Sumber gambar dari googleAssalamualaikum...Korang pakai stokin tak sebelum tidur? Mesti tak pakai kan? Macam Cik Nor nak cepat tidur, siap pakai losyen terus tidur. Malas nak fikir-fikir pasal stokin dah. Tambah-tambah musim panas sekarang ni lagi la malas nak cari stokin. Kadang-kadang tu selimut pun tak buka.hahaKorang tahu tak memakai stokin ketika tidur banyak kebaikannya. Kalau korang nak tahu, pemakaian stokin boleh membantu untuk tidur lebih cepat. Menurut Yayasan Tidur Kebangsaan, pemanasan kaki sebelum tidur membantu otak anda memberi isyarat waktu tidur dengan jelas.Namun, tidak semua daripada kita akan mudah untuk tidur, pasti ada dalam kalangan anda yang jadi 'burung hantu', walaupun dah berjam-jam di atas katil, mata tetap tak nak tidur! Kesannya, badan anda kurang bermaya untuk melakukan aktiviti pada keesokan hari kerana tidak dapat tidur yang berkualiti.Sebenarnya, terdapat solusi yang boleh anda amalkan sebelum masuk tidur iaitu dengan memakai stokin! Pemakaian stokin semasa tidur boleh mengawal suhu dalaman tubuh.Menurut kajian pada tahun 2007, orang dewasa yang memakai stokin jenis normal atau panas akan tidur lebih cepat. Ini kerana, suhu badan teras seseorang berlaku pada waktu malam dan ia akan mencapai suhu terendah pada sekitar jam 4 pagi. Suhu purata adalah 98.6 darjah Fahrenheit, tapi ia berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.Sebenarnya, suhu badan teras seseorang terjejas disebabkan oleh jam biologi yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian (circadian rhythm). Ritma sirkadian ini akan mengawal masa tidur, membuatkan seseorang berasa mengantuk pada waktu malam dan terjaga pada waktu pagi.Jadi, suhu badan akan meningkat secara beransur-ansur pada waktu siang dan memuncak pada waktu petang. Kemudian, suhu tersebut akan menurun pada waktu malam yang menyebabkan seseorang berasa mengantuk. Apabila seseorang mula tidur, suhu badannya akan berkurangan sebanyak 1 hingga 2 darjah. Ini mungkin kerana badan memelihara tenaga untuk fungsi lain.Jika seseorang tidur dengan memakai stokin, ia boleh membantu kitaran suhu tubuh mereka. Kitaran suhu badan yang baik adalah antara 60 dan 67 darjah F. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |