Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am


Penjawat awam yang mengalami kecemasan am boleh mendapat kebenaran tidak hadir kerja atas sebab kecemasan am seperti yang termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1986.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kebenaran ini.
Mengenai Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am Peraturan kebenaran kepada pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atas sebab kecemasan telah diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1986.
Menurut MyPPSM Ceraian S.R.4.2.7, Ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak hadir bekerja kerana terhalangnya perjalanan ke pejabat atau tempat bekerja biasa.
Pegawai yang tidak hadir kerja disebabkan kecemasan am tersebut perlu mengemukakan satu perakuan sebaik sahaja pegawai itu bertugas semula kepada Ketua Jabatan.
Definisi Kecemasan Am Dari sudut definisi, kecemasan am yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Suatu kejadian kecemasan yang berlaku seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, lain-lain mala petaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa.
Kebenaran tidak hadir kerja dengan sebab kecemasan am ini tidak menjejaskan kelayakan cuti seseorang pegawai dan pegawai tidak perlu mengemukakan permohonan cuti bagi tempoh tidak hadir kerja itu.
Manakala, kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku ke atas peribadi atau pun yang melibatkan harta benda seseorang pegawai tidak termasuk di dalam istilah kecemasan am.
Ini bermakna sekiranya sesuatu bencana atau kemalangan berlaku ke atas pegawai atau ke atas harta bendanya maka kejadian itu disifatkan sebagai kecemasan peribadi dan sekiranya pegawai itu tidak hadir bekerja hendaklah mendapat kebenaran cuti daripada Ketua Jabatannya.
Contoh Kecemasan Am Antara contoh bagi kecemasan ini adalah seperti berikut:
Banjir Tanah runtuh Gempa bumi Jambatan runtuh Bencana alam Perintah sekatan am oleh pihak berkuasa Perakuan Tidak Hadir Kerja Perakuan ini mestilah dihantar kepada ketua jabatan setelah pegawai tersebut bertugas semula:
pp4_57Download Pertimbangan Ketua Jabatan Ketua Jabatan bolehlah memperolehi maklumat dan pengesahan kejadian kecemasan am atau perintah tertentu untuk pertimbangan daripada:
Pegawai Daerah atau Penghulu Pegawai Polis Jabatan Penerangan Malaysia; Jabatan Kebajikan Masyarakat Siaran media massa. Jika Ketua Jabatan tidak berpuas hati dengan perakuan yang dikemukakan, maka Ketua Jabatan boleh memotong cuti rehat tahunan pegawai atau menganggap tempoh itu sebagai cuti tanpa gaji sekiranya cuti rehat tahunan pegawai telah habis digunakan.
Soalan Lazim Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Pegawai sekiranya tidak dapat hadir bekerja atas sebab kecemasan am? Pegawai yang tidak hadir kerja disebabkan kecemasan am hendaklah mengemukakan satu perakuan sebaik sahaja pegawai itu bertugas semula melalui borang ‘Lampiran SR.4.2.7.’
Bolehkah Ketua Jabatan menolak perakuan pegawai atas sebab kecemasan am tersebut? Boleh. Ketua Jabatan boleh menolak perakuan tersebut dengan memotong cuti rehat tahunan pegawai atau menganggap tempoh itu sebagai cuti tanpa gaji jika cuti rehat tahunan pegawai telah habis digunakan.
Jika pegawai bertugas di luar pejabat dan mengalami kecemasan am, bolehkah ia terus berada di tempat tersebut Boleh. Pegawai-pegawai yang bertugas di luar pejabat yang tidak dapat pulang ke ibu pejabatnya disebabkan kecemasan am akan terus dibenarkan berada di tempat tersebut seolah-olah masih menjalankan tugas rasmi dan layak menuntut elaun-elaun di bawah pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa.
Apakah cuti kecemasan am yang dibenarkan? Cuti kecemasan yang dibenarkan adalah seperti berikut:

– Banjir
– Tanah runtuh
– Gempa bumi
– Jambatan runtuh
– Bencana alam
– Perintah sekatan am oleh pihak berkuasa
Info Lanjut Info lanjut mengenai kebenaran tidak hadir kerja atas sebab kecemasan am, sila layari https://www.jpa.gov.my.
Baca juga: Gaji 2026 – Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kebenaran-tidak-hadir-kerja-kecemasan-am/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kebenaran-tidak-hadir-kerja-kecemasan-am

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Apa Istimewanya

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Apa Istimewanya

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 250 hits
Berikut cerita tentang Nasi Dagang Atas Tol satu tempat makan terkenal bagi penggemar hidangan tradisional di Terengganu Apa itu Nasi Dagang Atas Tol Nama Nasi Dagang Atas Tol merujuk kepada sebuah kedai restoran di Kampung Atas Tol Kuala T...
Abaro Cva752a1 Protek Men Shoes Sneakers Comfy Slip On Canvas Shoes Kasut Kerja Lelaki Paling Selesa

Abaro Cva752a1 Protek Men Shoes Sneakers Comfy Slip On Canvas Shoes Kasut Kerja Lelaki Paling Selesa

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 230 hits
ABARO CVA752A1 Protek Men Shoes Kasut Slip On Selesa Bergaya Untuk Kerja Harian ABARO CVA752A1 Protek Men Shoes ialah pilihan terbaik untuk lelaki moden yang inginkan keselesaan dan gaya dalam satu kasut Direka dengan konsep Comfy Slip On m...
Terima Kasih Atas Mandat Hajiji Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Janji Majukan Negeri

Terima Kasih Atas Mandat Hajiji Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Janji Majukan Negeri

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 156 hits
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kemenangan gabungan itu sebagai kemenangan rakyat selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah awal pagi Ahad Terima kasih atas mandat ini Kemenangan ini adalah kem...
Ditahan Atas Kesalahan Seludup 229 Ikan Hidup Dalam Skirt

Ditahan Atas Kesalahan Seludup 229 Ikan Hidup Dalam Skirt

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 171 hits
KOSMO SEBANYAK 229 ikan diseludup di bawah skirt seorang wanita Foto WeiboBEIJING Seorang wanita baru baru ini ditahan ketika cuba menyeludup 229 ekor ikan hidup ke Tanah Besar China dengan menyembunyikannya di bawah skirt lapor portal beri...
Zahirah Macwilson Teliti Pilih Job Bergilir Kerja Dengan Aiman Hakim Itu Pengorbanan Saya Sebagai Ibu

Zahirah Macwilson Teliti Pilih Job Bergilir Kerja Dengan Aiman Hakim Itu Pengorbanan Saya Sebagai Ibu

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 244 hits
Pelakon Zahirah Macwilson mendedahkan bahawa dia dan suaminya Aiman Hakim Ridza kini bergilir keluar bekerja demi memastikan dua cahaya mata mereka tidak dijaga sepenuhnya oleh pembantu rumah Menurut Zahirah 30 mereka mengambil keputusan un...
Kisah Kami Dibuang Kerja 24 Jam

Kisah Kami Dibuang Kerja 24 Jam

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 192 hits
Kisah Kami Dibuang Kerja 24 Jam Assalamualaikum Hari ni nak cerita kisah agak sedih tapi tak berapa sedih hahahahh erm mana nak mula eh Aku ni sebenarnya lama tak kerja 9 to 5 lepas signed Voluntary Separation Scheme dari bank tahun 2003 du...
Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

10 0 0 1 Piso Wifi Pause Time Definitive Guide

Kucing Terkenal Jellybean Pergi Selamanya

Ada Orang Belanja Pergi Spa

Rosmah Dismisses Claims She Caused Najib S Downfall Says Focus Is On Family And Prayer

Data Raya Dalam Pembangunan Pertanian Pintar Tingkatkan Produktiviti

Dah Hampir 5 Hari Blog Ni Senyap Tanpa Khabar

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Checklist Beli Rumah 2026

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Mockup Produk Realistik Kenapa Ia Lebih Meyakinkan

Firth Of Cro Kapal Besi Terdampar Di St Margaret S Bay 1894

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Barang2 Dibawa Keluar Tanpa Beritahu Dr Fie Berang Dengan Nubhan Kejam Kamu