Teknik Pernafasan Betul Bantu Kurangkan Rasa Sakit Ketika Tempoh Kontraksi Bersalin


Pernafasan yang bagus memainkan peranan penting sewaktu anda berada dalam fasa pelahiran. Selain membantu kelangsungan proses bersalin, pernafasan yang lancar dapat mengelakkan otot daripada mengalami ketegangan atau kekejangan. Jika tidak, ia akan menggugat proses meneran apabila ketika tiba saat itu, anda sudahpun keletihan.
Lebih daripada itu, pernafasan yang lancar akan membuatkan anda memberi tumpuan kepada pernafasan dan bukannya terhadap kesakitan yang semakin kerap dialami. Antara lain, anda dapat memaksimumkan bekalan oksigen di mana ia baik untuk diri anda sendiri, bayi dan otot-otot yang berkait langsung dengan proses kelahiran.
Ketahuilah bahawa apabila anda tidak bernafas dengan baik, ia akan mencetuskan suatu keadaan yang dikenali sebagai pernafasan panik. Apabila bernafas terlalu pantas, ia akan menyebabkan hyperventilation. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak karbon dioksida dikeluarkan yang akhirnya menjadi punca anda mengalami pening dan kebas di mulut serta jari-jemari. Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menekup mulut menggunakan beg plastik atau tangan sendiri, seterusnya menghidu karbon dioksida perlahan-lahan.
Menurut Doktor Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan, Dr Siti Esah Bahari dari Hospital KPJ Selangor, beliau menegaskan bahawa amat penting untuk setiap wanita hamil mengikuti kelas antenatal terutamanya yang melalui kehamilan pertama. Dalam memilih kelas antenatal, anda digalakkan untuk memastikan kelas yang ditawarkan menyentuh aspek pernafasan. Pada masa yang sama, adalah lebih baik jika anda menghadiri kelas tersebut bersama suami agar dia dapat mengajar teknik pernafasan yang betul ketika anda sedang menghadapi kontraksi kelak selain daripada sokongan moral.

Kurang oksigen
Kekurangan oksigen sepanjang proses bersalin berlangsung boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri anda malah kepada bayi juga. Banyak komplikasi yang bakal dihadapi kesan daripada tindakan tidak bernafas dengan cara yang betul.
Kesan negatif pada ibu termasuklah otot rahim tidak berfungsi dengan baik.  Malah, ia turut mengakibatkan penghasilan oksitosin berkurangan. Untuk makluman, oksitosin sangat penting untuk  kontraksi rahim. Jadi, jika anda tidak bernafas dengan lancar, ia boleh merencatkan proses kelahiran. Di pihak bayi pula, disebabkan oleh kurang oksigen, denyutan jantung bayi akan terjejas. Ini dapat dilihat melalui bacaan  kardiotograf (CTG) yang tidak normal.
Teknik bernafas
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.
1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.
2. Peringkat aktif (active labour)
Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.
3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan. Lakukan pernafasan  secara panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting– hembus.
INFO TAMBAHAN
Pernafasan Lamaze
Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.
Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.
Teknik betul meneran
Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh  doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh. Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi  di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan-lahan untuk mengelakkan koyak teruk.
The post Teknik Pernafasan Betul Bantu Kurangkan Rasa Sakit Ketika Tempoh Kontraksi Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/teknik-pernafasan-betul-bantu-kurangkan-rasa-sakit-ketika-tempoh-kontraksi-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Suami Bantu Legakan Isteri Sakit Bersalin Urut Belakang Badan Pun Kira Ok

Sokongan Suami Bantu Legakan Isteri Sakit Bersalin Urut Belakang Badan Pun Kira Ok

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 601 hits
Kata orang sokongan suami membantu memberi kekuatan kepada si isteri yang sedang menahan sakit bersalin Bagi yang belum ada pengalaman melahirkan bayi tentu tidak dapat membayangkan bagaimana ia membantu anda Percayalah peranan suami memban...
Pemandu Mahb Diserang Sakit Jantung Ketika Bertugas

Pemandu Mahb Diserang Sakit Jantung Ketika Bertugas

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 311 hits
SYALMIZI HAMID 27 Februari 2019 9 29 PM BALIK PULAU Seorang petugas Malaysia Airports Holdings Berhad ditemui meninggal dunia akibat serangan jantung selepas
Banyak Cara Untuk Elak Vagina Terkoyak Ketika Bersalin Yang Penting Dengar Arahan Doktor Nurse

Banyak Cara Untuk Elak Vagina Terkoyak Ketika Bersalin Yang Penting Dengar Arahan Doktor Nurse

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 761 hits
Ramai ibu hamil takut vagina akan terkoyak ketika melahirkan anak Kalau diberi pilihan memang tak nak ada insiden terkoyak Berikut ada beberapa tip untuk elak vagina dari terkoyak ketika bersalin TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK MASA BERSALI...
Asmak Haircare Bantu Kurangkan Kelemumur Dan Rambut Gugur

Asmak Haircare Bantu Kurangkan Kelemumur Dan Rambut Gugur

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 400 hits
Perempuan rambut ni bff sgt X kira la bertudung ke free hair ke bila sebut pasal rambut ni memang kita kaum pompuan ni concern lebih Macam2 masalah kalau citer pasal rambut ni Tipu la kalau tak ada masalah kelemumur rambut bau kepam sbb ram...
Sakit Badan Ini 13 Ilustrasi Bergambar Cara Urutan Tubuh Dengan Arah Yang Betul

Sakit Badan Ini 13 Ilustrasi Bergambar Cara Urutan Tubuh Dengan Arah Yang Betul

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 642 hits
Sakit sakit badan adalah satu perkara biasa lebih lebih lagi jika tubuh anda terlalu kuat bekerja dan kurang untuk berehat Namun menerusi entri ini kami ingin berkongsi 13 gambar yang memaparkan arah dan teknik urutan yang betul Selain dari...
Doula Bantu Proses Bersalin

Doula Bantu Proses Bersalin

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 347 hits
Masyarakat Malaysia diterjah dengan istilah doula Apa itu doula Perkataan doula berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud hamba wanita Golongan ini telah pun wujud berabad lamanya dan dikatakan mampu memberikan pengalaman positif kepa...
5 Langkah Sederhana Untuk Mengatasi Pembengkakan Ketika Hamil

5 Langkah Sederhana Untuk Mengatasi Pembengkakan Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 275 hits
Salah satu hal yang cukup identik terjadi ketika kehamilan adalah tangan dan kaki yang membengkak Hal ini membuat kamu jadi kesulitan dan tak nyaman karena ukuran kaki dan tangan yang tiba tiba membesar
Selepas Viral Isu Penguatkuasa Agama Tiada Adab Ketika Menjalankan Tugas Ini Jawapan Balas Dari Jabatan Berkenaan

Selepas Viral Isu Penguatkuasa Agama Tiada Adab Ketika Menjalankan Tugas Ini Jawapan Balas Dari Jabatan Berkenaan

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 358 hits
Kenyataan rasmi daripada Bahagian Penguatkuasa Agama Nilai lah dengan adil dan saksama ADMIN ASSALAMUALAIKUM WBTVIRAL KES PENGUATKUASA AGAMA TIADA ADAB KETIKA PEMERIKSAAN DI LOKASI PANTAI SENOK BACHOKUntuk Makluman tuan dan puan kaedah sesu...
5 Bisnes Modal Rendah Anda Patut Cuba Ketika Bulan Ramadhan

5 Bisnes Modal Rendah Anda Patut Cuba Ketika Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 555 hits
5 Bisnes Modal Rendah Anda Patut Cuba Ketika Bulan Ramadhan Hari ini kita masuk ke bulan Rejab mengikut calendar Islam Maksudnya tinggal 2 bulan saja lagi kita untuk sampai ke bulan Ramadhan Tahun ini kita berpuasa awal sikit pada minggu pe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025