Kebenaran Itu Pahit Sebenarnya


 
PETALING JAYA: Tiga penganalisis senada rekod pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan terdahulu tidak menjanjikan mereka mampu mentadbir negara lebih baik daripada kerajaan perpaduan, selepas PAS menolak gesaan menunggu sehingga PRU16 untuk pertukaran kerajaan.
Semalam, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, pertukaran kerajaan boleh berlaku apabila parti berkuasa kehilangan majoriti di Dewan Rakyat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan “pelbagai cara” untuk membentuk kerajaan.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar bagaimanapun berkata, PN sepatutnya memainkan peranan semak dan imbang dengan lebih berkesan terhadap pentadbiran kerajaan perpaduan, bukannya cuba menubuhkan kerajaan tebuk atap.
Katanya, kerajaan PN terdahulu juga bergelut dengan isu kos sara hidup seperti dihadapi kerajaan perpaduan, justeru peluang perlu diberikan kepada kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk menambah baik kekurangan mereka yang baru setahun mentadbir negara.
“Tiada jaminan yang boleh memastikan secara sahih pembangkang akan lebih baik apabila menjadi kerajaan. Semasa PN menjadi kerajaan, mereka juga terdedah kepada kelemahan sama dalam memerintah.
“Walaupun pencapaian setahun kerajaan perpaduan kurang memuaskan, namun kerajaan mempunyai empat tahun lagi bagi mengisi kemenangan penggal ini, ruang wajar diberikan seluasnya untuk kerajaan melaksanakan setiap polisi kepada rakyat.
“Buat pembangkang, peranan sebagai semak imbang penting untuk memastikan rakyat mendapat untung apabila suara pembangkang kuat,” katanya kepada FMT.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia juga senada prestasi kerajaan perpaduan jauh mendahului kerajaan PN terdahulu, dengan menilai polisi, ekonomi, pelaburan, hubungan antara kaum serta hubungan diplomatik.
“Kita lihat bagaimana perdana menteri ke-10 bawa Malaysia ke arena antarabangsa sekarang. Malaysia begitu dikenali, diberi pengiktirafan, banyak pelabur asing tunjuk minat melabur dalam negara, jauh lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.
“Sokongan diterima perdana menteri begitu kukuh. Lebih 150 kerusi (daripada 222 Ahli Parlimen) sekarang sokong perdana menteri, kerajaan sekarang mampu tawar kestabilan dan beri fokus untuk bangunkan negara.”
Beliau menyifatkan pertukaran kerajaan melalui kaedah selain pilihan raya sebagai amalan demokrasi tidak baik dan mencermin politik negara tidak stabil.
“Rakyat dah buat keputusan dalam PRU lalu. Masing-masing (parti) dapat sejumlah kerusi dan bergabung menubuhkan kerajaan perpaduan. Maka, kena hormati kerajaan yang dipilih hasil kerjasama antara parti politik.”
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula tidak nampak prestasi kerajaan perpaduan begitu teruk sehingga perlu menukarnya, sebaliknya beliau menyifatkan ia “mainan pembangkang untuk mengekalkan sokongan dan memberi harapan kepada penyokong”.
“Dalam tempoh berpuluh bulan mereka (mentadbir negara) tidak dapat menunjukkan prestasi sebenar. Dari segi imej kepimpinan, Anwar jauh lebih baik daripada 22 bulan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad atau ketika Ismail Sabri Yaakob dan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.” - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/12/kebenaran-itu-pahit-sebenarnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Takdir Mubram Dan Takdir Muallaq Dalam Kehidupan

Apa Itu Takdir Mubram Dan Takdir Muallaq Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 290 hits
Takdir adalah ketetapan dan ketentuan Allah SWT terhadap manusia dan makhluk lainnya sesuai kadar atau ukurannya masing masing Allah SWT telah menetapkan takdir setiap orang baik muallaq dan mubram Namun masih banyak yang tidak mengetahui a...
Video Pesan Jokowi Jelang Pemilu Jangan Takut Kondisi Panas Itu Biasa

Video Pesan Jokowi Jelang Pemilu Jangan Takut Kondisi Panas Itu Biasa

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 204 hits
Presiden Jokowi berpesan jangan takut Pemilu karena Indonesia sudah biasa menyelenggarakan pesta demokrasi tersebut
Adik Dedah Punca Kakak Dipukul Alif Teega Kad Memori Dashcam Tiba Tiba Hilang Kereta Itu Selalu Dibawa Perempuan Tu

Adik Dedah Punca Kakak Dipukul Alif Teega Kad Memori Dashcam Tiba Tiba Hilang Kereta Itu Selalu Dibawa Perempuan Tu

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 181 hits
Adik kepada pensohor media sosial Aisyah Hijanah Amirul tampil membidas kritikan sesetengah individu yang menuduhnya sengaja membuka aib ahli keluarga sendiri susulan krisis rumah tangga yang berlaku antara kakaknya bersama suami Alif Teega
Tular Aisyah Hijanah Bagi Izin Wanita Untuk Jadi Madunya Netizen Respon Kata Kata Itu Doa Entah Entah Fatin Tanya

Tular Aisyah Hijanah Bagi Izin Wanita Untuk Jadi Madunya Netizen Respon Kata Kata Itu Doa Entah Entah Fatin Tanya

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 197 hits
Sehingga ke hari ini sudah beberapa video lama pasangan pempengaruh Alif Teega dan Aisyah Hijanah tular kembali selepas mereka mengesahkan tentang isteri kedua Fatin Umaidah
Video Bos Garuda Panas Balas Politisi Pdip Di Dpr Disebut Naikkan Harga Tiket Itu Zalim

Video Bos Garuda Panas Balas Politisi Pdip Di Dpr Disebut Naikkan Harga Tiket Itu Zalim

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 162 hits
Anggota Komisi VI DPR dari Fraksi PDIP Evita Nursanty menyentil tingginya harga tiket pesawat jelang akhir tahun
Rupanya Ketua Gengster Kumpulan Bersenjata Parang Itu Seorang Wanita

Rupanya Ketua Gengster Kumpulan Bersenjata Parang Itu Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 260 hits
Muhamad Lokman Khairibhnews bh com myAhmad Adnan menunjukkan gambar tangan kanan mangsa warga emas yang cedera ditetak geng samun diketuai seorang wanita di Taman Indah Jaya hari ini NSTP MUHAMAD LOKMAN KHAIRI TELUK INTAN Polis berjaya menu...
Video Capres Anies Janji Bakal Perangi Buzzer Itu Merusak Sekali

Video Capres Anies Janji Bakal Perangi Buzzer Itu Merusak Sekali

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 283 hits
Anies Baswedan mengklaim tidak pernah menggunakan buzzer selama menjadi gubernur DKI Jakarta
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan