Kebenaran Ebit Liew Kembali Turun Padang Bantu Keluarga Daif



KUALA LUMPUR – Selepas diberi kebenaran oleh polis untuk terus turun padang menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan, Ebit Liew meneruskan amal jariahnya.

Menerusi akaun Facebooknya, beliau hari ini berada di Baling, Kedah untuk membantu sekeluarga yang tinggal di dalam sebuah pondok kecil yang jauh di pedalaman.


Ebit melahirkan rasa kebimbangan dan sedihnya melihat keadaan suami isteri beserta empat orang anak yang berteduh di dalam kemah kecil dan hidup serba kekurangan.

Ebit turut berkongsikan perasaannya yang gundah gulana sejak dua hari yang lalu mengetahui ada keluarga yang memerlukan bantuan.

Justeru usai sahur awal pagi tadi, pendakwah bebas itu bergegas dari ibu kota ke Baling Kedah.

“Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Dalam pondok atau khemah. Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Banyak nyamuk. Tandas tiada air. Air hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal disini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya,” tulis beliau.

Meskipun Ebit difahamkan bahawa wakil ketua masyarakat sekitar telah melawat dan menghulur bantuan kepada keluarga tersebut dan memberi jaminan akan memberikan rumah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun Ebit nekad mencarikan rumah sewa kepada enam beranak itu segera sebagai untuk mereka berlindung buat sementara waktu.
“Alhamdulillah. Terima kaseh yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam.

“Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka,” tambahnya memohon agar urusannya membantu keluarga tersebut dipermudahkan.Semalam polis mengesahkan memberi kebenaran kepada Ebit Liew untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kewalan Pergerakan (PKP).


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya tidak pernah menghalang pendakwah bebas untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut Huzir, walaupun ramai dalam kalangan masyarakat yang memberi respon positif dan menyokong aktiviti kebajikan Ebit, namun polis mendapati terdapat segelintir kurang senang dengan pendakwah itu menyebabkan beliau dipanggil untuk memberi keterangan pada 24 April yang lalu.-MalaysiaGazette

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/04/kebenaran-ebit-liew-kembali-turun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Ebit Lew Turun Padang Ke Raub Bantu Rakyat Miskin

Ustaz Ebit Lew Turun Padang Ke Raub Bantu Rakyat Miskin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 733 hits
RAUB Pendakwah tersohor Ustaz Ebit Lew sekali lagi terus turun padang untuk membantu rakyat miskin selepas diberi kebenaran oleh pihak polis baru baru ini Kali ini beliau turun pula ke negeri Pahang dan lokasinya ialah di Kampung Teras deka...
Norman Hakim Ambil Semangat Ustaz Ebit Lew Turun Padang Agih Sumbangan

Norman Hakim Ambil Semangat Ustaz Ebit Lew Turun Padang Agih Sumbangan

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 667 hits
One man temporarily stand down there will be another man stand up for Ebit Lew Itu mukadimah aktor Norman Hakim yang sering menjadi contoh keluarga inspirasi kepada masyarakat dalam membuka perkongsian tindakannya meneruskan legasi Ustaz Eb...
Tak Sanggup Dengar Berita Keluarga Tinggal Dalam Kebun Getah Ebit Lew Kembali Salurkan Bantuan

Tak Sanggup Dengar Berita Keluarga Tinggal Dalam Kebun Getah Ebit Lew Kembali Salurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 497 hits
Ustaz Ebit Lew sudah kembali salurkan bantuan Ya 2 jam yang lalu pendakwah bebas Ebit Lew kembali berkongsi di Facebook miliknya tentang bantuannya yang sanggup pergi ke Baling Kedah selepas mendapat tahu berita ada keluarga yang tinggal da...
Ustaz Ebit Lew Kembali Menangis Lagi Setahun Keluarga Ini Tinggal Dalam Kebun Getah

Ustaz Ebit Lew Kembali Menangis Lagi Setahun Keluarga Ini Tinggal Dalam Kebun Getah

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 500 hits
Kontroversi yang melanda Ustaz Ebit Lew ekoran isu dirinya menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan sepanjang PKP telah mewujudkan spekulasi sesetengah pihak bahawa beliau tidak lagi membuat kerja kerja amal Pendakwah ini juga dili...
Keluarga Daif Tolak Rumah Sewa Daripada Ustaz Ebit

Keluarga Daif Tolak Rumah Sewa Daripada Ustaz Ebit

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 344 hits
ABDUL Azeez melawat rumah pindah didiami Megat Noor Asyeqi bersama isteri dan empat anak du Kampung Air Kembai Mukim Kupang Foto Ihsan PembacaBALING Keluarga daif yang menghuni pondok buruk di kebun getah di Kampung Air Kembai Kupang di sin...
Rasa Berdosa Biarkan Keluarga Daif Anak Kecil Tidur Dengan Nyamuk Ebit Lew

Rasa Berdosa Biarkan Keluarga Daif Anak Kecil Tidur Dengan Nyamuk Ebit Lew

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 1023 hits
KUALA LUMPUR Saya makan sedap rumah saya besar kenderaan banyak anak kecil ini pula tidur dengan nyamuk Demikian kata pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang mengibaratkan beliau berdosa sekiranya tidak membantu sebuah keluarga dikesan sudah...
Jangan Salahkan Ebit Lew Zakat Jangan Cetuskan Fitnah Isu Keluarga Daif

Jangan Salahkan Ebit Lew Zakat Jangan Cetuskan Fitnah Isu Keluarga Daif

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 569 hits
Sejak sebuah keluarga daif di Alor Setar yang viral selepas dibantu oleh Ustaz Ebit Lew Mereka bukan saja menetap di kediaman yang tak terurus bahkan terlalu kotor sebelum dipindahkan ke rumah sewa baru Disebabkan itu ramai pihak mempersoal...
Biro Undang Undang Amanah Sedia Bantu Ebit Liew Hadapi Kecaman

Biro Undang Undang Amanah Sedia Bantu Ebit Liew Hadapi Kecaman

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 370 hits
Pengerusi Kanun Dr Zulqarnain Lukman dalam satu kenyataannya berkata tindakan Ebit Liew membantu tanpa memilih bulu adalah selaras dengan konsep Rahmatan Lil Alamin yang menjadi tonggak perjuangan AMANAH Biro Undang undang Parti Amanah Nega...
Walau Sarat Mengandung Ardell Aryana Tetap Turun Padang Bantu Yang Memerlukan Bakal Melahirkan Anak Tak Lama Lagi

Walau Sarat Mengandung Ardell Aryana Tetap Turun Padang Bantu Yang Memerlukan Bakal Melahirkan Anak Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 718 hits
Pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan isterinya Ardell Aryana memang diketahui umum sering melakukan kerja kerja amal dan misi kemanusiaan Dalam satu posting Nadzmi di Instagram dia berkongsi tentang keadaan terkini kandungan isteri tercinta ...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Tahu Nak Gelak Ke Nangis Intan Najuwa Dedah Aksi Spontan Suami Gunting Rambut Anak

Darjah Satu Tapi Stres Macam Spm Realiti Anak Kita Sekarang

Pandangan Tentang Orang Bodoh Dan Orang Pandai

Kadangkala Allah Pilih Seorang Dalam Keluarga Untuk Menjaga Orang Tua

Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun

Kurma Muda