Keadilan Buat Baby Syifaa Bapa Beri Polis Tempoh 2 Minggu



SEREMBAN – Bapa kepada seorang bayi perempuan berusia 15 bulan yang meninggal dunia di pusat jagaan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan, 22 Februari lalu memberi tempoh dua minggu kepada pihak polis untuk mengemukakan hasil siasatan selanjutnya.
Yuseri Yusoff, 39, berkata, mahu keadilan kepada Allahyarham anaknya kerana selepas 37 hari kematiannya masih belum ada sebarang pendakwaan dibuat termasuk individu direman.
“Polis berjanji satu siasatan yang adil akan dilakukan di mana individu bertanggungjawab akan dibawa kepada pihak pendakwaan.
“Kami hanya ingin jernihkan keadaan dan lebih kepada mahu menuntut pembelaan. Saya telah berbincang dengan peguam pemerhati dan kami bagi masa dua minggu kepada polis (untuk kemukakan siasatan),” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban di sini pada Rabu.
Beliau sebelum itu hadir ke IPD bersama dua peguam pemerhati iaitu Muhammad Amin Anuar dan Musfira Mohd Fahmi bagi memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya pada 28 Mac lalu di IPD Sentul.
Yuseri dimaklumkan kertas siasatan kes telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara namun belum pasti pertuduhan akan dibuat mengikut seksyen apa.
Sementara itu Muhammad Amin berkata, kebiasaannya dalam mana-mana kes, sebaik saja laporan polis dibuat, akan ada yang individu ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Bagaimana pun katanya, berbeza dengan kes ‘Baby Syifaa’ kerana sehingga kini tiada sebarang pendakwaan dibuat dan ia menimbulkan keraguan kepada keluarga.
“Kita bersetuju beri ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dan jika tiada sebarang perkembangan selepas tempoh dua minggu, kita akan ambil tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang.
“Kita menghormati polis dan sistem keadilan. Cuma tertanya-tanya kenapa kes ini yang mempunyai bukti berdasarkan pandangan dan nasihat daripada pakar-pakar forensik berhubung kematiannya tiada nampak perkembangan selanjutnya, seolah-olah ada kelompangan,” katanya.
Sehubungan itu katanya, jika tiada perkembangan lanjut, pihaknya akan mengemukakan cadangan supaya inkues diadakan termasuk melakukan autopsi semula kepada mayat anak guamnya.
“Saya berharap anak guam saya dapat keadilan dan sekurang-kurangnya ada pendakwaan dibuat,” katanya.
Sebelum ini Yuseri menerusi laman Facebook miliknya mendakwa bayinya dijerut bukannya terjerut serta berkongsi #Justice4BabySyifaa.
Sinar Harian melaporkan, Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3 petang di dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, berdasarkan siasatan awal, sebelum itu mangsa telah diberi susu oleh pengasuh dan dimasukkan ke dalam bilik tidur bersama dua kanak-kanak lain pada pukul 12.30 tengah hari.
“Mangsa ditidurkan dalam buaian dan dua kanak-kanak lain ditidurkan dalam buaian jenis ‘rocker’.
“Selepas itu pengasuh keluar dari bilik pada pukul 2 petang untuk melakukan tugas-tugas lain,” katanya.
Menurutnya, pada pukul 3 petang, pengasuh masuk semula ke dalam bilik dan mendapati mangsa dengan keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.
Jelasnya, pengasuh kemudian telah melakukan bantuan kecemasan kepada bayi terbabit namun mangsa didapati tidak bernafas.
“Dia kemudian telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk pemeriksaan lanjut namun doktor yang merawat mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia pada pukul 4.30 petang,” katanya.
 
 
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
MP Sri Aman keluar PSB, isytihar sokongan kepada PM UiTM ambil tindakan pensyarah herdik pelajar B40 tiada laptop Nak kahwin 6 lelaki Syed Saddiq cuba timbulkan polemik isu Bahasa Melayu – Ikmal Guan Eng dah ‘ketaq’ – Norliza Bapa ubah suai bas mini jadi kereta perisai untuk anak Pesawat rempuh pasar raya, tiga maut Anuar Zain ‘berjodoh’ dengan Syria Care bantu pelarian sepanjang Ramadhan Waran tangkap Norjuma gagal diserah DBP bidas Syed Saddiq Rangka pemain bola sepak Brazil diserang piranha ditemui Rafizi sekadar batu api nak lagakan Najib, Muhyiddin – Sharkar Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

The post Keadilan buat Baby Syifaa, Bapa beri polis tempoh 2 minggu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/30/keadilan-buat-baby-syifaa-bapa-beri-polis-tempoh-2-minggu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baby Syifaa Dijerut Bukan Terjerut Kain Buaian Bapa

Baby Syifaa Dijerut Bukan Terjerut Kain Buaian Bapa

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 187 hits
Baby Syifaa dijerut bukan terjerut kain buaian BapaYuseri Yusoff 39 bapa kepada bayi perempuan yang berusia 15 bulan maut akibat lehernya terjerut pada kain buaian di pusat jagaan kanak kanak dalam kejadian Februari lalu tampil menafikan da...
Polis Tahan Bapa 3 Kanak Kanak Buat Aksi Bahaya Dalam Kereta

Polis Tahan Bapa 3 Kanak Kanak Buat Aksi Bahaya Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 232 hits
Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata tindakan lelaki itu memang tidak bertanggungjawab kerana membenarkan kanak kanak berkenaan mengeluarkan separuh badan dari kereta IPOH Polis menahan bapa kepada tiga kanak kanak yang membu...
Hiburan Mula Mula Cubit Pipi Anak Diganggu Pemandu Van Sekolah Miang Bapa Nekad Buat Laporan Polis

Hiburan Mula Mula Cubit Pipi Anak Diganggu Pemandu Van Sekolah Miang Bapa Nekad Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 165 hits
Sebuah perkongsian seorang bapa di Facebook hari ini mengenai gangguan seksual yang dialami anaknya telah mendapat perhatian warga maya sekaligus menjadi tular di media sosial Menurut individu bernama ini anaknya telah meminta si bapa untuk...
Firdaus Wong Pula Buat Laporan Polis Terhadap Loh

Firdaus Wong Pula Buat Laporan Polis Terhadap Loh

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 224 hits
FMT ReportersLoh Siew Hong sebelum ini membuat laporan polis mendakwa Wong cuba memalukan dan menekannya menerusi beberapa siri catatan di Facebook Wong PETALING JAYA Pendakwah bebas Firdaus Wong hari ini membuat laporan polis terhadap Loh ...
Polis Temui Lima Janin Di Rumah Aktivis Antipengguguran

Polis Temui Lima Janin Di Rumah Aktivis Antipengguguran

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 140 hits
LAUREN Handy ditahan setelah polis menemui lima janin di dalam rumahnya Yahoo WASHINGTON Polis di Amerika Syarikat menemui lima janin di rumah seorang wanita yang mengaku dirinya seorang aktivis antipengguguran lapor perkhidmatan berita NPR...
Hiburan Sepupu Bongkar Rahsia Dakwa Finalis Miss Malaysia Pernah Pukul Bapa Sebab Sokong Lee Chong Wei

Hiburan Sepupu Bongkar Rahsia Dakwa Finalis Miss Malaysia Pernah Pukul Bapa Sebab Sokong Lee Chong Wei

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 140 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial kisah bekas finalis Miss International Malaysia mempertikaikan kenapa dirinya dilahirkan di negara Malaysia dan bukannya di China Kata kata beliau itu telah menaikan kemarahan rakyat Malaysia dimana hampi...
Polis Buru Penunggang Menari Atas Motosikal

Polis Buru Penunggang Menari Atas Motosikal

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 141 hits
FMT ReportersGelagat penunggang motosikal melepaskan tangan dan menari dirakam di Lebuhraya Seremban Port Dickson tahun lalu PETALING JAYA Polis mengesan seorang penunggang susulan aksinya melepaskan tangan dan menari atas motosikal dirakam...
Ada Nenek Hilang Rm1 Juta Ramai Tertipu Panggilan Lhdn Dan Polis Ini 5 Kes Mangsa Macau Scam

Ada Nenek Hilang Rm1 Juta Ramai Tertipu Panggilan Lhdn Dan Polis Ini 5 Kes Mangsa Macau Scam

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 176 hits
FAZLI RADZIAda nenek yang terpaksa berputih mata apabila hilang RM1 juta ditipu sindiket Macau Scam Bahkan surirumah guru dan doktor juga tidak terkecuali menjadi mangsa Orang ramai dinasihatkan agar jangan tertipu dengan panggilan telefon ...
Bekas Polis Lapor Polis Terhadap Bekas Ketua Polis Negara

Bekas Polis Lapor Polis Terhadap Bekas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 153 hits
Kow Gah ChieBekas pegawai polis Md Ali Amir Batcha membuat laporan polis terhadap bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor atas dakwaan salah guna kuasa dan menahannya tanpa bicara secara tidak sah di bawah Ordinan Darurat selama tiga tahu...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri