Kebaikan Dan Keburukan Wordpress
Dengan menguasai lebih daripada 40% laman web di internet setakat tahun ini, WordPress telah menggelarkan dirinya sebagai peneraju dalam industri. Apabila anda ingin memilih platform untuk membina laman web anda, kami sangat mengesyorkan WordPress.
Saya lebih suka menggunakan WordPress untuk membangunkan laman web saya. Kira-kira 15 tahun yang lalu bila saya mula-mula bermula, saya menggunakan dreamweaver ketika saya belajar untuk membangunkan laman web ketika masa kolej. Tapi, sebaik sahaja saya keluar dari kolej dan mendapat beberapa pengalaman realiti dan saya terus belajar kegagalan dan kesilapan.
Kegagalan dan kesilapan? Dengan dreamweaver, masalahnya datang apabila pelanggan sentiasa mahukan perubahan. Ia adalah sangat sukar untuk membuat perubahan. Ianay perlu mengambil masa 30-45 minit hanya untuk mengubahsuaikan semula bar menu. Dreamweaver adalah bukan CMS. Tidak lama kemudian, saya menemui WordPress CMS yang baik. WordPress adalah CMS yang sangat dinamik yang menyenangkan pengemaskinian laman web dengan mudah.
Jadi, anda mungkin dapat merumuskan dari tajuk ini, saya adalah peminat WordPress tetapi saya tidaklah buta kepada batasannya. Perjalanan WordPress agak jauh pada permulaan hanya sebagai enjin blog, sehingga hari ini WordPress telah menjadi suatu alat aplikasi laman web yang paling popular di dunia. Walau bagaimana pun, WordPress masih mempunyai ruang untuk berkembang.
WordPress bukan satu-satunya pilihan untuk anda. Anda masih ada masa untuk menilai apa yang CMS terbaik untuk anda. Seperti di bawah, saya akan menyediakan kebaikan dan keburukan WordPress, untuk membantu anda menentukan jika anda perlu menggunakan platform WordPress.
Kelebihan WordPress:
Kepelbagaian plugin dan tema
Platform WordPress memberi anda kebebasan untuk memilih dari pelbagai pilihan plugin dan tema. Tema dan plugin akan menjadi sahabat anda di sini. Terdapat banyak plugin dan tema yang percuma dan yang berbayar yang boleh anda pasangkan untuk membangun laman web anda dengan lebih mudah.
Laman web WordPress mudah alih
Sebilangan besar tema di WordPress boleh muncul di peranti mudah alih seperti telefon bimbit. Tidak ada bezanya jika anda melihat laman web anda di telefon bimbit, tablet, dan lain-lain. Kini, melayari internet sebahagian besarnya dilakukan dengan menggunakan telefon bimbit, mempunyai laman web yang mudah alih di semua peranti adalah sangat penting. WordPress melakukan kerja yang baik dengan ini. Sebilangan besar reka bentuk dan tema WordPress responsif.
Pengoptimuman Enjin Carian
Kepentingan amalan SEO adalah diutamakan. WordPress berfungsi dengan baik untuk mempromosikan amalan SEO ini. Kod-kod untuk pengindeksan Google secara tidak langsung, komponen SEO yang dapat disesuaikan untuk setiap halaman, dan plugin yang didedikasikan untuk SEO adalah beberapa cara WordPress menbolehkan laman web bersaing dalam kedudukan enjin carian. Memiliki akses ke plugin percuma, seperti Yoast, bermaksud setiap laman WordPress sudah siap SEO. Tidak ada platform yang lebih baik daripada WordPress sebagai pengoptimum enjin carian.
CMS Mesra Pengguna
Anda boleh membuat penyenggaraan laman web anda dari mana sahaja anda berada. WordPress adalah sistem pengurusan kandungan yang kuat serta ia amat mudah bagi admin untuk menavigasi bahagian belakang laman WordPress, mengedit halaman dan memuat naik kandungan baru. WordPress menjadikannya mudah untuk mengatur dan mengedit kandungan tanpa banyak pengetahuan pengurusan laman web.
ECommerce yang hebat
Hari ini, berjuta-juta orang membeli barang dalam talian. ECommerce adalah terkenal untuk laman WordPress. Lebih ramai orang membeli serta menjual barang dalam talian. Plugin eCommerce WordPress seperti WooCommerce telah memainkan peranan besar. Perkembangan ini memudahkan anda mengarahkan lebih banyak lalu lintas ke laman eCommerce anda, sehingga meningkatkan penukaran dan penjualan.
Kemas kini yang kerap
Laman web berasaskan WordPress mudah ditingkatkan dan dikemas kini. Kemas kini selalu dilancarkan untuk WordPress, menjadikan keselamatannya sangat kuat.
Syarikat Besar Menggunakan WordPress
Platform WordPress boleh digunakan untuk semua dari laman blog sehingga ke laman berita antarabangsa. Salah satu kenyataan yang amat ketara untuk WordPress adalah jumlah syarikat besar yang menggunakannya. Pengguna syarikat besar termasuk Time Inc., Sony Music, Xerox, The New York Times, dan lain-lain.
Integrasi media sosial
WordPress membolehkan penyatuan dengan rangkaian sosial seperti facebook, instagram, whatsapp dan banyak lagi tanpa gangguan. Tahap kesambungan sosial yang tinggi ditawarkan oleh WordPress memastikan anda mengemas kini akaun social anda secara automatik dengan satu klik.
Komuniti Pembangun Besar
Komuniti WordPress adalah yang terbesar. Pengguna sentiasa meningkatkan perisian laman web serta membuat dan menyemak semula plugin khusus untuk pelbagai kegunaan. Popularitinya menarik minat pengembang dan penggemar yang mahir, dan salah satu perkara yang paling menakjubkan mengenai WordPress, ialah sesiapa pun dapat menyumbang sumber kod yang menjadikan platform lebih baik.
Kekurangan WordPress:
Kebolehsuaian
Kelemahan pertama adalah kebolehsuaiannya. Kita semua teragak-agak untuk melabur dalam kebolehsuaian, kerana ia boleh menjadi sangat mahal. Membuat laman web yang benar-benar suaikan memang memerlukan sejumlah pengetahuan dan masa pembangunan. Dengan WordPress telah suaikan, mengemas kini WordPress boleh menyebabkan beberapa masalah di laman web anda. Kemas kini ini boleh memecah beberapa fungsi dan ini boleh menjadi masalah.
Banyak Kemas Kini
Kemas kini akan berterusan dan ianya adalah penting. Mereka tidak akan berlaku setiap hari, tetapi akan kerap berlaku. Bersedia untuk mengemas kini fail, plugin, atau tema WordPress anda sekurang-kurangnya beberapa kali dalam sebulan. Kemas kini mungkin menyebabkan beberapa masalah kecil ke laman web yang mana anda mungkin kena memulihkannya kembali ke keadaan WordPress yang lebih lama ataupun keadaan WordPress sebelum kemas kini.
Kepantasan
Tema tertentu mengandungi banyak kod-kod yang tidak diperlukan. Ini akan melambatkan kelajuan laman web dan menyebabkan masa muat perlahan. Tanpa pengalaman pengaturcara kod, sukar untuk memahami kod apa yang anda perlukan dan kod apa yang boleh anda lakukan tanpanya.
Mudah Terdedah
Laman WordPress mudah terdedah. Perisian berbahaya boleh dipasang di laman WordPress anda. Sebagai platform sumber terbuka, WordPress amat berpotensi untuk menarik perhatian penggodam. Untuk mengurangkan risiko ini, adalah terbaik untuk meneliti setiap pemilihan plugin dan tema untuk laman WordPress anda. Perlulah ingat bahawa sentiasa periksa kualiti plugin dan tema WordPress yang dihendaki dengan berhati-hati.
Kesimpulannya
Dengain sebaliknya, saya telah menggunakan WordPress selama hampir-hampur 15 tahun. Sekitar industri WordPress terdapat satu servis keseluruhan yang melakukan semua kerja untuk anda. Oleh kerana itu, kebanyakan syarikat hosting menawarkan Managed WordPress Hosting dan begitu juga dengan saya. Ikutilah artikel saya, terdapat banyak catatan maklumat mengenai masalah dan penyelesaian WordPress.
The post Kebaikan dan Keburukan WordPress appeared first on Wordpress Tip Guide Support Solution.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.jonloh.com/kebaikan-dan-keburukan-wordpress/