Baharu Perkukuh Rancangan Pembangunan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 131 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud di Putrajaya pada 17 November 2025 Foto PMOPUTRAJAYA 17 Nov Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu Datuk Fadlun Mak Ujud melak...
Punya Habis Idea Pembangkang Guna Pemimpin Yang Perangi Umat Islam Selatan Thai Untuk Serang Pmx

Punya Habis Idea Pembangkang Guna Pemimpin Yang Perangi Umat Islam Selatan Thai Untuk Serang Pmx

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 164 hits
Pembangkang guna pemimpin yang perangi umat Islam Selatan Thai untuk serang PMXHarapandailyNovember 6 2025Ahli politik Thailand Rangsi Kittiyarnsup yang digunakan pembangkang untuk menyerang kerajaan adalah bekas pegawai kanan tentera yang ...
Apple Dilapor Akan Guna Model Ai Google Untuk Siri Bayar 1 Bilion Setahun

Apple Dilapor Akan Guna Model Ai Google Untuk Siri Bayar 1 Bilion Setahun

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 179 hits
Apple merancang untuk membayar kira kira 1 bilion setahun bagi menggunakan model kecerdasan buatan dengan 1 2 trilion parameter yang dibangunkan oleh Google Menurut laporan Bloomberg syarikat itu kini dalam peringkat memukt
Popia Roti Sedap Rangup Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic

Popia Roti Sedap Rangup Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 197 hits
Popia Roti Sedap Rangup Sedapnya popia roti Ia merupakan idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan menggunakan lebihan roti sandwic atau roti sosej Makan panas panas memang terbaik pasti licin Jika tak habis boleh juga disejukbek...
Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 216 hits
Siapa sini yang ada koleksi skincare dan mekap yang bertimbun timbun Angkat tangan Kadang kadang kita teruja sangat bila beli sampai tak sedar ada yang dah duduk dalam laci berbulan bulan malah bertahun tahun lamanya Sama macam makanan prod...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Kuih Tiram

Thunderstorm Warning For Four States Labuan Until 1pm

Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Jangan Pelik Kalau Satu Hari Nanti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

Surah Al Ikhlas Rumi Jawi Audio Kelebihan Mengamalkan

Common Isu Teknikal Dalam Pembikinan Template Website

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Safety Control Clean Room