Kebebasan Pelajar Pensyarah Perlu Ada Batas Kata Pakar Berkait Pindaan Auku


 
Pada 19 Mac lalu perdana menteri menjelaskan walaupun kerajaan memaklumkan Auku 1971 tidak akan dimansuh namun beberapa peruntukan dalam akta itu yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah akan dihapuskan.KUALA LUMPUR: Kebebasan berpolitik diberikan kepada pelajar dan pensyarah melalui pindaan beberapa peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kelak perlu ada batasannya.
Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Salawati Mat Basir, berkata batas itu penting supaya pensyarah dan pelajar tidak meninggalkan tugas hakiki untuk mengajar dan belajar ketika menyertai aktiviti politik di luar kampus.
“Saya percaya walaupun diberi kebenaran itu, tetapi mesti ada peraturan yang membataskannya supaya tidak berlaku salah guna kuasa berkaitan perkara tersebut. Selagi pindaan akta itu tidak menjejaskan tugas hakiki pelajar untuk menjadi seorang pelajar dan menimba ilmu, saya tidak nampak kesalahan untuk kita pinda akta tersebut,” katanya kepada Bernama.
Ads by KioskedPada 19 Mac lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan, walaupun kerajaan memaklumkan bahawa Auku 1971 tidak akan dimansuh namun beberapa peruntukan dalam akta itu yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah akan dihapuskan.
-ADVERTISEMENT-Ads by Beliau berkata, bagaimanapun setiap kebebasan yang diberikan oleh kerajaan perlu ada batasnya dan tidak diberikan secara mutlak untuk mengelakkan perkara tidak diingini terjadi.
“Kalau pelajar mahu menjadi calon, mesti ada syarat-syarat, bukan pelajar yang gagal dalam semester pun boleh menjadi calon…begitu juga dengan pensyarah, mesti bersih dari tatatertib dan ada perkhidmatan yang baik,” katanya.
Kebebasan tak sepatutnya ganggu-gugat ketenteraman kampus
Dalam pada itu, Profesor Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata pensyarah wajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam bidang politik.
Ini katanya bagi membolehkan golongan intelektual yang banyak membuat penyelidikan serta memiliki pengetahuan luas tentang pentadbiran negara menyuarakan pendapat mereka.
Ads by Kiosked“Sekiranya pensyarah mahu dibenarkan terlibat dengan politik seperti masuk parti politik dan memegang jawatan dalam parti, saya setuju. Tetapi kena ada peraturan khusus supaya mereka tidak meninggalkan pekerjaan hakiki, kalau terlibat politik,” katanya.
Mengenai pelajar yang diberikan kebebasan menyertai politik di luar kampus, Azizuddin berkata kebebasan itu tidak sepatutnya mengganggu-gugat ketenteraman kampus sekali gus tidak menjejaskan suasana pembelajaran dan pendidikan di universiti.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Rasydan Mohd Hassan, berkata kebebasan mahasiswa dalam menguruskan aktiviti dan kegiatan politik adalah wajar kerana ia selari dengan agenda Undi18 di peringkat kebangsaan.
“Saya merasakan pindaan ini sangat relevan, selari dengan agenda pemerkasaan mahasiswa yang mahu diangkat kerana ada beberapa perkara di dalam Auku, Akta Universiti Teknologi Mara (UiTM) (Akta 173/174); Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1966 (AKTA 555) yang menghalang agenda pemerkasaan mahasiswa seperti pengurusan aktiviti dan pengurusan kewangan.
“Melalui pemerkasaan yang diberi ini, akan menyebabkan mahasiswa kita lebih mampan dan fleksibel selari dengan keperluan global,” katanya.
Pada 16 Mac lalu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat berpendirian bahawa pendekatan meminda Auku 1971 merupakan langkah lebih tepat berbanding memansuhkan terus akta itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/kebebasan-pelajar-pensyarah-perlu-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pindaan Akta Insolvensi Tak Rampas Barangan Asas Kelengkapan Cari Rezeki Kata Azalina

Pindaan Akta Insolvensi Tak Rampas Barangan Asas Kelengkapan Cari Rezeki Kata Azalina

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 131 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata individu muflis masih tidak dibenarkan ke luar negara PETALING JAYA Barangan keperluan asas individu bankrap seperti peti ais peralatan memasak termasuk kelengkapan...
Kerajaan Terdahulu Lindungi Penjenayah Perasuah Besar Kata Anwar

Kerajaan Terdahulu Lindungi Penjenayah Perasuah Besar Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 244 hits
freemalaysiatoday com 18 Mar 2023Anwar Ibrahim mendakwa kuasa politik terdahulu melindungi golongan penjenayah dan perasuah selama mentadbir negara Anwar Ibrahim berkata kerajaan perpaduan di bawah pentadbirannya memastikan tiada pihak terl...
Ramai Kata Umno Malap Tapi

Ramai Kata Umno Malap Tapi

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 227 hits
bharian com my Mac 18 2023 2 25pmDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditemui pemberita pada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini NSTP MUHAMAD LOKMAN KHAIRI BAGAN DATUK Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berharap k...
Sombong Kata Tajuddin Selepas Dihalang Masuk Lokasi Pemilihan

Sombong Kata Tajuddin Selepas Dihalang Masuk Lokasi Pemilihan

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 182 hits
agendaily com18 03 2023Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang memasuki lokasi pemilihan UMNO Bahagian Pasir Salak di Dewan FELCRA Seberang Perak Pasir Salak hari ini Sombong mantan Ketua Bahagian pun dihal...
Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan Perlu Kajian Mendalam Kata Pm

Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan Perlu Kajian Mendalam Kata Pm

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 164 hits
ISU berkaitan kebenaran penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan dalam negara memerlukan penelitian dan perbincangan yang menyeluruh serta mendalam termasuk daripada aspek kawalan penggunaan bahan berkenaan kelak Perdana Menteri Anwar Ibrah...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia

Mindarakyat Tidak Dikemaskini Sila Ke 1 Media Https Www 1media My