Keangkuhan Mohamaddin Ketapi Punca Dr Mahathir Enggan Bantu Warisan Di Prn Sabah




Kempen Pilihanraya Negeri Sabah sudah memasuki fasa terakhir

Kini semua parti politik yang mempunyai calun dalam PRN Sabah atau calun-calun yang bertanding di atas tiket Bebas sudah hampir tamat menjelajahi setiap ceruk kawasan DUN masing-masing

Seperti yang selalu dikatakan, keadaan politik Sabah amat berbeza dengan keadaan politik di Semenanjung Malaysia

Sebab itu berbagai slogan yang dapat kita dengar dari parti-parti politik yang bertanding di PRN Sabah kali ini, 'Sabah For Sabahan', 'Abah Sayang Sabah' dan sebagainya

Dalam kerancakan kempen dalam PRN Sabah, tercetus satu isu yang sangat-sangat mengguriskan hati bukan sahaja rakyat Sabah, malah seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi anggota keselamatan yang terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), terutamanya yang terlibat di dalam Ops Daulat di Tanduo Sabah


Dalam satu ceramah kempen PRN Sabah, secara sedar, malah dalam nada menghina, mantan Menteri Pelancungan, Kesenian dan Kebudayaan, Mohamaddin Ketapi, telah menghina sumbangan dan pengorbanan anggota keselamatan yang terdiri dari tentera (ATM) dan polis (PDRM) yang mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat dan bumi Tanduo dari diceroboh oleh pengganas Sulu yang mendakwa mereka adalah 'Askar Di Raja Kesultanan Sulu' di bawah pemerintahan pewaris Sultan Sulu, Jamalul Kiram III


Soal keselamatan dan kedaulatan negara adalah persoalan yang menjangkau soal perbezaan ideologi politik

Sebagai rakyat dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seperti Malaysia, tidak kira apa juga fahaman politik kita, bila keselamatan dan kedaulatan negara diancam, rakyat Malaysia WAJIB bangkit dan mempertahankannya

Tetapi amat memalukan bila Malaysia mempunyai seorang warganegara seperti Mohamaddin Ketapi

Ketapi bukanlah seorang rakyat biasa tetapi beliau adalah mantan menteri dalam kabinet Kerajaan Malaysia

Bagaimana seorang yang pernah menjadi menteri penuh di Putrajaya boleh mengeluarkan perkataan yang sungguh biadap begitu

Antara lain Ketapi direkodkan berkata Ops Daulat di Tanduo itu hanyalah sandiwara semata-mata

Tidak cukup dengan penghinaan itu, Ketapi menyifatkan anggota keselamatan yang terlibat dengan Ops Daulat itu cuma berperang dengan ayam dan anjing

Apakah maksud Ketapi berkata demikian, apakah beliau menyifatkan anggota keselamatan yang terkorban di dalam Ops Daulat itu adalah kerana dipatuk ayam dan digigit anjing!!

Sehina itukah martabat, maruah dan pengorbanan wira negara kita

Cuba kita lihat satu persatu wajah arwah dan mendiang yang terkorban itu, apakah itu wajah wira negara yang telah meninggalkan kita kerana dipatuk ayam atau digigit anjing!!

Apakah Ketapi tidak memikirkan bagaimana perasaan ahli keluarga wira negara yang terkorban dan yang masih ada dalam Ops Daulat itu bila mendengar apa yang beliau katakan itu


Tidak cukup dengan menghina wira negara di Ops Daulat, Ketapi juga telah memperlekehkan barisan hadapan yang bertungkus lumus dan bermati-matian serta mempertaruhkan nyawa diri dan keluarga mereka dalam usaha melawan penularan Covid-19

Dalam ceramah yang sama, Ketapi mendakwa kononnya telah menerima maklumat bahawa KKM akan mengisytiharkan kawasan parlimen Lahad Datu P188 akan diisytiharkan kawasan merah untuk menyekat pengundi dari keluar mengundi

Malah menurut Ketapi, akan ada beberapa orang yang akan diupah untuk pura-pura pengsan bagi tujuan menakutkan pengundi-pengundi di sana

Ketapi adalah antara manusia yang bertanggungjawab bukan sahaja menggalakkan pelancung dari China masuk ke Malaysia, malah membantah cadangan untuk menghalang mereka dari masuk ke Malaysia, walau pun ketika itu negara China berada di kemuncak penularan Covid-19

Akibatnya, sehingga sekarang, Malaysia masih bergelut untuk mengawal dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19

Kini, sekali lagi Ketapi mempersendakan usaha melawan dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19

Sangat jelas, inilah sikap dan wajah sebenar pemimpin Warisan yang akan menghalalkan apa juga cara untuk mengekalkan survivor politik mereka


Benar, Ketapi sudah meminta maaf secara terbuka, tetapi sejauh mana ikhlasnya permohonan maaf dari beliau, biar gambar berbicara.
Jadi tidak hairanlah, walau pun Dr Mahathir diminta secara peribadi oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal untuk membantu beliau dalam kempen PRN Sabah, sehingga ke hari ini, Dr Mahathir kelihatan keberatan dan belum memberikan apa-apa respon.
Dari sumber dalaman, Dr Mahathir dikatakan tidak mahu dilihat rakyat sebagai seorang pemimpin yang berkerjasama dengan parti yang mengina wira negara serta 'frontliners'.
Dr Mahathir juga dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan kempen parti Warisan di PRN Sabah kerana keangkuhan dan kebiadapan Ketapi PASTI akan menguburkan peluang parti Pejuang di dalam PRU 15 yang dijangka akan diadakan selepas PRN Sabah ini


Kepada pengundi Sabah, buatlah pilihan yang bijak, ayuh kita ubah balik bah..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/09/keangkuhan-mohamaddin-ketapi-punca-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Polis Siasat Mohamaddin Ketapi

Prn Sabah Polis Siasat Mohamaddin Ketapi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 294 hits
by on 9 22 2020 12 55 00 PmKOTA KINABALU Polis Sabah akan menjalankan siasatan ke atas seorang calon Parti Warisan Sabah Dewan Undangan Negeri Segama Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung kenyataan seolah olah menghina pasukan keselamatan ketik...
Prn Sabah Calon Warisan Hina Atm Dan Pdrm Mendapat Bantahan Umum

Prn Sabah Calon Warisan Hina Atm Dan Pdrm Mendapat Bantahan Umum

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 456 hits
PRN SABAH CALON WARISAN HINA ATMDi satu ceramah Calon WARISAN ini telah berceramah dan di antara ceramahnya seolah olah menghina ATM berkaitan dengan Pencerobohan Lahat Datu oleh Tentera tentera Sulu dari Selatan Filipina di Tahun 2013 Beli...
Rakyat Sabah Sokong Padu Tiada Masalah Warisan Menang Prn

Rakyat Sabah Sokong Padu Tiada Masalah Warisan Menang Prn

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 406 hits
Sokongan rakyat Sabah terhadap Warisan Plus bagi ahli politik Semenanjung yang membantu kempen dianggap sangat mengujakan dalam situasi negeri itu tertekan oleh kempen besar besaran kerajaan Perikatan Nasional Menurut Naib Pengerusi DAP Sel...
Adik Tyt Sabah Bertanding Prn Sabah Calon Warisan

Adik Tyt Sabah Bertanding Prn Sabah Calon Warisan

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 494 hits
Selepas PRU14 BN menang Sabah Musa Aman angkat sumpah di depan Tuan Yang Terutama jadi Ketua Menteri di Istana Sabah Lalu beberapa ADUN BN jadi katak untuk lompat ke Warisan Shafie Apdal diberi peluang mengadap TYT untuk membukti sokongan m...
Prn Sabah Zizie Ezette Turun Padang Bantu Suami Berkempen

Prn Sabah Zizie Ezette Turun Padang Bantu Suami Berkempen

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 628 hits
Sejuk hati Datuk Seri Bung Moktar Radin bila isteri tercinta yang juga aktres ternama Datin Seri Zizie Ezette meninggalkan seketika dunia hiburan semata mata menemaninya berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah Kelibat Zizie setidak tida...
Punca Pas Tidak Dibenarkan Bertanding Di Prn Sabah Tersebar

Punca Pas Tidak Dibenarkan Bertanding Di Prn Sabah Tersebar

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 399 hits
Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar Salah satu kejutan terbesar dalam pilihan raya negeri Sabah setakat ini adalah apabila PAS dikecualikan daripada barisan Gabungan Rakyat Sabah walaupun parti Islam itu secara terbu...
Kalau Warisan Plus Menang Prn Sabah Pn Akan Tumbang Di Putrajaya

Kalau Warisan Plus Menang Prn Sabah Pn Akan Tumbang Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 306 hits
Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman menganggap jika Warisan Plus memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September kerajaan Perikatan Nasional akan tumbang di Putrajaya Beliau berkata PRN Sabah menjadi penentu kepada kestabilan ke...
Prn Sabah Warisan Ph Berpotensi Menang

Prn Sabah Warisan Ph Berpotensi Menang

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 314 hits
Gabungan Warisan Plus berpotensi menang dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Koordinator Gabungan Reformis Malaysia Mustaffa Kamil Ayub menyifatkan gerak kerja parti parti yang bertanding di Sabah Warisan dan Pakatan Harapa...
Muhyiddin Umum Pembentukan Gabungan Rakyat Sabah Hadapi Warisan Dalam Prn

Muhyiddin Umum Pembentukan Gabungan Rakyat Sabah Hadapi Warisan Dalam Prn

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 507 hits
September 12 2020 9 19 AMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Gabungan Rakyat Sabah akan memastikan kesemua parti dalam gabungam itu bekerjasama sebagai satu pasukan TUARAN Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan parti pem...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Traffic Reported Smooth On Major Highways

In Death Sabahan Haryanie Binti Jamil Teaches Peninsular Muslims True Meaning Of Religious Diversity

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil