Keberanian Zahid Hamidi Yang Luar Biasa


 
Memecat pemimpin untuk mengekalkan kuasa atau atas apa alasan sekali pun adalah perkara biasa di mana-mana saja di planet bumi ini.
Oleh itu, tindakan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memecat dan menggantung beberapa pemimpin yang tidak sebulu dengannya sebagaimana diputuskan MT UMNO malam tadi bukanlah perkara yang pelik sebenarnya.
Terlebih lagi dalam UMNO, pecat memecat ini bukanlah sesuatu yang asing sejak dulu, kini dan mungkin selamanya selagi parti itu masih bernyawa.
Tun Mahathir Mohamad pernah memecat Anwar Ibrahim dan Najib Razak pernah memecat Mahiaddin Md Yasin.
Lama sebelum itu, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj juga pernah memecat Tun Mahathir.
Di luar UMNO pula, Mahiaddin sebagai Presiden Bersatu telah memecat Tun Mahathir selaku Pengerusi parti itu.
Di dalam Pas,PKR dan Amanah turut pernah berlaku pecat-memecat itu.
Cuma, tindakan PKR memecat Azmin Ali dan kumpulannya agak berbeza dengan semua pemecatan itu kerana ia hanya diambil Anwar setelah berlakunya pengkhianatan yang meruntuhkan sebuah kerajaan.
Betullah kata orang, Anwar ini “tahap dewa” sabar dalam dadanya.
Begitu pun, melihat tindakan pemecatan dan penggantungan oleh Zahid Hamidi malam tadi, harus diakui beliau adalah ketua parti yang luar biasa keberaniannya.
Beliau ternyata lebih hebat dan lebih luar biasa daripada semua Presiden UMNO lain yang juga pernah memecat orang sebelum ini.
Yang dipecat malam tadi ialah Khairy Jamaluddin serta Noh Omar, manakala yang digantung selama enam tahun adalah Hishammuddin Hussein, Fathul Bari, Shahril Hamdan, Maulizan Bujang dan Salim Sharif.
Daripada semua pemecatan dan penggantungan itu, hebat dan luar biasanya Zahid Hamidi adalah kerana keberaniannya bertindak terhadap Khairy Jamaluddin atau KJ serta kepada Hishammuddin.
KJ adalah menantu kepada Tun Abdullah Badawi, bekas Perdana Menteri yang mula-mula membawa Zahid Hamidi ke dalam kerajaan dengan jawatan pertama yang diberikannya kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu adalah sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan selepas itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ketika era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum itu, Zahid Hamidi diketepikan seratus peratus daripada kedudukan dalam kerajaan kerana beliau dianggap sebagai penyokong kuat kepada Anwar.
Hishammuddin pula adalah anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn serta cucu kepada pengasas UMNO, Onn Jaafar.
Hebat dan luar biasa tak Zahid Hamidi kerana sungguh tidak takut untuk memecat menantu seorang bekas Perdana Menteri serta menggantung keahlian anak bekas Perdana Menteri dan cucu kepada pengasas UMNO?
Hanya seseorang yang ada keberanian luar biasa saja mampu mengambil tindakan sedemikian rupa.
Tambahan lagi, baik KJ atau Hishammuddin, kedua-duanya adalah harapan sebahagian penyokong dalam UMNO sendiri sebagai bakal Perdana Menteri suatu hari nanti.
Ertinya, yang dipecat dan digantung malam tadi adalah bakal pemimpin besar negara suatu hari, tapi Zahid Hamidi dengan berani telah “menebang” pokok yang mulai rendang itu.
Perghhh…hebat sekali Zahid Hamidi, boleh kita angkat topi kepadanya.
Kini kita mesti mengaku – siapa kata “Pendekar Jawa” tidak hebat menghunus senjata? – ShahbudinHusin 28/01/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/keberanian-zahid-hamidi-yang-luar-biasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luar Biasa Hanya Dengan Dua Lagu Lisa Bp Cipta 3 Guinness World Records Baru

Luar Biasa Hanya Dengan Dua Lagu Lisa Bp Cipta 3 Guinness World Records Baru

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 242 hits
Hanya dengan 2 lagu iaitu LALISA dan MONEY Lisa BLACKPINK telah berjaya mencipta Guinness World Records baru ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Guinness World Records telah mengumumkan bahawa Lisa BLACKPINK telah mencipta tiga lagi rekod tambahan se...
Kes Zahid Hamidi

Kes Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 570 hits
APABILA ANUAR IBRAHIM BERKATA Kes Zahid Saya tak mahu dahului mahkamah kata AnwarBERERTIZAHID HAMIDI AKAN TERLEPAS
Video Kasad Naikkan Pangkat Luar Biasa Tni Viral Gadai Motor Urai Macet 16 Jam

Video Kasad Naikkan Pangkat Luar Biasa Tni Viral Gadai Motor Urai Macet 16 Jam

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 278 hits
Kasad Jenderal TNI Dudung Abdurachman memberikan kenaikan pangkat luar biasa kepada prajurit Babinsa Kopka Azmiadi Aksi Azmiadi menggadaikan motornya urai kemacetan 16 jam viral di media sosial Kopka Azmiadi menggadaikan motornya untuk meny...
Zahid Hamidi Tunggu Saya Akan Jawab

Zahid Hamidi Tunggu Saya Akan Jawab

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 148 hits
Mohd Nasaruddin Parziam hmetro com myKuala Lumpur Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memberi penjelasan berhubung tindakan parti itu memecat serta menggantung keahlian beberapa pemimpinnya Tanpa memberi perincian bila penje...
Sabah Coup Attempt Not Over Yet Says Zahid Hamidi

Sabah Coup Attempt Not Over Yet Says Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 264 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi says he still supported efforts to formulate a unity government in Sabah despite chief minister Hajiji Noor having reshuffled the state Cabinet Zahid said this must be done to stabilise the political situat...
Nono Sang Juara Matematika Tolak Hadiah Laptop Dan Mobil Alasannya Luar Biasa

Nono Sang Juara Matematika Tolak Hadiah Laptop Dan Mobil Alasannya Luar Biasa

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 175 hits
Kalau kalian tahu alasannya pasti tambah terkagum kagum dengan bocah pintar yang satu ini Cara pikirnya itu lo keren banget
Pencabar Zahid Hamidi Tok Mat Mesti Kuasai Jawatan Naib Presiden Dan Mt Umno

Pencabar Zahid Hamidi Tok Mat Mesti Kuasai Jawatan Naib Presiden Dan Mt Umno

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 205 hits
Oleh kerana ruang untuk bertanding Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sudah tertutup bagi pemimpin yang ingin mencabar Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan apa langkah seterusnya yang harus mereka lakukan selepas ini Apakah berdiam diri pilihan ...
Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Aisha Retno Tak Adil Chord

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Rahsia Hati Ibu Fateh Family

Perhimpunan Di Kl Anggota Polis Cedera Dalam Pergelutan Selepas Peserta Bakar Suar

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video

Coolblog Love At First Bite

Sakit Ini Biar Jadi Rahsia

Kalendar Islam 2026 Tarikh Penting Bulan Islam Jakim